Showing posts with label FAMILY XTVT. Show all posts
Showing posts with label FAMILY XTVT. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

HAPPY BIRTHDAY RAYYAN!!

HAPPY BIRTDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO RAYYAN HAPPY BIRTHDAY TO U!!

Pejam celik-pejam celik anak bujang I dah pun berusia 3 tahun hari ni. Rasa cam baru jer kawin semalam tapi rupanya anak I dah besar, dah ada adik pun dia. Pada umur macam ni banyak yang dia tengah belajar, baru pandai bercakap dan buat ayat., so tak betah I dan hubby melayan soalan dia yang kadang2 tu tak patut di soal pun. Kadang2 perkataan yang dia sebut tu bukan pun dia tahu apa maknanya. Tersalah sebut buat kita marah sedangkan dia tak tahu apa yang dia sebut tu salah contohnya "bodoh la papa ni"...dia hanya menyebut apa yang mungkin dia pernah dengar orang lain menyebutnya. So kita sebagai parent tak boleh terus melenting malah kita perlu membetulkan dan mengingatkan bahawa perkataan yang disebut tu salah dan jangan mengulanginya lagi. Dah 4 bulan lebih jugak dia menjadi seorang abang. Alhamdulillah dia adalah abang yang penyayang dan pandai manjaga adiknya....boleh di harap untuk menghenjut buai dan memasukkan puting ke mulut adiknya, boleh disuruh ambilkan pampers adik. Walaupun dia merasa perhatian kami kepadanya sedikit teralih kepada adiknya tetapi dia tetap sayang adik dia tu. Dia juga berubah menjadi lebih sensitif sejak akhir2 ini mungkin hanya untuk menarik perhatian kami. Padahal dia tak tahu bahawa kami terlalu sayangkannya, dia lah permata hati pertama kami, jantung hati kami selamanya cuma sekarang ni jantung hati kami dah bertambah. Semoga Rayyan akan membesar dengan baik,menjadi anak yang baik dan mampu berbakti kepada kami di hari2 tua kami nanti...Amin.


Friday, 3 August 2012

Budak OTOMAN

Hai Rayyan! Buat apa tu? Tengok Otoman?? Hai hari2 nak tengok Otoman. Lepas tengok Otoman kat Astro ceria, mesti nak tengok kat U-Tube plak. Try tengok 2 gambar ni...khusyuk betul si Rayyan menatap aksi Otoman kat U-Tube dah la kat sisi tu tersedia dah 2 ekor Otoman sebagai inspirasi. Patung Otoman tu rasanya dia dah ada berpuluh2 and kebanyakan darinya dah jadi OKU la. Kalau tak patah tangan, patah kaki, tak pun patah tengkuk. Kalau papa beli kejap jer Otoman tu ok...2-3 hari lepas tu mesti dah jadi OKU dah. Kalau zaman sekolah2 dulu mesti boleh wat essei "Aku sebuah patung Otoman". Mesti sedih cerita tu and confirm cikgu akan bagi markah lebih.




Friday, 20 July 2012

Jom Kita Skodeng Si Rayyan

Jom kita jenguk apa si Rayyan tu buat senyap2 kat dalam bilik second....
.
.
.
Aw cakkkk!!! wah habis make up mummy menjadi mangsa keganasan anak jantan...mmmm macam ni lah jadinya bila tiap2 pagi terpaksa menemani mummy pakai make up sebelum hantar Rayyan pergi rumah baby sitter. So sekali sekala bila mummy tak pandang Rayyan boleh la amik peluang mencungkil beg make up mummy and try buat experiment kat muka sendiri plak...amacam orait tak???

 saya akan menunjukkan anda cara2 menggunakan peralatan make up dengan betul

 berus maskara digunakan untuk mencungkil cream muka

 sapukan cream pada pipi menggunakan berus ini ye

nak tengok make up cun ker tak kena tengok cermin pada compact powder mummy...yeaaa...siap sudah

Thursday, 7 June 2012

Purple Wed's

Hye all, entry kali ni berkisar tentang majlis perkahwinan anak buah my hubby yang bertemakan warna purple. Sapa suka purple? Cantik kan color purple ni. But purple is not my favorite color lah. I love black and white jer. Wedding ni di adakan pada hari sabtu yang lepas dan berlangsung di Pekan,Pahang iaitu kampung kelahiran my hubby. We all balik pada hari jumaat malam sebelumnya. Sepatutnya we all kena la balik awal sebab yang nak kawin tu adalah sedara terdekat kan, tapi keadaan tak mengizinkan we all balik awal sebab my hubby wajib kerja & stay back hari jumaat tu sampai pukul 10.00pm. So, we all bertolak pada pukul 11.00pm dan sampai kat sana dalam pukul 3.00am.Phewww....penat siot. 

