HAPPY BIRTDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO RAYYAN HAPPY BIRTHDAY TO U!!
Pejam celik-pejam celik anak bujang I dah pun berusia 3 tahun hari ni. Rasa cam baru jer kawin semalam tapi rupanya anak I dah besar, dah ada adik pun dia. Pada umur macam ni banyak yang dia tengah belajar, baru pandai bercakap dan buat ayat., so tak betah I dan hubby melayan soalan dia yang kadang2 tu tak patut di soal pun. Kadang2 perkataan yang dia sebut tu bukan pun dia tahu apa maknanya. Tersalah sebut buat kita marah sedangkan dia tak tahu apa yang dia sebut tu salah contohnya "bodoh la papa ni"...dia hanya menyebut apa yang mungkin dia pernah dengar orang lain menyebutnya. So kita sebagai parent tak boleh terus melenting malah kita perlu membetulkan dan mengingatkan bahawa perkataan yang disebut tu salah dan jangan mengulanginya lagi. Dah 4 bulan lebih jugak dia menjadi seorang abang. Alhamdulillah dia adalah abang yang penyayang dan pandai manjaga adiknya....boleh di harap untuk menghenjut buai dan memasukkan puting ke mulut adiknya, boleh disuruh ambilkan pampers adik. Walaupun dia merasa perhatian kami kepadanya sedikit teralih kepada adiknya tetapi dia tetap sayang adik dia tu. Dia juga berubah menjadi lebih sensitif sejak akhir2 ini mungkin hanya untuk menarik perhatian kami. Padahal dia tak tahu bahawa kami terlalu sayangkannya, dia lah permata hati pertama kami, jantung hati kami selamanya cuma sekarang ni jantung hati kami dah bertambah. Semoga Rayyan akan membesar dengan baik,menjadi anak yang baik dan mampu berbakti kepada kami di hari2 tua kami nanti...Amin.
happy bufday rayyan...mummy kasi hadiah apa hehehehe
ReplyDeletehuhuhu...mummy ngah pokai...tunggu ler hujung bln ni...
Delete