Tuesday 10 April 2012

Intai2 Deko

Besok kita semua akan bercuti sempena menyambut hari pertabalan yang di pertuan agong yang ke 14 kan? ada yang tak dapat cuti tak?? Kepada sesiapa yang bercuti tu rancanglah percutian anda dengan baik dan kepada sesiapa yang tak bercuti tu selamat menajlankan tanggung jawab anda sebagai pekerja yang berdedikasi. Sebelum bercuti tu I nak share ngan U all serba sedikit idea2 deko yang I praktikkan kat rumah I. Jom layan...

 Ni lampu pagar. Lampu pagar memang memainkan peranan yang amat penting terutama pada watu malam. Selain boleh menerangkan kawasan depan rumah, ia juga boleh membantu menyelamatkan persekitaran rumah. (kalo org nak masuk ker boleh nampak)

 Ni botol hiasan semata2. I gunakan botol2 ni untuk menutup plastik2 & botol2 makanan kat atas kabinet dapur. Coffee, sugar & tea tu seme tak berisi...hehehe....Penting untuk mengindahkan pemandangan...tak der la kita nampak bersepah jer kat belakang tu.

 Pokok2 ni pun sama. Fungsinya untuk menutup kelemahan kat belakang

 Haaa....kalo tengok2 betul2 dari depan tu nampak la segala benda alah yang tak cun kat belakang tu. Bagi sesetengah org ianya menyusahkan sebab kalo nak amik barang kat belakang tu kena alih-alihkan mende ni dulu, tapi for me it doesn't matter.

 Ni display kabinet yang I beli kat Ikea tu. Ala yang harganya lebih kurang RM170 jer tu. Kat tingkat pertama ni I letakkan koleksi barang2 yang beli semasa berkunjung ke luar negara. Menara Eifil tu bukan I yg pegi tapi adik I yang kasi sebab dulu dia tinggal kat German. Piring tu I beli kat Jepun. Jam Hello kitty dan bunga swaroski I beli kat China. Benda2 ni seme penuh makna untuk I.

 Level 2 ni I letak kan set balang dari Dubai. Ni pun bukan beli kat Dubai gak tapi beli kat KK home deko jer...hehehehe...

 Level 3 I letakkan set dulang tembaga ni. Mama I yang belikan...Hmmm...nampak comel kan

 Level ke4 ni I letakkan set catur diperbuat dari kaca, tabung kereta untuk Rayyan dan gelas2 koleksi Mc Donald..

 Oleh kerana sofa I ni bebbentuk L dan kelihatan agak kosong, so I letak kan bantal2 ni. 2 bijik sebelah kanan dan 2 bijik sebelah kiri.

 Bunga putih ni memang sengaja I letakkan kan entertainment set ni sebab semua benda yang berada kat situ berwarna hitam. Untuk meng'kontra'kan nya Ipilih bunga putih supaya lebih menyerlah.

 Saja jer I pilih Stool 2 tempat duduk ni dengan corak dan warna yang meriah sebab kebanyakan perabot dan dinding rumah i warna hitam dan putih jer. Stool ni untuk mengelakkan mood boring.

 Tak caya tengok ni...wallpaper color hitam & putih, langsir pun hitam dan putih...letak stool tu kan nampak lain dan ceria sket.


cermin2 kecil ni saja I susun berbentuk tangga gak untuk mengelakkan tangga tu kelihatan kosong dan bosan. At least dengan adanya cermin2 ni boleh menaikkan aura tangga tu.

Ok lah...ni saja buat masa ni sesuai untuk tatapan U all di hari lapang besok. Boleh lah sapa2 lagi nak share idea deko ngan I lak nanti bab I ni memang hantu deko tp konsep I moden jer.

6 comments:

  1. owhh...suka...suka...i pun suka jgk deko2 gini..
    btw cantik u punya decor

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...I memang tgh intai2 deko umah org lain ni...mana la tau kot2 leh ciplak...ngeee....

      Delete
  2. wahhh sukanya cntik....x de idea nih nak deco2 umah....leh refer2 nih...ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sila2 pas tu share la kat sini gak ek...

      Delete
  3. wah..cntik tu..leh tiru sket2 utk umh bru nnti nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...amik idea yg elok2 jer...nanti share la ek...

      Delete

Click For CASH!!