Thursday, 31 January 2013

Mandi Songsang

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut… Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas . Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN 

1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8)Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

well...I dah amalkan dari kecik lagi.terima kasih ayah kerana telah mengajarku sesuatu yang baik

Wednesday, 30 January 2013

Meja Baru ~vs~ Meja Lama

Alhamdulillah bahagian dapur dah siap di renovate sepenuhnya. Tinggal lagi untuk di dekorasikan sahaja. Ada banyak idea untuk mendekorasi cuma kewangan sahaja yang tak mengizinkan. 2 hari lepas sempat tangkap satu set dining table baru kat plaza perabot seksyen 7 shah alam. Dining set baru pun tetap warna hitam...hmmmm entah lah rasa minat ngan color hitam jer kot.Harga asal rm4800 tapi oleh kerana kedai tu nak clearkan stok yang ada demi untuk membawa masuk perabot baru untuk CNY ni harga set ni dah turun sehingga rm2800. Haaa...ok sangat la tu kan...masih mampu memilikinya. Lagi pun masih cantik dan tak ada cacat celanya lagi. Table top daripada marble memang berat giler nak angkat sampai kena pakai tenaga 4 orang lelaki dewasa. So paham2 la macam mana nak bersihkan carpet kat bawah tu...confirm tak teralih la meja tu. 

 Ni set meja baru beli

set meja makan lama ni dah transfer masuk dry kitchen supaya boleh digunakan untuk daily use,so meja baru tak la comot jer kan kat hall tu.

Tuesday, 22 January 2013

Color Blocking Again!!


Lagi-lagi color blocking. Senang nak gayakan color blocking ni actually. tak perlu nak concentrate dengan satu warna sahaja...contohnya kalau pakai skirt kuning tak semestinya nak cari baju yang color kekuningan jugak.kita boleh matchkan aja dengan apa2 warna lain seperti hijau ker, merah ker atau purple macam I ni. penampilan jadi lebih menarik bukan?? kelihatan lebih ceria dan muda. Tak semestinya pakaian yang kita gayakan tu mahal harganya untuk kelihatan cantik janji pandai menggayakannya. Macam yang I pakai sekarang ni top RM70 from Nichii, skirt RM70 from MiaStuffz dan tudung bawal tu RM8 sahaja n boleh dibeli kat mana2 pasal malam jer. total baru tak sampai RM150 tapi cukup untuk bergaya....kalau kita beli sepasang kurung pun sekarang boleh cecah harga ratus2 gak kan...so apa kata kita stylo sket dengan harga yang lebih rendah. Selamat mencuba!!

Monday, 14 January 2013

MY AMBITION IS TO BE A FOMULA 1 DRIVER


 Haaa tengok budak kecik ni bukan calang2 kecik dia ni tapi cita2 dia besaaarr ok...baru umur 4 bulan setengah tapi pantang tengok stering mesti nak pegang. Kalau time drive dia dok sebelah and tetiba jer nangis, senang jer...angkat dan letakkan dia kat stering confirm senyap on the spot. Eiii ntah2 dia ni ada cita2 nak jadi fomula 1 punye driver kot. Mummy say "It's ok baby...good job" sure kaya....hehehhe

Today's Quot

Hari ni bangun pagi cam biasa nak pergi opis...bukak wardrobe belek2 baju tak tau nak pakai yang mana, semuanya rasa mcam dah lama. So bila semua rasa dah boring nak pakai apa kata i cuba ubah style bertudung lak, baju ofis biasa jer letak belt plus pakai loose shawl camni untuk kelainan. Hmmm....puas hati baru boleh keluar g ofis...



Fake Skimming & Keypad Beware!!


PERHATIAN: Berhati-hati apabila memasukkan Card dan No. PIN di Mesin ATM (Bank).

Dulu kita biasa dengar orang rompak Bank pecahkan mesin ATM, tapi sekarang zaman teknologi moden ni, diorang dapatkan duit dengan PERANGKAP orang ramai menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain. alat yang dah dikenalpasti adalah Slot pembaca Card (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.

Slot pembaca Card (Skimming) palsu yang direka oleh PENJENAYAH CYBER untuk merakam DATA yang ada pada Card korang. dan Keypad palsu untuk perangkap No. PIN yang korang tekan. bila dia dah dapat DATA Card dan No. PIN korang, diorang boleh ceroboh korang punya Account Bank tanpa Card. mungkin ramai yang belum tahu kes ni. so, aku nasihatkan korang berhati-hati masa masukkan Card dan No. PIN di mesin ATM (Bank). kalau nampak mesin ATM tu pelik, jangan sesekali korang masukkan Card dan No. PIN. kes ni banyak berlaku di Indonesea.

Tuesday, 8 January 2013

PETUA MENGEMPISKAN PERUT BUNCIT



Petua Mengempiskan Perut

~Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.

~Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya..

~Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

~Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini:
~Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Anda mempunyai masalah kulit perut berkedut tak? Kalau ya, anda boleh cuba petua ini;
~Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.

7 Cara Kempiskan Perut
1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

PURE MARINE COLLAGEN~MARK DOWN!!!

Dear all,
Pure Marine Collagen (PMC) telah turun harga dari RM35 kini RM25 sepeket untuk 100gram. color purple (gred AAA) ok, bukan yang color putih atau kuning tu. I dah dapat harga lebih 
murah dari supplier that's why I boleh turunkan harga. Beli lebih untuk harga yang lebih murah.

 So, Hurry!!!

Sila isi borang di bawah blog ini ya.

