Tuesday 27 March 2012

Sepetang Di Gold Coast

Ahad lepas sempat lagi I mencuba untuk menjengah hotel kat pantai peranginan glemer & terkenal kat Selangor iaitu Gold Coast yang terletak di Morib. Oleh kerana rumah kami tak jauh dari tempat ni so tak der la kita orang menyewa hotel, memadailah kami lepak2 kat pantainyer sahaja sebab free of charge. Kalau nak masuk Water Theme Park dia agak mahal RM25 utk dewasa, RM 12.50 untuk kanak2. Bagi I tak berbaloi langsung sebab tempatnya kecik jer baik lepak kat Water Theme Park Shah Alam jer. Walaupun bagi I pantai kat sini tak la menarik sangat tapi cukup untuk budak berdua tu enjoy. Sambil melepaskan diorang tu enjoy kami lepak sambil makan 'colek' nenas. Oooppss u all tau ker apa tu 'colek'? Dalam bahasa Kelantan itu dikira bende yang u all makan dengan rojak buah tu. Hehehehe...jom layan aksi Rayyan & Putra.

dua orang mak buyung bersantai sambil menikmati 'colek' nenas buatan sendiri....best

Rayyan & Putra masa mula2 jumpa lopak air kat Gold Coast....masih lengkap berpakaian

Rayyan dah over exited nih

tadaaaa....baju rayyan dah hilang

Rayyan kata lebih seronok main tanpa seurat benang...Tapi Putra maintain

Hmmm....tak tau la pa yang diorang main tu

Friday 23 March 2012

1 Kereta 2 Driver...cmner tu?


Haaaa....tengok ni. Macam ni  lah bila 2 orang sepupu ni bertemu.  Mesti melekat punyer...apa yang di buat oleh yang sorang tu yang sorang lagi mesti nak buat jugak. Pantang lepa sikit si Putra la yang akan meraung. Bukan apa si Rayyan tu nak bergurau jer tapi oleh kerana badan dia besar dan keras sket dari si Putra tu maka dia aje lah yang asyik menang. Kesian Putra kecik lagi...kecik 8 bulan dari Rayyan. Tapi yang bestnyer bila si Putra tak ada pasti si Rayyan akan menyebut nama "Ta..Ta..Ta..." (Putra la tu). Agaknya macam tu lah bila budak2 dalam kerinduan kot.

Pic ni Nina snap masa balik kampung last week. Bila papa stop kat petrol pump nak isi minyak jer si Rayyan pun cepat2 nak replace tempat papa tu. Tengok2 si Putra pun nak ikut sama...Hmmm lantak lah. Asalkan tak der yang menangis dah la.....

Wednesday 21 March 2012

Bapak Setan Makan Anak Sendiri



Port Moresby: Penduduk bandar perlombongan Papua New Guinea berkata mereka mendapati seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah makan anak yang baru lahir semasa upacara sihir.

Masyarakat setempat sedih, marah, tetapi terdapat juga banyak ketakutan dan kebimbangan kerana terdapat kepercayaan di sihir atau ilmu sihir.

Menurut penduduk tempatan lelaki itu telah menjalankan upacara sihir, atau permulaan, untuk menjadi sebahagian daripada beberapa jenis masyarakat khas,'' katanya.

'' Suspek mempunyai sejarah yang panjang penyalahgunaan dadah ... Beberapa tahun yang lalu, dia pernah menjadi gila dalam apa yang kami percaya adalah disebabkan kesan dadah.''

Pada tahun 2009, ia telah dianggarkan bahawa 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan sihir dalam masyarakat terpencil.

"BILA KEPINCANGAN DALAM BERAGAMA BERLELUASA MAKA SYAITAN ADALAH TUHANNYA"...tak tau nak cakap apa