 Majlis akad nikah dan sanding di adakan di masjid ni. Masjid baru Pekan. Tengok tu ada orang nak inter frame gak dalam gambar ni. Huhuhuhu....

 Bunga pahar color purple

 Ni anak2 buah I belah my hubby. Yang 2 orang muka sama tu kembar seiras kay. Susah amat nak beza mana kakak and mana adik

 Kumpulan Marhaban. Kesian mak cik-mak cik ni duduk atas lantai jer

 Pelamin of the day....color purple

 Meja makan pengantin....color purple tapi belum siap hidangannya

 Bunga-bungaan pun color purple

 Tadaaaa... ni lah mak buyung bersama pengantin selepas selesai majlis akad nikah. For your info berat mak buyong sekang dah cecah 80kg. Hahahaha...macam mana nak turunkan balik ke berat asal tu kena pikir kemudian kay 

 Make up pengantin bukan Nina K's yang buat ok.

 Pintu masuk dewan dihiasi dengan bunga2 color purple gak

 Haaa....ni my hero with his twin cazie

 Barang2 hantaran dari pihak perempuan. Yang dari pihak lelaki tak sempat nak snap

 Proses menghias meja makan pengantin dengan buah-buahan tempatan yang amat fresh

 Mmmmm the yummie cookies. I sempat taste sebijik jer. Memang best...tapi tak tahu sapa buat kalau tak boleh la i tempah untuk raya nanti

 Ni bakal2 pengantin dalam tempoh 20 tahun akan datang

 Pengantin tengah sanding...macam tak ready jer

 Hihihihi....ni orang kuat kat dapur. Dah la penat baru sampai pagi tadi terus di kerah buat keje...nasib ler sapa suh balik lambat

Hmmmm...bila dah berkumpul sepupu-sepapat ni kat kampung sembahyang pun berjemaah la. Bukan senang nak dapat berkumpul reramai camni kan. Tengok yang paling kecik tu, cer teka sapa?

Tuesday, 29 May 2012

Entry Bosan Penutup May


Cer tengok betul2 gambar budak ni. Ini adalah salah satu tabiat nak tido Rayyan. Perkara yang wajib ada disi dia walau di mana jua dia berada adalah barang2 kesayangan dan kegemaran dia. Kalau di tempat tido yang sah benda yang wajib ada ialah bantal busuk warna hijau. Bantal busuk ni telah di guna pakai sedari usia dia 3 hari iaitu hari pertama dia berada dirumah selepas keluar wad bersalin sehingga lah hari ni. U all jangan ingat bantal tu busuk sangat ok. For your info bantal busuk ni ada 3 bijik and seme sama color. Bukan apa senang mummy dia nak songlap pelan2 untuk di campak kan ke dalam washing machine...hehehhe...kalo tak der bantal busuk ni tak boleh tido la dia ni. Selain bantal busuk ni, kat rumah jugak dia suka bawa otoman dan juga koleksi kereta dan motor yang dia ada untuk tido. Kalo boleh semuanya dia nak peluk. Nak naik bilik tidor jer seme benda tu nak angkut, kalau dia nagkut sendiri tak pe lah jugak tapi mummy yang kena buat seme tu...hampehhh tull. Tapi dalam gambar ni u all dapat teka tak kat mana I snap??....tadaaa....sila tengok gambar di bawah


Rayyan terselit di celah2 ketiak mummy. Walaupun usia dah 2 tahun 5 bulan tapi kalau naik kete mesti nak duduk kat situ. Dah la berat...penat mummy di buatnya. Hmmmm...tak taulah cmner bila baby dah kuar nanti.

Sunday, 27 May 2012

Aquaria KLCC

Hujung minggu lalu dah bosan tahap gaban tak tau nak buat apa. Nak kemas rumah ala2 malas gitu kan tup2 encik hubby ajak pegi Aquaria KLCC. Hmmm...orait gak tu daripada dok terperap jer kat umah kan. Walaupun masa bujang dulu pernah pergi sana tapi itu dulu. Sekarang boleh bawa si Rayyan sekali. Sebelum ni nampak cam dia suka sangat tengok ikan bila singgah mana2 tempat yang ada akuarium, mesti ralit jer dia menatap ikan2 tu, so kita bawak dia pergi tengok ikan yang kat dalam akuarium lagi besar. Kasi dia puas hati.

 sebelum masuk aquaria sempat lagi Rayyan ni main kereta kat luar

 on the way to aquaria...jalannya agak jauh...seo sempat la Rayyan berlari2 macam lipas kudung...nak snap pic pun susah..

