Sunday, 1 April 2012
Apa Itu April Fools' Day
Pada abab ke-8 Masehi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang sangat maju dan tidak disenangi oleh orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam, yang membunuh wanita dan kanak-kanak.
Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada.
Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dengan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.
Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.
Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga turut dibakar.
Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada menjadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.
TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1 APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.
Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut-ikut dengan 1 April ini dengan mengenakan dan mentertawakan orang lain. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu yang memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.
Sekian... renung-renungkan dan selamat beramal...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi, selamat petang..-.-
ReplyDeletenaseb baek annversary syieda 31.march. -.-
syieda folo cini la..hihii
hihihi....selamat...nina dah follow syieda blk...
Deletekite ni byk kan yg terpengaruh dgn budaya barat kan....isk2!
ReplyDeletebetul tu eMMe....kebanyakan tak tahu malah tak nak ambil tahu...semua main ikut jer...suka la org2 kafir tu tgok org Islam diperbodohkan
Delete