Tuesday 20 March 2012

Ish Ish Memang Tak Patut



Kisah Benar -- Sila share kawan2 sebagai peringatan

Kisah Benar; Mohon hebah2kan pada kawan2 (diceritakan sendiri oleh ibu pesakit kepada saya sewaktu berada di PUSRAWI KL) Anak beliau baru berumur 2thn 8bln. 2,3 hari mengadu sakit perut sembelit.. disebabkan tak tahan mendengar anaknya menagis, dia terus bawa ke PPUM pada tengahhari Ahad 4/3$. Sampai di PPUM, doktor just ckp, sembelit biasa saja, then doktor just bagi ubat sembelit.. Balik ke rumah, anak still menangis .. selang 10-20minit mangis lagi dan tunjuk kat mana sakit nya... Disebabkan tak tahan mendengar anaknya yang kerap menagis sehingga selang 5-10 minit menangis, beliau sekali lagi membawa anaknya pada 12tgahmalam sekali lagi ke PPUM.. Jumpa doktor, doktor just ckp jgn risau, anak just sembelit biasa.. "kami tak bagi ubat sbb tadi dah bagi ubat, so just follow mkn ubat tu saja".. Si ibu tak puas hati lalu bertanya lagi, "doktor, tak kan mkn ubat tu saja, tak da ubat lain ker? atau doktor tak nak x-ray anak saya ke? takut2 appendiks ker?" Doktor tersebut dgn bangganya menjawab " tak perlu x-ray.. tak necessary pun.. dia tak ada appendiks, sbb dia tak demam pun.. so puan bawak anak balik, and just bg makan ubat tadi saja. pn bleh bagi ubat demam yg ada kat rumah utk anak puan kalau dia sakit.. ubat demam boleh jadi ubat tahan sakit juga. kat rumah puan ada ubat demam kan.. so just mkn ubat demam tu lah" Si ibu tertanya2.. "doktor, ubat demam bleh jadi ubat tahan sakit ker?" Doktor " boleh.....puan bawa balik saja anak puan.. kami tak bleh buat apa pun.. just sembelit biasa je" Si ibu ... bengang... dan tertanya2, kenapa tak admit saja anaknya masuk wad. sepanjang mlm anaknya asyik menangis... esoknya, tak kurang2 juga walau pun dah makan ubat yg di syorkan, dia nekad bawa anaknya ke PUSRAWI KL... di Pusrawilah sagala2nya terjawab.... Anak beliau di tahan di wad sama dgn anak saya.. di x-ray, dan didapati usus anaknya bengkak dan tersumbat. dan terpaksa dibedah malam itu juga sbb dah kritikal.. doktor di PUSRAWI ckp, usus kecil anaknya dah termasuk ke dalam usus besar anaknya... menyebabkan najis x bleh keluar, dan tersumbat.. ususnya juga bengkak... esoknya dia just bertanya kepada doktor bedah.. "doktor kalau saya terlambat bawa anak mcm mana? atau saya bawa anak saya ni pada masa yg tepat ke?" Doktor gelak "kalau terlambat, usus bleh pecah dan boleh mati.. sebenarnya puan lambat.. kalau 2@3 hari dtg, mungkin tak perlu bedah... sekarang ni ni saja lah solutionnya" Lepas bedah, si anak kena puasa sekurang2nya 3 hingga 4 hari. tak boleh makan.. sbb takut bahaya, kerana ia melibatkan usus... kesian saya tgk si kecil tu....merayu2 nak minum susu.. bila penat menangis, dia akan tertidur.. bila bangun menangis lagi.. lapar... sampaikan dah tak da tenaga nak menangis.. doktor hanya bleh masuk drip air and ubat jer... tp mana nak sama yg masuk ikut mulut dgn yg masuk ikut tangan... --------------------------------------------------------------------------------------------------- So... dari crita di atas, apa pandangan kawan2 semua, patut ke doktor di PPUM tu just ambik mudah perkara ni and cara penerangannya just simple... wajar tak si ibu highlight isu ni, sbb ia melibatkan nyawa.....

Tuesday 13 March 2012

10 Petua Berhenti Merokok


I tau part ni paling tak disukai lelaki. Tapi I nak jugak share petua ni agar sesiapa yang berniat nak berhenti merokok atau sesiapa yang nak kan pasangan masing2 berhenti merokok bolehlah mencuba petua2 di bawah. 

~10 petua berhenti merokok;~

1- melengah-lengah masa untuk merokok.
2- minum banyak air.
3- menarik nafas panjang.
4- membuat sesuatu.
5- mengunyah sesuatu.
6- jauhkan diri dari tempat orang merokok.
7- membasuh tangan.
8- mandi dengan kerap.
9- melakukan senaman regangan.
10- memohon doa.

