Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

Oiso Korean Restoran- Halal Punyer

Hai all!! pernah makan makanan korea tak? ada yang teringin atau gemar makan makanan korea macam i tak? kalau ada jom pekena sekali kat Oiso...restoran ni terletak betul2 kat Shoping mall The Sphere Bangsar South. Yang pasti restoran ni di iktiraf halal dan menawarkan harga yang memang berpatutan. Macam makan kat kedai mamak jer regenya. Rasanya pulak memang sedap lebih kurang ngan makan kat Ichiban Ramen tu. Tak caya jom tengok.

Posing merupakan aktiviti wajib

Cantik sangat dekorasi almari cina ni 

maksud Oiso diterangkan kat sini

set ikan makarel yang lazat beserta nasi ni hanya RM14.90....murah kan dah la besar ikan tu

belajar bahasa korea sket


kasi can diorang belasah dulu


ni pulak set ramen yang i makan hanya RM10.90...murah siottt!!!

time untuk belasah la apa lagi
Ada masa try ler...pasti tak nyesal...

Monday, 2 April 2012

Makan2 Kat Restoran Kayu Manis

Alkisahnya tengah hari semalam I tak sempat keluar untuk tapau nasi, so nak senang punya pasal I order McD jer lah. Makan double cheese burger sebijik....tapi nak dikatakan perut I ni perut orang melayu, kekenyangan makan burger tu tak lama...pukul 4 ptg dah ber'techno'. Biasa kalau dah sampai tahap tu I makan la apa2 sampingan yang patut tapi semalam tak. Bila sampai umah dekat pukul 7 tu apa lagi muntah angin la I. My hubby tengok keadaan I tu timbul la plak rasa kesian dia kat I lalu dia ajak gi makan seafood kat Kayu Manis ni. Restoran ni terletak betul2 kat pusat komersial Bukit Jelutong tak jauh dari rumah I tapi ni la first time makan kat  situ....pergghhhh memang best giler la makanan dia. Ni I nak share sket menu yg I makan semalam

 Ni menu utama malam tadi, ikan siakap stim asam pedas RM 60.00++. Memang sedap sebab ikan tu di tangkap fresh dari akuarium dia. Pilih jer mana nak. Harga ditentukan berdasarkan berat ikan tersebut. Lagi besar lagi mahal ler.

 Menu kedua ni kerabu jelly fish....fuhhh terangkat!!! pedas, masam dan manis semua cukup rasa. Habis sepinggan ni I jer yang melantak. Harga sepinggan size ni RM 17.00

 Yang ni pulak sayur sawi cina dengan cendawan. Harga sepinggan kecil ni RM13.00. U all jangan risau dengan harga yang ditetapkan sebab bila makan puas U all tak kan terasa kemahalan itu dan pasti U all akan berkunjung kembali kesini.

 Ni pandangan dari luar restoran Kayu Manis ni pada waktu malam

Sunday, 15 January 2012

Makan2 Kat Subak Restoran

Hai seme!!!

Sorry sesangat coz da lama tah hupdate my blog.Bukan kehabisan idea tapi kesihatan tak berapa nak mengizinkan untuk I berkarya di blog ni. So kali ni I nak kongsi ngan u all pasal restoran Subak yang pernah I kunjungi beberapa minggu yang lalu. Restoran ni terletak kat BUkit Lanjan KL yang dikendalikan oleh chef Hassan Abdullah. Dia ni memang banyak pengalaman memasak dan menu2 yang ditawarkan seme best2 pada harga yang berpatutan. Jom tengok view restoran ni...

pandangan dari depan restoran

pintu masuk restoran

kena menapak naik sket nak g restoran ni

dekorasi dalaman ala2 bali gitu...yang penting sejuk dan mendamaikan kat sini

menu

candle & crystal

jom tengok ikan



suasana cukup romantis sesuai untuk couple & family

ada water feature macam dok kat waterfall jer

I ngap yg ni...peha kambing masala....besttt!!!

budak kecik memang suka makan fries jer

dah habis makan kena la bayar kat kaunter yer cik abang

Ha....tengok cantik dan mendamaikan kan restoran ni?? Apa lagi jom la pekena!!!

ni serba sedikit maklumat asal restoran ni...


