Wednesday, 31 October 2012

Pelajaran Baru: Sikit Lagi Nak Pass

Hari ni umur saya dua bulan dan 14 hari. Sekarang saya sedang belajar meniarap, pantang mummy letak atas tilam jer saya mesti nak meniarap. Kadang2 saya rasa marah kalau pelajaran saya ni asyik fail jer. Dah puas saya bertungkus lumus tapi tak berjaya. Kalau tak berjaya saya mesti berusaha lebih kerap dan kerap sebab tu la saya jadi macam ni...stress tau


video

Monday, 29 October 2012

Renungan Buat Sang Suami

Wanita bekerja yang berkahwin memang banyak tanggungjawabnya. Selain menjadi isteri kepada suami, mereka tetap tiada pilihan untuk ‘lepas tangan’ melakukan kerja-kerja di rumah serta mendidik anak-anak. Malah peranannya lebih besar kerana harus memberi tumpuan dalam kedua-duanya. Merekalah isteri, merekalah ibu.

BUAT BACAAN SUAMI

1. Fahami tugas isteri...

Si suami jangan cepat melenting jika isteri lambat menyediakan makanan atau mengambil apa sahaja yang diminta. Jangan sesekali meletakkan tugas kepada isteri 100% , sebaliknya cubalah berfikiran baik melihat bebanan yang dilakukan isteri dengan hati terbuka. Bayangkan kadangkadang si isteri bergegas pulang ke rumah hanya untuk menyediakan makanan kepada anda dan anak-anak dengan masakan dari air tangannya.

2. Ringankan beban isteri....

Ada ramai bapa yang menyangka bahawa tugas untuk menjaga, memandikan, menidurkan dan pelbagai layanan yang diperlukan oleh anak-anak adalah ibunya. Sebenarnya mereka silap, bagi yang memahami konsep perkahwinan, tugas dalam rumah tangga sebenarnya adalah tanggungjawab bersama. Jika si isteri penat, apa salahnya anda sebagai suami tolong meringankan beban. Sekali-skala berjaga malam tiada salahnya.

3. Jangan jemu pandang muka isteri....
Ada lelaki yang menganggap isterinya tidak lagi berseri seperti mula-mula berkahwin dahulu.Isteri yang selesa berpakaian batik dan lusuh dipandangnya buruk berbanding pekerja wanita di tempat kerja sendiri.

Buat si isteri, sentiasalah menjaga penampilan dan berat badan supaya suami berasa gembira serta senang melihat diri anda yang sentiasa tampil menawan. Suami pula jangan mengambil kesempatan, tetapi bagilah dorongan.

4. Jangan terlalu memaksa isteri....

Inilah masalah yang tidak difahami oleh kedua-dua pasangan. Suami lebih senang ‘ mengarah, meminta dan ‘mahu’, manakala si isteri pula ikut sahaja tanpa bantahan. Sebenarnya jika isteri letih, biarlah si dia berehat dahulu. Tugas dan bebanan yang dihadapi di tempat kerja membuatkan si isteri penat. Oleh kerana tidak mahu dianggap isteri derhaka, dia akan ikut sahaja. Percayalah dalam hatinya berasa sedih kerana hatinya berkata... ‘ Aku mahu rehat sekejap’..

5. Usah rasa tersisih....

Suami berasa dirinya diabaikan oleh isteri kerana mereka asyik melayan anak – anak berbanding dirinya. Usah berasa tersisih, sebaliknya anda sebagai suami seharusnya berasa bersyukur kerana isteri anda berusaha untuk melakukan semua tugas tersebut dengan senang hati. Jangan sesekali mengambil kesempatan untuk ‘makan luar’, dengan alasan kurang kasih sayang isteri....

Monday, 22 October 2012

First Day Working After Long Break


Today 22 Oct 2012 is my 1st day working after 2 month maternity leave. At this time my weight loose up to 15kgs over 20kgs. Hmmm its look like 5 more kgs to loose. Memang agak tertekan untuk mendapatkan bentuk asal balik, terpaksa kawal makan dan minum dan terpaksa exercise walau sedikit. Maklumlah nak over2 tak boleh lagi kan. So hari ni I snap a pic just as a measurement before I started workout at gym. Nanti boleh compare2 samada jadi lagi besar ker lagi kecik. Sapa kata kalau dah kecik nak jadik besar balik itu tak mungkin??Kalau dah makan macam *oink *oink tu cumfirm jadi besar balik kan.

Thursday, 11 October 2012

Nina K's Today

Semasa tempoh berpantang yang 40 days tu terasa teramat-amatlah lah bosan dan tertekan especially kena pantang time raya. Nak makan kuih raya tak boleh, nak jenjalan pun tak boleh, hari2 ngadap muka baby jer nasib baik comel. So tak der la bosan tengok muka dia tu. Part paling mencabar adalah time baby tak tidor malam tak pasal2 kita yang tak biasa tido lewat terpaksa berjaga. Time2 camni lah baru kita terkenangkan ibu,betapa besarnya pengorbanan mereka. Time ni jugaklah I rasa bertuah kerana dijadikan seorang wanita dan ibu kerana dapat menghayati pengorbanan ibu selama ini. Hari2 dilalui setelah beranak 2 ni tersa lebih mencabar kalau nak dibandingkan dengan dulu,maklumlah semua benda dah menjadi double. Kasih sayang yang dulunya hanya dicurahkan pada seorang anak kini terpaksa dikongsikan. Mulanya agak payah namun lama-kelamaan keadaan itu dah jadi lumrah. Yang pasti anak pertama mesti memberi laluan kepada adiknya untuk membesar walaupun kekadang ada juga dia meragam tapi sebagai ibu kita harus pandai handle.

 Ok lah dek kerana dah terlalu lama terperap kat rumah,agak2 dah sihat I telah memanjangkan langkah ke The Gardens Mall...hmmm apa lagi shoping la sebelum masuk keje balik ni. So hari ni I telah berjaya menyambar 2 helai blouse,sepasang kasut Charles & Keith dan sehelai kemeja Mark & Spenser untuk Mr Hubby yang sanggup menemani I.Sambil2 tu sempat gak la snap sekeping gambar buat tatapan dan kenangan selepas pantang. Pic ni pada hari ke 50.




Click For CASH!!