Thursday, 8 September 2011

Gambaran Makkah Di Masa Hadapan..!!! -Wajib Baca

Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC. 
 
Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi. Benar, projek-projek ini akan memberi keselesaan kepada para jemah Haji yang saban tahun semakin meningkat bilangannya. Akan tetapi, dari satu sudut lain, ia memanifestasikan sebuah Hadis Nabi berkenaan Umat Akhir Zaman menunaikan Fardhu Haji. Dahulunya, sesiapa yang menunaikan rukun Islam ke-5 ini akan 'impress' dengan binaan Baitulallah akan tetapi kini, Abraj al-Bait telah mengambil hati para jemaah Haji masa Hadapan. Itulah cita-cita Dajjal melalui tenteranya, Golongan Islam Wahhabi.
 
(Sebuah peringatan kepada semua sebelum pergi menunaikan haji).
 
Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis: 
"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)



Jabal Khandama, Makkah



Jabal Khandama, Makkah



Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.



Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.



Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah & Makkah Metro Line.



Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.


Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.


Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah



Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah




Peta Makkah Metro Line. 




Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah 




Al Mashaar Makkah Metro Line dari Arafat ke Muzdalifa-Mina-Makkah sepanjang 18.1km menelan belanja SR6.65 billion. 




Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.
 


Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.


Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).


Menara Jam Abraj al-Bait dari lantai Masjidil Haram.



Abraj al-Bait dilihat 'lebih gah' dari Baitulllah.



Menara Jam Abraj al-Bait dari pandangan udara.



Keluasan pembinaan Abraj al-Bait.



Jabal Khandama, Makkah



Kingdom Tower, Jeddah.



Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.



Kingdom Tower. Inilah sebuah menara 'gila'. Ketinggian cukup untuk menggambarkan kegilaan untuk 'mencakar langit'.

Makkah Metro Line Station.


Gambaran keseluruhan Jabal Khandama, Makkah.

 
Pemandangan Jabal Omar, Makkah.
 
Pemandangan Udara Jabal Omar, Makkah.

Projek Makkah Expansion & Shades.


Makkah Expansion & Shades

 
-PencacaiSemalaysia 
 
 

Semoga nawaitu orang ke mekah tidak berubah. Tujuan ke Mekah untuk buat Haji atau Umrah dan bukan melancung seperti kita melancung ke negara lain. Mengikut khabar orang bukan Islam tidak di benar memasuki Tanah Haram Mekah, harapan kita agar bengunan yang canggih itu di bena oleh pekerja Islam. Hebat sungguh dunia Islam zaman ini.
  

Template Changes Trial

Al kisahnyer berkali kali sudah ku cuba mengubah apperance blog ku nih....tapi tak jadik2 jugak....teringin gak nak ada look yang cute miut tu tapi asal download jer banyak part yang hilang...tak nak la hilang apa yang i dah set tu.....bukan senang nak adakan balik kat template baru nanti.last2 i try yang ni plak...haaa...amacam ok tak my new look? Emmm...kureng eh?? tak per nanti i try godek2 lagi....almaklumlah i tak belajar ngan sesapa pun nak create blog nih....try and error jer....harap u all boleh terima la my new look ni yerk....Insya Allah kalau ada masa and kelapangan i akan try jadikan appearance i ni menjadi lebih cun melecun gitu...hehehe....

Tuesday, 6 September 2011

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah darimulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.
Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlahburung-burung tadi dibawah Arasy. 
Melihat kejadian itu malaikat yangmenjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. 
Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. 
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. 
Apabila perintah itu diberitahukepada mereka, Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yangmenjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'.
 Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. Berkataburung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini'.
Berkata malaikat itu,'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat danmenyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. 
Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
 Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannyaberterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagiMaha Penyayang.

p/s: Sampaikan walaupun satu ayat

Monday, 5 September 2011

KampUNg BeaCHes iS tHe BesT

Selepas pulang berhari raya ke rumah rakan taulan & sedara  mara kami pun buat lah aktiviti air pulak....ingat nak ke Lata Tembakah tapi tup2 tengah jalan hujan plak....so kami patah balik ke pantai jer lah jawabnya....yang penting si kecik sorang tu exited sangat.... jom layan karenah dia....

Sunday, 4 September 2011

AidilfTRi 2011 PunyER CerITA

Seperti tahun2 sebelumnya sejak kawen ni kampung kedua2 belah pihak mesti dikunjungi...yang bezanya cuma mana dulu dan mana kendian....tak kesah la kan janji balik....dapat gak hidu bau kampung dan berkumpul adik beradik, bersua sedara mara dan rakan taulan....sejak kawen kami tak penah gadoh bab balik kampung, sebab my hubby adil orangnya, tak yah nak remind apa2. kalau tahun ni raya pertama kat umah parent dia tahun depan mesti kat umah parent i plak...tapi tahun ni raya menjadi istimewa sebab kakak kesayangan kami dah kawen...yeayyy!! da lama kami tunggu....akhirnya kawen gak kakak i yang sorang ni...Alhamdulillah....kami berharap agar rumah tangga yang dibina akan bekekalan hingga ke akhir hayat

Kat sini i post kan beberapa gambar yang sempat di'snap'kan masa raya hari tu.walaupun gambar tak berapa cun tapi cukuplah untuk menjadi memori yang begitu indah untuk ditatapi....hajat di hati nak beli SLR tspi tunggu dapat duit terbang dulu lah....hehehehe.....

 Ni First day raya kat rumah my in law

 Orang beraya tapi my boy ni tetap BZ ngan HP nya plak....nak balas msg awek!!

 Eh posing la kejap

 Nak pinjam ker...nah ambik la

 Ni sebahagian daripada adik beradik my Hubby...tak cukup lagi tu

 My hubby n his Mom....anak mak ni

 Parent in law

 Ampunkan segala kesalahn i ye yang....halalkan makan munim i gak...



 Ni perjalanan balik kampung i plak...singgah pantai ni mwnjadi kewajipan....




 Eh sapa plak ni? hehehehe sian my baby dipakaikan tudung plak...


 Belum apa2 baju dah basah lencun

 Raya ke4...nak attend kakak nyer wed


 Pelamin of the day

 Kawen lagi sekali...hehehehe....

 Ada macam muka i tak?

 Me wif the bride & groom

 anak mama....sama tak?

 rombongan dari pengantin lelaki




 Time boring....kitaorang wat camni

 Sama cantik sama padan...semoga kekal ke akhir hayat



Click For CASH!!