Opening Hours:
Mondays to Sundays including Public Holidays
11:00 a.m. till 12:00 midnight+
Contact Details:
Tel: (6)-03-7729 9030 / 31
Fax: (6)-03-7729 9036
For Inquiries & Reservations: info@subak.com.my
Fariz 019-7902401, Fendy 012-2424091 and Fazlan 010-5287289

Restaurant Address:

Lot 3213 Jalan Penchala Indah
Bukit Lanjan 60000

Wednesday, 2 November 2011

Fullhouse Time

Pernah tak U all tengok cerita Korea? U all suka tak cerita Korea?? Pernah tengok cerita Full House tak?? Best tak?? OK la to tell u the truth I tak pernah tonton cerita Korea. Bukan tak minat tapi tak suka nak tunggu episod2 dia yang beratus2 tu. Takut ter'miss' kang jadi tak best la pulak cerita tu. So, I lebih suka ambil jalan mudah....tak tengok dari awal. Even thou I tak pernah tengok cerita2 Korea tu tak bermakna I tak tahu langsung pasal benda tu. At least I tau jugak la tajuk cerita yang orang dok selalu perkatakan seperti Winter Sonata dan Full House. But this time I bukan nak cerita pasal Drama2 Korea tu tapi kali ni I nak cerita pasal makan2 kat restoran Fullhouse, bukan Full House drama Korea tu ya. Restoran ni I tak tau sapa pengasasnya, dari mana juga I tak tahu yang I tahu restoran ni ada sijil Halal Dari Jakim....So kawan2 yang beragama Islam jangan segan untuk singgah k. Restoran ni actually dah lama menapak kat Malaysia ni, dah banyak branches  yang ada tapi yang I dok selalu pergi ni adalah Fullhouse yang terletak dalam SS2 Mall, Petaling Jaya. Maklumlah itu jer yang dekat dengan I...Jom layan pic I kat sana, kita tengok apa yang best kat sana....

kat depan restoran kita boleh main2 ngan merpati putih...bukan hidup yer,hiasan semata2

makan bersama kawan2 kan best

baru nak menikmati menu hari ni

main entrance restoran....decoration dia ala2 inggeris...chumel kan??

aha....ada kereta mini yang cukup cute kat dalam restoran

jangan lepaskan peluang untuk posing kat sini

menu 1 roti sandwich

menu 2 chicken chop

drink for today...manggo milk shake....best sangat sebab ada jelly kat dalam tu boleh kunyah2

menu 3 spaghetti olio oglio

desert for today cream puff...mmmm yummy

serviette & spoon

Ayu tak I hari ni?

Thursday, 20 October 2011

Jalan2 Cari Makan Kat Laman Grill



Hye Frenz!!!

Kali ni I nak share dengan U all tempat-tempat menarik dan best untuk makan. Now kita singgah kat Laman Grill kejap. Restoran ni terletak kat Seksyen 13 Shah Alam. Sapa-sapa yang dok dekat tu boleh la singgah yer. Restoran ni memang sesuai sangat untuk famili, frenz & couples.... untuk ke sana senang saja sila refer address ni:

G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Syeksyen 13, Shah Alam

working hour dia adalah setiap hari dari pukul 11.00am hingga 11.00pm

Laman Grill ni menyediakan hidangan2 yang berasakan American Style, Barbeque, Middle Eastern, French , Italian, Steakhouses dan juga Tex-Mex

Ni antara gambar2 yang sempat I snap kat sana.


Steak Counter

MMmmm...minuman yang fresh




Haaa... tengok tu udang segar dalam spagethi yang lazat

Tengok baby makan fries da jadi macam taring da

makan jom makan

kat depan restoran ada taman yang luas sesuai untuk kanak2 bermain





taman yang dihiasi pokok2 dan lampu yang cantik


tempat letak muruku....muruku ni memang dihidangkan terlebih dahulu sebelum order kita sampai....so tak lah bosan tunggu makanan yang di pesan

Click For CASH!!