 Entrance...byaran RM35.00 bagi dewasa...kanak2 bawah 3th cam Rayyan F.O.C

 ni ikan voltan tinggi...tak boleh sentuh,boleh maut di buatnya

 Arapaima Gigas...besar tul ikan ni


 Jom terokai dunia bawah laut

 dah masuk mulut jerung dah ni...Rayyan takut2 jer mula2

 giant ikan pari...sekali dia lalu gelap dunia

 siapa berani boleh menyelam bersama jerung kat sini

 encik hubby meninjau dari jauh

 jerung ni cool jer...siap bleh kawan ngan ikan kecik2

 Rayyan kagum ngan ikan2 tu

 Rayyan usha ikan tak hengat

 asal pose jer nak peace...tp salah sign le sayang

 rahang jerung yang di awet...hehehe tak lah...replica jer nih

comel kan jelly fish ni...rasa nak pegang2 tapi takut gatal lak

Rayyan memang exited tengok ikan. Sampai umah terus dia cakap kat mummy yang dia nak tengok fish lagi. huhhuu...next time kita g lagi kay...

Sunday, 13 May 2012

Musim Berbuah Tiba Lagi

Teringat dua tahun lepas, musim berbuah memang lebat time tu. Musim berbuah yang I maksudkan bukan lah musim buah-buahan biasa yang kita makan tu. Tapi  musim berbuah dalam family I iaitu musim pertambahan ahli baru...kekekeke... Kalau dua tahun lepas empat orang ahli baru muncul dalam family I tapi tahun ni lebih banyak ahli baru bakal bertambah. Awal tahun ritu I dapat cucu pompuan sorang, minggu lepas I dapat anak buah pompuan sorang, dua hari lepas I dapat anak buah lelaki plak dan InsyaAllah bulan 8 nanti I bakal dapat dua orang anak buah plus seorang anak sendiri. Hmmm...nampaknya family I semakin membiak dengan jayanya...cucu Tok Ma tak payah cakap la...dalam masa dua tahun jer dah bertambah seramai 11 orang. Kalau nak di campur campur sekang Tok Ma bakal ada 27 orang cucu sudah...WOW!!! seronoknya kalau dapat berkumpul semua. Mau runtuh rumah Tok Ma. Itu lah untungnya bila beranak ramai. Cucu pun bertambah dengan pesat. Ni I letak pic cucu terbaru tok ma....Wan Muhammad Sarrizq namanya , berat masa dilahirkan 3.25kg secara normal....putih kulitnya and tak banyak ragam...rasa nak cium2 jer dier...


Tuesday, 27 March 2012

Sepetang Di Gold Coast

Ahad lepas sempat lagi I mencuba untuk menjengah hotel kat pantai peranginan glemer & terkenal kat Selangor iaitu Gold Coast yang terletak di Morib. Oleh kerana rumah kami tak jauh dari tempat ni so tak der la kita orang menyewa hotel, memadailah kami lepak2 kat pantainyer sahaja sebab free of charge. Kalau nak masuk Water Theme Park dia agak mahal RM25 utk dewasa, RM 12.50 untuk kanak2. Bagi I tak berbaloi langsung sebab tempatnya kecik jer baik lepak kat Water Theme Park Shah Alam jer. Walaupun bagi I pantai kat sini tak la menarik sangat tapi cukup untuk budak berdua tu enjoy. Sambil melepaskan diorang tu enjoy kami lepak sambil makan 'colek' nenas. Oooppss u all tau ker apa tu 'colek'? Dalam bahasa Kelantan itu dikira bende yang u all makan dengan rojak buah tu. Hehehehe...jom layan aksi Rayyan & Putra.

dua orang mak buyung bersantai sambil menikmati 'colek' nenas buatan sendiri....best

Rayyan & Putra masa mula2 jumpa lopak air kat Gold Coast....masih lengkap berpakaian

Rayyan dah over exited nih

tadaaaa....baju rayyan dah hilang

Rayyan kata lebih seronok main tanpa seurat benang...Tapi Putra maintain

Hmmm....tak tau la pa yang diorang main tu

Click For CASH!!