~selamat beramal.....^___^

3dr Anniversary...but I'm Still In Da Office



14th march is one more special day for me. That's why I love march so much. Hari ni genaplah usia pernikahanku dengan my lovely hubby selama 3 tahun. Perkongsian hidup yang sesingkat ini telah banyak mengubah perjalanan kehidupanku. Kalau dulu aku seorang yang agak sosial, nakal dan hot temper tetapi kini semuanya telah berubah. Pernikahan ini telah mengajarku erti kesabaran, hormat-menghormati antara satu sama lain, saling memahami dan yang paling penting adalah toleransi dan komunikasi. As a husband and wife, adalah penting untuk menjaga hati pasangan masing2 agar tidak timbul perkara2 yang tidak diingini. Tidak perlu berahsia dengan pasangan kerana itu lah yang menentukan tahap kejujuran dalam sesuatu perhubungan itu dan kalau boleh semuanya mestilah dikongsi bersama. Tentunya tidak payah untuk buat semua ini selepas bernikah sedangkan semasa bercinta kita boleh. For me, paling benci bila pasangan kita berahsia dan menipu kita kat belakang. Kalau janji tak ditunaikan masih boleh dimaafkan tetapi 2 perkara ini agak sukar untuk dimaafkan. I harap dan yakin my hubby tidak seperti itu. I love U my dear and happy anniversary!!



Monday 12 March 2012

Jalan-Jalan Tengok Bunga

Hujung minggu lepas bermulanya cuti persekolahan selama seminggu. Seronok la bagi yang bergelar pelajar dan guru kan. Walaupun tak dinafikan tak semua guru dapat bercuti. Tapi at least beban kerja kurang sikit lah kan. Boleh bawa anak2 jalan-jalan. Tapi bagi pekerja swasta macam I ni cuti sekolah tak ada maknanya apa2. Tapi nak jugak jalan2. Actually tak tahu nak jalan-jalan kemana lastly kitaorang singgah kat KK Home Deco tengok bunga. Perghhh!! bagai nak giler tengok bunga cantik-cantik, nampak macam real pun ada, harga pun OK jer. 

 Hah tengok ni berbagai pilihan bunga ada...cun-cun pulak tu....maunyer I tak giler...mana satu nak beli...beli semua kang tak der pulak orang lain nak beli...haishhh!!!


 Alamak...cun habis la bunga ni...nak grab yang pink ker putih ni?? Last2 yang hijau tu jer I nak cekau kot...

Part budak ni memang best...nampak jer set sofa bunga-bunga saiz kanak-kanak ni dia terus duduk and tak nak bangun dah....siap bagi pose baik lagi tu....Ada sapa2 perasan tak tangan kiri dia pegang apa? benda tu lah yang di bawa ke sana-ke sini sampai mummy dia kena bayar kat kaunter and bawa balik rumah...kah kah kah...

Hadiah Sebuah Payung Angry Bird


Tadaaaa....comel tak payung Angry Bird nih?? Comelkan?? Tapi jangan salah anggap pulak...ini bukan hadiah birthday I tapi ini adalah hadia pembelian toner cartridge untuk PC I kat ofice... kitaorang beli empat cartridge, so dapat la empat biji payung Angry bird ni. Actually dia bagi 3 color choices hitam, hijau dan kuning. So I grab color kuning la of course.... sebab color kuning ni dari jauh lagi dah nampak... menyerlah gilerrr.... I suka sangat ngan payung ni bukan sekadar ianya Angry bird tapi saiznya yang besar, confirm tak basah la pakai payung ni. And yang palin penting ia adalah PERCUMA!!!

Wednesday 7 March 2012

Birthday Surprise From Mr Hubby

Semalam habis jer waktu kerja terus I balik rumah macam biasa. Pukul 6 dah sampai dah. Macam biasa bila sampai rumah I nak park kereta kat dalam porch tup2 tengok my hubby dah ambik tempat I tu "Aikk!! napa dia park kat dalam ni? Biasa kalau dia sampai dulu pun dia mesti park kat luar." Itulah yang first I pk. So, I park jer lah kat luar...no hal la sapa dalam,sapa kat luar pun. Dah siap park I ambik handbag sangkut kat bahu then terus kuar kereta. Masuk jer rumah mula2 senyap & gelap jer rumah. Tercari2 gak la mana my hubby ni. Tiba2 nampak dia keluar dari dapur sambil bawa sebiji kek yang dah ternyala sebatang lilin sambil menyanyikan lagi Happy Birthday. Waaahhhh....kembangnya hidung I...dah agak dah my hubby ni every year buat surprise jer kat I...Terharunya...Terima kasih sayang, Luv u always.