Sunday, 6 January 2013

Quot of the day

Hello seme....kalil ni I just nak share how to style up blocking color dress. Sekarang ni memang dah jadi tren  fesyen color blocking ni. Pendek kata mana-mana kedai jual baju pompuan mesti akan jual baju2 yang colorful macam ni. Kalau dulu penggayaan baju hanya tertumpu kepada satu tone color je contohnya dari baju,skirt,tudung dan kasut malah handbag pun seme nak sama color. Dari jauh lagi dah nampak kalau color biru biru tu jer lah. tapi sekarang ni orang dah tak pakai macam tu, mainan warna dah jadi trend dan yang pasti seseorang itu akan nampak lebih menyerlah yang penting kita berani untuk menggayakannya. So I pun tak ketinggalan dalam perubahan fesyen masa kini. Hari ni I menggayakan 3 tone warna yang berbeza iaitu kuning, merah dan biru. Hasilnya....menyerlah kan? Y not u all try??



Thursday, 3 January 2013

HAPPY BIRTHDAY RAYYAN!!

HAPPY BIRTDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO RAYYAN HAPPY BIRTHDAY TO U!!

Pejam celik-pejam celik anak bujang I dah pun berusia 3 tahun hari ni. Rasa cam baru jer kawin semalam tapi rupanya anak I dah besar, dah ada adik pun dia. Pada umur macam ni banyak yang dia tengah belajar, baru pandai bercakap dan buat ayat., so tak betah I dan hubby melayan soalan dia yang kadang2 tu tak patut di soal pun. Kadang2 perkataan yang dia sebut tu bukan pun dia tahu apa maknanya. Tersalah sebut buat kita marah sedangkan dia tak tahu apa yang dia sebut tu salah contohnya "bodoh la papa ni"...dia hanya menyebut apa yang mungkin dia pernah dengar orang lain menyebutnya. So kita sebagai parent tak boleh terus melenting malah kita perlu membetulkan dan mengingatkan bahawa perkataan yang disebut tu salah dan jangan mengulanginya lagi. Dah 4 bulan lebih jugak dia menjadi seorang abang. Alhamdulillah dia adalah abang yang penyayang dan pandai manjaga adiknya....boleh di harap untuk menghenjut buai dan memasukkan puting ke mulut adiknya, boleh disuruh ambilkan pampers adik. Walaupun dia merasa perhatian kami kepadanya sedikit teralih kepada adiknya tetapi dia tetap sayang adik dia tu. Dia juga berubah menjadi lebih sensitif sejak akhir2 ini mungkin hanya untuk menarik perhatian kami. Padahal dia tak tahu bahawa kami terlalu sayangkannya, dia lah permata hati pertama kami, jantung hati kami selamanya cuma sekarang ni jantung hati kami dah bertambah. Semoga Rayyan akan membesar dengan baik,menjadi anak yang baik dan mampu berbakti kepada kami di hari2 tua kami nanti...Amin.


Short Vacation in PD

Entry ni sepatutnya di tulis pada minggu lepas sebagai penutup tahun 2012 tapi oleh kerana tiada kesempatan untuk berbuat demikian so I terpaksa la tulis sekarang, anjak 1 minggu kira ok la kan. Setiap tahun I akan menghabiskan masa bercuti bersama family kat mana2 lokasi di dalam atau pun luar negara. Untuk tahun ni  we all tak pergi jauh2 pun sesuai dengan bajet yang tak berapa nak ada la. We all menghabiskan masa hujung minggu 2 hari tu kat Port Dickson jer...but at least masa yang singkat itu we all spend sebaik mungkin untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Memandangkan minggu lepas masih lagi minggu cuti sekolah, so kebanyakan hotel penuh dan harganya pun berganda,so we all stay kat Selesa Beach Resort. Hotel ni betul2 ngadap laut dan bilik we all pun mengadap laut,so we all boleh cuci mata tengok laut sepanjang masa. Jom layan gambar kat sana....

 nak check in hotel

 biasa la ni little businessman mana pergi mesti busy je ngan telefon tu

 mandi kolam adalah acara wajib...hehehe

 pandangan dari luar hotel we all

 suka la tu dapat main ombak

muzium tentera darat wajib dikunjungi...kalau tak bukan namanya ke Port Dickson, PD kan Bandar Tentera Darat?

Tuesday, 1 January 2013

Cooler Bag Set-Breast Milk Storage Up to 14 Hours

Dear mummies! Especially mommies yang bekerja dan ingin menyusukan anak sepenuhnya seperti I. Tentunya u all mengalami kesukaran untuk menyimpan susu di pejabat bukan? Lebih2 lagi kalau ofis u all tak ada freezer macam ofis I. Mana nak simpan susu yang diperah kan? nak tak nak perah dan buang aja la. Mula2 memang I pun begitu tetapi sekarang tidak lagi setelah ada seorang kawan mencadangkan supaya I beli Cooler Bag set ni. Cooler bag ni mudah didapati di mana2 kedai menjual peralatan bayi dan harganya tidak lah mahal hanya bawah RM100 ikut pakej . Set ini boleh menyimpan susu kita selama sehingga 14 jam. wow!! amazing kan? so tak payah pikir nak simpan susu kat peti ais berebut ngan member2 lain. U all ada peti ais sendiri yang boleh di bawa kemana2 jua anda pergi


haaaa...inilah rupa Cooler Bag tu, comelkan

Set yang I beli ni di datangi juga dengan 10 botol menyimpan susu 5 auns setiap satu

Set ini juga di datangi dengan 3 ketul ice pack yang boleh tahan sehingga 14 jam. Cara2 nya U all kena bekukan ice pack ni selama 8 jam sebelum U all bawa ke pejabat

Cooler bag ni ada 2 bahagian. Bhagian pertama I isikan susu yang diperah macam ni

bahagian satu lagi I isikan breast pump macam ni

Hasilnya tadaaa...banyak susu yang boleh I simpan dalam peti ais kat rumah. So tiada lagi pembaziran

Click For CASH!!