Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Wednesday, 13 February 2013

Tip -tip kurangkan loya masa mengandung

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas , tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.

Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan , tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Jadi , sekiranya anda mengalami masalah jumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip Untuk Kurangkan Simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini

1.Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.

2.Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.

3.Hindarkan diri dari wangian-Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.

4.Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya.

5.Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.

6.Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah

Tuesday, 8 January 2013

PETUA MENGEMPISKAN PERUT BUNCIT



Petua Mengempiskan Perut

~Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.

~Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya..

~Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

~Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini:
~Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Anda mempunyai masalah kulit perut berkedut tak? Kalau ya, anda boleh cuba petua ini;
~Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.

7 Cara Kempiskan Perut
1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Sunday, 30 December 2012

How To Get Best Shape And Loose Weight (Petua Badan Langsing)


Last Friday I pegi gym seperti biasa tapi kali ni I dah terpengaruh untuk ambik Personal Trainer sebab I rasa berat badan I tak turun2 sejak lepas bersalin anak 1st ritu lagi. So I sign up untuk ambil PT ngan salah sorang Trainer kat Fitness First. At the first soalan yg I tanya dia ialah how to control my food to get the best shape and weight? So PT tu ada la bagi I petua pemakanan ang perlu diamalkan. Kat sini I kongsikan ngan U all apa yang PT tu suggest kat I.

PAGI/BREAKFAST

1. 2 keping roti bijirin penuh di makan sebagai sandwich @ letak jam / 2pcs of wholemeal bread as a sandwich @ jam
 atau/or
2 biji kuih muih / 2 banana muffins
 atau/or
sebiji capati@tosai/a pancake

2. sebiji pisang dan epal hijau/ a banana and green apple(another fruits can be taken too)

3. segelas susu tanpa lemak @ segelas jus / a glass of no fat milk @ a glass of juice

TENGAH HARI/LUNCH

1. 2 genggam nasi/ a grasp of rice
  atau/or
sepiring spaghetti@pasta / a saucer of spaghetti@pasta

2. Seketul ayam bahagian dada@ daging@makanan laut / a lump of chicken breast@meat@seafood

3.Sayur-sayuran (makan banyak pun tak apa)/ vegetables 

4. segelas jus/ a glass of juice

5. sebiji pisang dan epal hijau/ a banana and green apple (another fruits can be taken too)

MALAM/DINNER

1. 2 keping roti bijirin penuh/ wholemeal bread
 atau/or
bijirin/cereal

2. segelas susu tanpa lemak @ segelas jus / a glass of no fat milk @ a glass of juice

3.sebiji pisang dan epal hijau/ a banana and green apple(another fruits can be taken too)

p/s:Ingat tiada makanan lain di antara 3 sesi pagi, tengah hari dan malam

p/s: tiada kaitan dengan gambar di atas


Sunday, 8 July 2012

Tak Ada Diabetes Tapi Dipaksa Berdiet Macam Ada Diabetes

Pregnant kali ni memang agak pelik dan bermasalah sikit nak compare dengan yang first dulu. Kalau nak diikutkan kedua2 tempoh pregnant I mengalami kenaikan berat badan yang mendadak dan terpaksa minum air gula. Tapi pregnant kali ni berbeza sikit sebab pada awal kehamilan I mengalami kekurangan darah dan dipaksa untuk menambah makanan berzat besi tinggi, so I tambahkan pemakanan dan menyebabkan kenaikan 4kg sebulan. Bila naik dah cecah 4kg sebulan I kena minum air gula pulak tapi alhamdulillah I bebas dari Diabetes namun doktor tetap menyarankan I berdiet seperti orang yang mengalami penyakit ini sebab baby I dah besar dari sepatutnya. Umur baru 33 minggu tetapi saiz dah macam 36 minggu. Silap2 I kena deliver awal dari tepoh yang di tetapkan. So I search la info2 pemakan untuk pesakit2 diabetes. Fuhh...memang sengsara la nak ikut kalau macam ni sebab semua yang terlarang adalah semua yang I suka especially buah-buahan tu...huk huk....Ni info yang I copy paste untuk rujukan I dan sesiapa yang menghidap penyakit diabetes. Harap2 I tabah menjalani diet baru ni....sib baik la dah tak lama dah tempoh pregnant ni.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN (Kecuali ada arahan Doktor atau Pegawai Diatetik)
1. Aiskrim
2. Susu pekat manis
3. Buah-buahan dalam tin (manis)
4. Semua kuih-muih manis
5. Glukosa, gula pasir, gula perang, madu, kek
6. Coklat
7. Biskut manis
8. Jem
9. Kaya
10. Minuman ringan (botol, tin dan kotak)
11. Milo, horlicks, ovaltine, pulut, pisang, durian