 Sebijik kek hari jadi, sekeping kad ucapan dan juga 3 kuntum mawar merah.

3 kuntum bunga tu maksudnya I love U kan? Ntah la I ni bukan reti nak tafsir bunga nih...hehehe...yg penting I suka sangat ngan bunga tu kalau boleh tak nak dia layu.

Ni buah hati pertama kami yang selalunya terover exited bila dapat makan kek. Tapi yang tak syok nyer dia makan sikit jer...tapi buat sepah jer lebih.

Tuesday 6 March 2012

HAppY biRthDAY To mE!!!


7 March ....  Happy Birthday To Me, Happy Birthday To Me, Happy Birthday To Me !!! Happy Birthday To Nina K....Happy Birthday To Me!!!!

Nak buat cmner kan tak der org wish kat sini, so wish diri sendiri jer lah kan. Anyway org 1st yang wish I birthday adalah My hubby...TQ laling...then diikuti oleh rakan2 FB...hmmmmm jenuh gak la tangan nak mereply wish dari they all...Appreciate that so much.... I tak kisah ada hadiah ker tak janji ingatan u all tu terlalu berharga buat I and it's make me feel appreciated and visible in this world.

My bucket list this year :

1. Nak tambah baby
2. Nak tambah asset
3. Nak tambah saving
4. Nak increment lebih....hehehehe
5. Nak a Gucci watch
6. Nak a white gold diamond ring yang baru
7. Nak renovate bilik air and dapur

Hmmmm....banyak list tu...tak tau la boleh tercapai tak this year. Hihihihi.....

Monday 5 March 2012

Hari-hari Malas Nina K's


Nina K's bila malas macam ni lah jadinya. Lipat kain tapi pegi longgok kat atas tangga jer. Bukan apa, bila kain tu dah berlonggok tahap kerajinan tu menurun dengan mendadaknya. Paham-paham aje lah, bila rumah dah jadi bertingkat ni, nak naik dan turun tangga tu menjadi isu besar untuk I. Kalau boleh angkut sekali jalan jer tak per, ni nak kena ulang turun naik tu yang malas tu. Nak tak nak haaa....bertenggek aja lah kain-kain tu kat atas tangga. Tunggu la sapa-sapa lalu nak naik atas dan sudi angkut diorang tu....huhuhuhhu....Kadang2 kesian gak tengok kain-kain tu bila ada masa sampai 2 hari bertenggek kat atas tangga baru lah boleh masuk wardrobe. Hai nasib lah kain....

Thursday 1 March 2012

March is Meaningful To Me...I love March

Bulan mac muncul lagi...yiiihaaa....tak sabar menunggu beberapa tarikh penting dalam bulan Mac ni...Bulan Mac penting kepada I kerana beberapa sebab. Pertama i dilahirkan dalam bulan ni tadaaa....Happy brthday to me...:)

yang penting walaupun umur 21 tahun tu dah lama berlalu....tapi hati I tetap 21 ok....

Kedua, bulan Mac jugak mempertemukan I ngan my hubby pada tahun 2008 yang lalu....Hmmm....very sweet memory that time....I ngan my hubby hidup berjiran dah bertahun2 actually....tapi pada bulan mac 2008 tu ada peristiwa yang memang tak akan i lupakan sampai bila2 berlaku. Ceritanya macam ni, pada suatu hari seperti biasa I bangun pagi nak pergi kerja...tengah rush nak masuk kereta yang I park kat luar pagar tu tetiba I ternampak sehelai kertas terselit pada wiper kereta I....at the first i nak ambik buang jer kertas tu tapi entah kenapa gerak hati suruh I bukak lipatan kertas tu....tiba2 I baca nota tu yang memang ditujukan untuk I yang berbunyi macam ni..."TO:MISS WNJ 10**, SALAM PERKENALAN DARI SAYA....FROM:MR BBW ****  NO TELEFON:012-245****".....masa tu hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya I. Then setahun kemudian tibalah hari bersejarah buat kami berdua apabila kami telah selamat diijabkabulkan dengan 3 kali lafaz....huhuhu...cian my hubby....jadi bulan mac juga adalah bulan Anniversary kitaorang....I LOVE MARCH!!

Click For CASH!!