Ni lampu pagar. Lampu pagar memang memainkan peranan yang amat penting terutama pada watu malam. Selain boleh menerangkan kawasan depan rumah, ia juga boleh membantu menyelamatkan persekitaran rumah. (kalo org nak masuk ker boleh nampak)
Ni botol hiasan semata2. I gunakan botol2 ni untuk menutup plastik2 & botol2 makanan kat atas kabinet dapur. Coffee, sugar & tea tu seme tak berisi...hehehe....Penting untuk mengindahkan pemandangan...tak der la kita nampak bersepah jer kat belakang tu.
Pokok2 ni pun sama. Fungsinya untuk menutup kelemahan kat belakang
Ni display kabinet yang I beli kat Ikea tu. Ala yang harganya lebih kurang RM170 jer tu. Kat tingkat pertama ni I letakkan koleksi barang2 yang beli semasa berkunjung ke luar negara. Menara Eifil tu bukan I yg pegi tapi adik I yang kasi sebab dulu dia tinggal kat German. Piring tu I beli kat Jepun. Jam Hello kitty dan bunga swaroski I beli kat China. Benda2 ni seme penuh makna untuk I.
Level 2 ni I letak kan set balang dari Dubai. Ni pun bukan beli kat Dubai gak tapi beli kat KK home deko jer...hehehehe...
Level 3 I letakkan set dulang tembaga ni. Mama I yang belikan...Hmmm...nampak comel kan
Oleh kerana sofa I ni bebbentuk L dan kelihatan agak kosong, so I letak kan bantal2 ni. 2 bijik sebelah kanan dan 2 bijik sebelah kiri.
Bunga putih ni memang sengaja I letakkan kan entertainment set ni sebab semua benda yang berada kat situ berwarna hitam. Untuk meng'kontra'kan nya Ipilih bunga putih supaya lebih menyerlah.
Saja jer I pilih Stool 2 tempat duduk ni dengan corak dan warna yang meriah sebab kebanyakan perabot dan dinding rumah i warna hitam dan putih jer. Stool ni untuk mengelakkan mood boring.
Tak caya tengok ni...wallpaper color hitam & putih, langsir pun hitam dan putih...letak stool tu kan nampak lain dan ceria sket.
cermin2 kecil ni saja I susun berbentuk tangga gak untuk mengelakkan tangga tu kelihatan kosong dan bosan. At least dengan adanya cermin2 ni boleh menaikkan aura tangga tu.
Ok lah...ni saja buat masa ni sesuai untuk tatapan U all di hari lapang besok. Boleh lah sapa2 lagi nak share idea deko ngan I lak nanti bab I ni memang hantu deko tp konsep I moden jer.
owhh...suka...suka...i pun suka jgk deko2 gini..
ReplyDeletebtw cantik u punya decor
tu lah...I memang tgh intai2 deko umah org lain ni...mana la tau kot2 leh ciplak...ngeee....
Deletewahhh sukanya cntik....x de idea nih nak deco2 umah....leh refer2 nih...ekekekeke
ReplyDeletehehehe...sila2 pas tu share la kat sini gak ek...
Deletewah..cntik tu..leh tiru sket2 utk umh bru nnti nih..
ReplyDeletehihihi...amik idea yg elok2 jer...nanti share la ek...
Delete