Showing posts with label RENO AND DECO. Show all posts
Showing posts with label RENO AND DECO. Show all posts

Wednesday, 30 January 2013

Meja Baru ~vs~ Meja Lama

Alhamdulillah bahagian dapur dah siap di renovate sepenuhnya. Tinggal lagi untuk di dekorasikan sahaja. Ada banyak idea untuk mendekorasi cuma kewangan sahaja yang tak mengizinkan. 2 hari lepas sempat tangkap satu set dining table baru kat plaza perabot seksyen 7 shah alam. Dining set baru pun tetap warna hitam...hmmmm entah lah rasa minat ngan color hitam jer kot.Harga asal rm4800 tapi oleh kerana kedai tu nak clearkan stok yang ada demi untuk membawa masuk perabot baru untuk CNY ni harga set ni dah turun sehingga rm2800. Haaa...ok sangat la tu kan...masih mampu memilikinya. Lagi pun masih cantik dan tak ada cacat celanya lagi. Table top daripada marble memang berat giler nak angkat sampai kena pakai tenaga 4 orang lelaki dewasa. So paham2 la macam mana nak bersihkan carpet kat bawah tu...confirm tak teralih la meja tu. 

 Ni set meja baru beli

set meja makan lama ni dah transfer masuk dry kitchen supaya boleh digunakan untuk daily use,so meja baru tak la comot jer kan kat hall tu.

Thursday, 21 June 2012

Rumahku Dibikinkan Lagi

Dah lama i tak masukkan story personal I kan. Bukan tak der story cuma tunggu masa yang sesuai untuk men'story'kan kat u all. Ok sekarang ni I tak boleh nak online kat rumah sebab tak selesa sesangat ngan keadaan rumah sekarang. Bersepah dan berhabuk yang amat. For your info rumah I sekali lagi mengalami proses transformasi kepada bentuk lain ala2 transformer gitu. Kalau last year I transformkan umah I di bahagian depan sahaja then this year I transformkan bahagian dapur lak.U all nak tau kenapa I kena buat transformasi ni kena baca sampai habis kay...

 Ok, ni adalah rupa asal dry kitchen umah I...Actually cabinet ni masih ok so, I tak buat apa2 transformasi untuk cabinet ni. Mungkin tahun depan baru I tukar kot..

 Ni pulak rupa asal wet kitchen. agak kekampungan sikit sebab dia pakai pintu besi camtu jerk pas tu kat atas tu fresh air. Mulanya I suka concept freash air yang digunakan but lately I dah jadi tak suka sebab nyer, bila dah fresh air ni maknanya semua yang fresh akan masuk dalam umah I sewenang-wenangnya contohnya bau2 masakan dari rumah lain terus jer masuk umah I, pas tu masa masak malam2 banyak sangat nyamuk dok gigit I and yang paling I tak suka cik Siti pun boleh panjat dinding and masuk umah I untuk mencari rezeki yang confirm tak halal.

 So, sekarang ni I akan transform'kan dry kitchen ni menjadi lebih luas sikit supaya I boleh letak dining table kat sini jerk. tak yah la I menyempitkan hall I yang tak berapa luas tu.

 Wet kitchen ni I nak tutup kaw2 supaya bendasing2 yang I tak ingini tak boleh menerjah masuk rumah I lagi. Part ni I nak letakkan toilet baru setelah toilet asal kat dry kitchen tu I pecahkan.

Bumbung pun I kasi tukar sebab bumbung lama hanya menggunakan awning zink. Amat tak sesuai...

So kita nantikan gambar2 setelah transformasi ini settle plak k. Babai....

Tuesday, 10 April 2012

Intai2 Deko

Besok kita semua akan bercuti sempena menyambut hari pertabalan yang di pertuan agong yang ke 14 kan? ada yang tak dapat cuti tak?? Kepada sesiapa yang bercuti tu rancanglah percutian anda dengan baik dan kepada sesiapa yang tak bercuti tu selamat menajlankan tanggung jawab anda sebagai pekerja yang berdedikasi. Sebelum bercuti tu I nak share ngan U all serba sedikit idea2 deko yang I praktikkan kat rumah I. Jom layan...

 Ni lampu pagar. Lampu pagar memang memainkan peranan yang amat penting terutama pada watu malam. Selain boleh menerangkan kawasan depan rumah, ia juga boleh membantu menyelamatkan persekitaran rumah. (kalo org nak masuk ker boleh nampak)

 Ni botol hiasan semata2. I gunakan botol2 ni untuk menutup plastik2 & botol2 makanan kat atas kabinet dapur. Coffee, sugar & tea tu seme tak berisi...hehehe....Penting untuk mengindahkan pemandangan...tak der la kita nampak bersepah jer kat belakang tu.

 Pokok2 ni pun sama. Fungsinya untuk menutup kelemahan kat belakang

 Haaa....kalo tengok2 betul2 dari depan tu nampak la segala benda alah yang tak cun kat belakang tu. Bagi sesetengah org ianya menyusahkan sebab kalo nak amik barang kat belakang tu kena alih-alihkan mende ni dulu, tapi for me it doesn't matter.

 Ni display kabinet yang I beli kat Ikea tu. Ala yang harganya lebih kurang RM170 jer tu. Kat tingkat pertama ni I letakkan koleksi barang2 yang beli semasa berkunjung ke luar negara. Menara Eifil tu bukan I yg pegi tapi adik I yang kasi sebab dulu dia tinggal kat German. Piring tu I beli kat Jepun. Jam Hello kitty dan bunga swaroski I beli kat China. Benda2 ni seme penuh makna untuk I.

