Monday, 19 December 2011

My Idol-Kenapa Pengasas Sendayu Tinggi Berpurdah?


Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.


Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Nota : Moga kisah dia boleh menjadi contoh dan teladan buat kita semua.

Wednesday, 14 December 2011

Dengki Ada 3 Jenis...

dengki itu ada tiga jenis : 

1) inginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan beralih kepadanya 

2) inginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang spya sama2 tak dpt 

3) tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya... 

dengki dosa batin mmbakar pahla..

Tuesday, 13 December 2011

Kurap Blog.....Tahukah Anda?

Tahukah anda apakah itu kurap? Saya pasti anda semua tahu apa itu kurap malah mungkin anda juga pernah menghidapi penyakit ini. Kurap memang gatal dan amat menyusahkan penghidapnya. Bukan sahaja mempunyai rupa yang hodoh tapi menjadi parasit juga. Kurap juga jika digaru semakin lama semakin besar dan semakin hodoh malah busuk juga. Tapi tahukah anda apa pula Kurap Blog????

Kurap Blog adalah species manusia yang suka menempel kat blog-blog tertentu especially blog personal sedangkan mereka tidak menyukai tuan punyer blog tersebut. Pekerjaan Kurap Blog ni adalah membuka blog personal yang mereka tak suka tadi untuk melihat perkembangan tuan punyer blog. Kurap Blog ni tidak akan memberikan sebarang komen pada blog berkenaan tetapi mereka hanya akan menyebarkan virus atau lebih tepat lagi mengata, mengutuk, mengumpat dan yang sewaktu dengannya kat belakang. Mereka akan berkumpul sesama mereka untuk menjalankan aktiviti parasit mereka. Maybe aktiviti tersebut terlalu seronok untuk mereka menyebabkan mereka tidak akan miss untuk membuka blog2 personal ini setiap hari semata2 hanya untuk mendapatkan maklumat untuk menjalankan aktiviti2 tersebut di atas tadi. 

Anda pasti blog anda tak ada kurap blog???? Baik anda kaji betul2. But for me, walaupun saya tahu kurap2 blog ada yang melekat kat blog saya ni,tapi saya tak kesah dan untuk kurap blog saya ni saya tujukan khas gambar ni untuk korang..... MUKA KORANG MEMANG MACAM NI......BURUK, HUDUH DAN BUSUK....UWELLLKKKK......




Monday, 12 December 2011

Vogue & Funkie Birthday Party


Tanggal 10/12/2011 yang lepas adalah birthday salah seorang dari kawan I yang boleh dikatakan amat rapat. Yang bestnya kita orang baru jer kenal kat KL ni tu pun masa kita orang sama-sama join Fitness First dulu. Perkenalan yang singkat tu membawa keakraban antara kami sehingga hari ni. May be kita orang satu kepala dan boleh ngam antara satu sama lain kot. Party ni diadakan di Redbox pavillion,KL. Bilik VIP ditempah khas oleh suaminya....uiiii syioknyer dapat suami baik macam dia kan? Sporting pulak tu.... Jom layan aktiviti kami kat sana...

pose sebelum masuk

Redbox Pvillion,KL

Ni la Birthday Girl yang I maksudkan tu....comel kan?

sambil berparty sambil kita makan....makanan yang di sediakan memang best

bacaan doa selamat wajib 

pose dengan member yang dah 3-4 tahun tak jumpa

lagu best from mr hubby utk wife nyer...sampai tutup mata  nyanyi tu


bestfren kat party tu tengah bagi pose maut...keh3

poco-poco time...haish tak reti aku 

macam ni caranya ikut aku k....

berposing selepas puas melantak & melalak

Add caption

Peace yawww....

pose syok sendiri

We all enjoyed the party and have a good memory with it. May God bless U Yatie...May God lengthen your life, good health and wealth and lastly may God give U both a child soon...Happy Birthday!!!

Monday, 5 December 2011

Shioook Nyeerrrr Mereka....

Syok betul tengok dua orang sepupu ni bertemu sambil menikmati keindahan pantai di Marang,Terengganu. First turun kereta jer diorang ni terus berlari ke arah pantai..."ta ta ta" kata Rayyan....."da da da" kata Putra....  ntah apa yang diorang bualkan hanya mereka yang paham..... Yang bagusnyer diorang tak pergi dekat dengan air...may be takut kot sebab ombak time tu agak besar...musim tengkujuh la katakan.... so boleh le mak n ayak diorang ni melepak dengan aman tanpa gangguan diorang.... tapi mata jangan lupa untuk jeling2 kat diorang gak tau....