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TETAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA
Jumlah keperluan bergantung kepada umur, kegiatan, jantina dan berat badan.

A. Makanan Karbohidrat/berkanji
i) Hasil bijirin - Nasi putih, beras india, roti putih, Whole meal (jagung), mee, mihum, conflakes, nestum, oats, biskut ceram crackers, apam, putu mayam, idalee, tosai, capati, roti canai.
ii) Sayur-sayuran berkanji - lobak merah, kentang, ubi keledek, keladi, labu manis, sukun, kacang panggang (baked bean)
iii) kekacang - kacang dal, kacang hitam, kacang hijau dan kacang merah.
iv) Susu - susu segar, susu UHT, susu cair, susu tepung.
v) Buah-buahan - limau, epal hijau, epal merah, oren, betik, nenas, rambutan dan lain-lain buahan

B.Makanan berprotein
Ayam, ikan, daging, telur, keju dan makanan laut - udang.

C. Makanan berlemak
Minyak memasak (lebih baik jika gunakan jenis polyunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari dan lain-lain) majerin polyunsaturated.

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN DENGAN BEBAS
Boleh dimakan sebanyak mana yang dikehendaki dan tidak ditambah gula.
i) Cecair - Air minuman, Air mineral, teh, kopi, air sop, air limau nipis/lemon, air barli
ii) Perasa dan rempah - serbuk kari, cili, herba, rempah ratus, lada sulah, cuka, esen.


PETUA UNTUK DIINGAT
1. Kawal pemakanan
2. senaman (Setiap hari 1/2 jam)
3. Ubat kencing mani/injection insulin
4. Kawal paras gula dalam darah dan rekod dalam buku.
5. Paras gula yang baik - Puasa 4-6 mmol/l, 2 jam lepas makan 7.8 mmol/l

Sumber : Jabatan Makanan, Hospital Sultanah Aminah

Sunday, 27 May 2012

PETUA MENGHILANGKAN STRETCH MARK


"STRETCH MARK" atau Rekahan kulit, kulit pecah, garis hitam atau kerepot. Tak kiralah apa yang anda selalu sebut. "Stretch mark" ni terjadi kerana regangan berlakunya regangan kulit. Biasanya dialami oleh para ibu yang kerap bersalin dan ahli bina badan. Begitu juga mereka yang mengalamai pertambahan atau pengurangan berat badan.

Biasanya anda boleh nampak ia pada sekitar bahagian perut, dada, lengan, belakang badan, paha dan kawasan sekitarnya.

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa fakta tentang stretchmark atau kesan regangan kulit yang perlu anda tahu :

1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan.


2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.

3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.

4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya. Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.

5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan

6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang

7. Cara terbaik untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan.

Dan yang paling penting… elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk.

Ada sesetengah orang tak peduli pasal benda ni. Biasanya lelaki la. Hehe... Tapi bagi kebanyakan wanita, ia sesuatu yang agak merisaukan.

Kalau begitu, saya kongsikan cara untuk hilangkan strech mark anda. Tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya boleh amalkan petua ini.

PETUA MENGHILANGKAN KESAN "STRETCH MARK":

Bahan- bahan yang anda perlukan;

~ 1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)

~ 1 sudu teh air limau nipis

~ 20 titik minyak kayu putih

Caranya;

1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas hingga sebati.

2. Sapukan pada tempat-tempat yang ada "stretch mark".

3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.

Click For CASH!!