 Level 2 ni I letak kan set balang dari Dubai. Ni pun bukan beli kat Dubai gak tapi beli kat KK home deko jer...hehehehe...

 Level 3 I letakkan set dulang tembaga ni. Mama I yang belikan...Hmmm...nampak comel kan

 Level ke4 ni I letakkan set catur diperbuat dari kaca, tabung kereta untuk Rayyan dan gelas2 koleksi Mc Donald..

 Oleh kerana sofa I ni bebbentuk L dan kelihatan agak kosong, so I letak kan bantal2 ni. 2 bijik sebelah kanan dan 2 bijik sebelah kiri.

 Bunga putih ni memang sengaja I letakkan kan entertainment set ni sebab semua benda yang berada kat situ berwarna hitam. Untuk meng'kontra'kan nya Ipilih bunga putih supaya lebih menyerlah.

 Saja jer I pilih Stool 2 tempat duduk ni dengan corak dan warna yang meriah sebab kebanyakan perabot dan dinding rumah i warna hitam dan putih jer. Stool ni untuk mengelakkan mood boring.

 Tak caya tengok ni...wallpaper color hitam & putih, langsir pun hitam dan putih...letak stool tu kan nampak lain dan ceria sket.


cermin2 kecil ni saja I susun berbentuk tangga gak untuk mengelakkan tangga tu kelihatan kosong dan bosan. At least dengan adanya cermin2 ni boleh menaikkan aura tangga tu.

Ok lah...ni saja buat masa ni sesuai untuk tatapan U all di hari lapang besok. Boleh lah sapa2 lagi nak share idea deko ngan I lak nanti bab I ni memang hantu deko tp konsep I moden jer.

Monday, 15 August 2011

Look How My Mind Worked For My House


Setiap individu mengimpikan sebuah mahligai indah untuk didiami. Begitu juga saya. Tapi tak semestinya apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Rumah adalah keperluan yang wajib ada bagi setiap individu tak kira yang kaya,miskin,papa,pokai semua pun memerlukan sebuah rumah untuk didiami. Mereka yang bernasib baik boleh memiliki rumah yang bak istana, mereka yang kurang bernasib baik cukuplah sekadar ada rumah, ikut kemampuan la kan. Namun bagi saya rumah yang dibeli mestilah mengikut kemampuan masing2 supaya tidak menyusahkan diri kita sendiri nanti. Ya lah kan rumah sekarang ni bukannya murah,nak bayar kereta lagi, bil lagi, anak lagi. makan la pakai la bla bla bla....semuanya memerlukan duit. Jadi beli lah setakat yang mampu....

Oleh itu saya pun telah membuat pembelian rumah bagi memenuhi keperluan hidup saya ni.Al maklumlah usia semakin tua...lagi lambat beli lagi susah nak apply loan. Tapi ciri2 rumah yang saya perlukan semasa membuat pembelian ialah, keadaan yang masih baik tak kesah 1st hand ker 2nd hand, location nyer mestilah tak jauh dari tempat kerja dan bandar, persekitaran mestilah harmoni, ada masjid, ada sekolah, ada kedai, ada jalan yang baik, neighborhood yang baik, ciri2 keselamatan yang baik, taman rekreasi dan sebagainyer. Oleh itu saya telah decide membeli rumah 2nd hand jer la sebab nak memenuhi semua kehendak saya tu kan. kalau nak beli yang 1st hand seme nye jauh2 and of course seme kemudahan yang saya nak tadi tu belum ready,nak kena tunggu bertahun baru settle....hooo i tak sanggup u. Tak per lah 2nd hand pun tak per, janji kat bandar...ngeee (poyo tak?).....Walaupun 2nd hand saya telah jadikannya 1st hand....tak caya tengok nih....
Haaa... ni lah rumah i masa 1st beli 3 bulan lalu....kalau u all tengok ni u all nak beli tak?

View depan memang fail

Ada ker syiling dining hall half macam tu jer yealkk..

Laluan ke dapur....alamak tranparent la

master bedroom masih berkeadaan baik....cuma i tak suka color kuning tu

Tetiba jer ada corner kat situ...tak best langsung

Alahai uzurnya gate

Pagar pun dah nak runtuh

Tiang ni blocking la


View dari dalam....masih baik cuma tak ada taste i

Dry kitchen masih ok tp tak terurus sket

tangga pun cantik lagi....tapi ruang bawah tu baik diaplikasikan


Renovation baru nak start





Habis la lantai aku tu korang letak barang2 wat renovation

Tadaaa....dining syiling suda tukar...

Dining mesti gedik

Laluan ke dapur dah bertukar wajah

Benda alah ni leh cover sket kat dapur tu
Corner tadi i pasang built in ward robe


Master bedroom setelah di ubahsuai

Entertainment set kat living hall

dining set and view

Living hall dah settle

Boh curtain sket

letak stool for 2 person cun gak kan

Ni saja wat decoration jer

Decoration lagi

Tangga sudah tukar 



Dry kitchen sudah up date


Wall clock 


Bawah tangga dah jadi stor....hehehehe...
Aikk rumah mana plak ni

View dalam sudah tukar

And....these really help me
 So, u all tunggu apa lagi....jangan pikir 2 kali untuk beli rumah 2nd hand. Kita boleh buat ikut citarasa kita sendiri.....yang penting beli rumah dah jadi aset besar untuk kita. Tahun depan harga rumah naik lagi....:)

Click For CASH!!