Sunday, 4 December 2011

Saguhati Pun Jadi La....

Ingt lagi tak pasal contest yang I sertai bulan lepas?? Ala contest Love Your Hijab by Mia Stuffz tu....tak pe lah u all tak tau pun kan....saje nak info kat sini yang I berjaya dapat hadiah saguhati dari Mia Stuffz...yeaaa!!! Walaupun hadiahnye tak seberapa tapi cukup lah janji dapat gak kan....Setelah join contest ni baru I tahu bukan senang nak menang sesuatu contest,kena buat rayuan undi dan macam2 lagi....but for me mula2 jer I buat rayuan undi dalam 2-3 hari contest bermula jer pas tu I malas dah....tak sangka lak menang hehehehe....Ni lah hadiah yang I dapat tu....Satin Shawl dengan sepit yang comel sekali....Alhamdulillah sebelum ni I hanya pandang2 jer kat shawl ni tapi tak terbeli2 gak....rupa2 nya nak dapat free....


Nak tau sapa pemenangnyer?? Ni hah....cantik kan....dia dapat undi 1800++....mmmmm I pemenang saguhati ke 10 tu.....hahahaha....nasib2.....




TAHNIAH KEPADA PEMENANG!

✿ THE WINNER
alleesa sam

✿ THE BEST STYLE
Hazierah Binti Abdullah

✿ PEMENANG SAGUHATI

NUR SYAFINA BT MOHD JAMI
RIZKI SUKMINA BT MISLAM
Siti Aishah Binti Mat Salleh
KU NESSA
nor anisa bt hamdan
Siti Amirah Bt Hussin
NoorMaliani
Maslina Bte Mahat
NOR FADZERAWATY BT JASNI
Wan Nurani Syuhada Mat Daud


Kerana Saya Tak Cantik

Kerana saya tidak cantik..
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan
 kerana saya tak cantik,
 akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.Paling penting, 
kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. 
Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa pun...

Thursday, 1 December 2011

Awal Muharram Di Pantai Timur

A
First entry untuk bulan ini berkenaan dengan pecutian saya pada Awal Muharam baru2 ni. Percutian selama 5 hari ini telah dihabiskan di semua negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun kampung I kat Terengganu tapi semua negeri ni mesti dikunjungi apabila pulang ke kampung. Sapa tak seronok bila balik kampung kan? Walaupun I cuma hanya ada seorang ibu dan rumah yang tak berpenghuni tetapi panggilan kampung tetap kuat. Jom tengok apa aktiviti best kat Pantai Timur....

Makan ikan goreng celop tepung kat Marang

Singgah Marang untuk makan ikan goreng celop tepung sambil ambil angin pantai yang sepoi2 bahasa


Sapa kenal tempat ni??

Medan ikan bakar yang femes kat Tok Bali Kelantan wajib dikunjungi....letaknya selepas jambatan Tok Bali

Haaa....tengok ni 2 sudu untuk makan lai chi kang...best sangat ler tu

Sotong Bakar Best dan fresh kat Tok Bali

Pasar Rantau Pnajang mesti di kunjungi

Ni saya punya!!!

Tengok t-shirt2 cun dijual dengan harga yang sangat murah...sesuai untuk dewasa dan juga  kanak2

Ni pintu keluar masuk Rantau Pnjang.Tu kete I, I tak tipu I g Rantau Pnjang k

Zon Bebas Cukai....I beli cokolet jer

Which one do u prefer?

Ni Masjid Beijing....bukan kat Beijing yer, tapi on the way to Rantau Panjang jer

Cantik kan dekoration dia?


Budu dan sos keropok banyak dijual di sepanjang jalan pantai Terengganu....On the way back kto KL I singgah le beli barang sebotol 2 untuk buah tangan kat kenalan kat sini

Keropok lekor,keropok keping,keropok sgera,belacan, budu,sos,kuih-muih seme ada kat sini

Hahahaha....tolong promosi Mek Mah nyer keropok lekor n otok2

menyinggah ler ni

pilih, jangan tak pilih

Percutian 5 hari rasa macam 5 jam jer.....sampai KL terus kiok....sakit pinggang dan belakang sebab travel tiap2 hari....jauh2 pulak tu

Click For CASH!!