Showing posts with label FASHION. Show all posts
Showing posts with label FASHION. Show all posts

Monday, 25 February 2013

Stylo Hutz - Maxi Dress Dari Indonesia

Dear all....just nak info u all yang I baru jer menceburkan diri dalam dunia perniagaan pakaian especially maxi dress direct order from Indonesia....jom tengok mana yang berkenan dihati nanti boleh la grab terus yerk....

SEMUA ITEM BERHARGA RM120.00 TERMASUK POS
ORDER: SILA ISI BORANG DIBAWAH BLOG INI ATAU EMAIL KE nina.wns@gmail.com


SIZE:FIT SS TO XL

SIZE:FIT SS TO M

SIZE:FIT SS TO L


SIZE:FIT SS TO L

SIZE:FIT SS TO L

SIZE:FIT SS TO L


SIZE:FIT SS TO XL

SIZE:FIT SS TO M

SIZE: FIT SS TO M

SIZE:FIT SS TO L

Tuesday, 5 February 2013

Pencarian Wajah Baru Kumpulan Media Karangkraf


Semalam...the story begin is yesterday. Macam biasa bila I masuk ofis pepagi perkara pertama yang I buat ialah cek email dan cek notification kat FB. Tetiba jer terjumpa iklan kat atas. Tengok syarat2 tu macam dah cukup jer. Memang tak der pengalaman langsung.Alamak dah lama I tertunggu2 benda2 yang macam ni tapi y today?? Nak g ker tak? g ker tak gi? sebab I kat opis n pakai pun simple2 jer...make up apa tah lagi. Try tanya hubby nyer pendapat, dia kata y not u try? tak salah mencuba nasib. So I gagahkan diri drive dari PJ ke Shah Alam n ambik 1/2 day leave on emergency la. Minat punya pasal rela apa jua...biar org kata dah terlewat ker apa tapi tak kesah lah bab age range I masih in the middle of the requirement, cukup tinggi n yang penting tak pernah terlibat ngan Karangkraf. Sampai sana dalam pukul 1.30pm mak aiii ramai giler yang datang dan bermacam2 style dan size ada. Tapi nak register tak boleh sebab staff tengah lunch. So mencanak la kat situ sampa kul 2 baru isi borang dan tunggu turn. Turn I pukul 4.00pm. First masuk interview macam nak mintak kerja suh cerita pasal diri sendiri dan kenapa datang sini. Kacang jer I jawab bab dah biasa mintak kerja kan. Pas tu dia suh posing 2-3 style depan diorang...bab ni I dah tak keruan dah...puas pk cmner nak pose then last sekali diorang suh I catwalk...alamakkk....ni yang paling tak reti ni so apa lagi bukan catwalk yang I buat tapi bullwalk jadinyer....then dengar diorang kata I punya posing ada style n boleh diiketengahkan tapi I nyer catwalk hancusss!!!! kah3!!! Last sekali kena posing depan cameraman lak. Diorang tak ajar tapi diorang nak kita pose sendiri 4-5 style untuk full body dan close up...lagi sekali ketar lutut dan mati idea tiba2.Gaya yang I buat alar kadar n lebih kurang jer.lantak la...no coomment from they all...
Ini pic I yang diorang amik untuk simpanan diorang, pic yang cameraman tu I tak der....diaorang kata I kena kuruskan sikit lagi badan I. Hmmm....rasa macam dah kurus tapi diorang nak yang kerempeng kot. Anyway I enjoy my first experience with them. Banyak membantu I mengetahui macamana untuk menjadi part of them dan yang penting minat dan keinginan I dari kecik telah I ketengahkan. Berserah pada Tuhan untuk menentukan nasib menyebelahi I ataupun tidak. Kalau dapat ia merupakan bonus untuk I,kalau tak dapat pun tak mengapa at least i mencuba.

Tuesday, 22 January 2013

Color Blocking Again!!


Lagi-lagi color blocking. Senang nak gayakan color blocking ni actually. tak perlu nak concentrate dengan satu warna sahaja...contohnya kalau pakai skirt kuning tak semestinya nak cari baju yang color kekuningan jugak.kita boleh matchkan aja dengan apa2 warna lain seperti hijau ker, merah ker atau purple macam I ni. penampilan jadi lebih menarik bukan?? kelihatan lebih ceria dan muda. Tak semestinya pakaian yang kita gayakan tu mahal harganya untuk kelihatan cantik janji pandai menggayakannya. Macam yang I pakai sekarang ni top RM70 from Nichii, skirt RM70 from MiaStuffz dan tudung bawal tu RM8 sahaja n boleh dibeli kat mana2 pasal malam jer. total baru tak sampai RM150 tapi cukup untuk bergaya....kalau kita beli sepasang kurung pun sekarang boleh cecah harga ratus2 gak kan...so apa kata kita stylo sket dengan harga yang lebih rendah. Selamat mencuba!!

Monday, 14 January 2013

Today's Quot

Hari ni bangun pagi cam biasa nak pergi opis...bukak wardrobe belek2 baju tak tau nak pakai yang mana, semuanya rasa mcam dah lama. So bila semua rasa dah boring nak pakai apa kata i cuba ubah style bertudung lak, baju ofis biasa jer letak belt plus pakai loose shawl camni untuk kelainan. Hmmm....puas hati baru boleh keluar g ofis...



Sunday, 6 January 2013

Quot of the day

Hello seme....kalil ni I just nak share how to style up blocking color dress. Sekarang ni memang dah jadi tren  fesyen color blocking ni. Pendek kata mana-mana kedai jual baju pompuan mesti akan jual baju2 yang colorful macam ni. Kalau dulu penggayaan baju hanya tertumpu kepada satu tone color je contohnya dari baju,skirt,tudung dan kasut malah handbag pun seme nak sama color. Dari jauh lagi dah nampak kalau color biru biru tu jer lah. tapi sekarang ni orang dah tak pakai macam tu, mainan warna dah jadi trend dan yang pasti seseorang itu akan nampak lebih menyerlah yang penting kita berani untuk menggayakannya. So I pun tak ketinggalan dalam perubahan fesyen masa kini. Hari ni I menggayakan 3 tone warna yang berbeza iaitu kuning, merah dan biru. Hasilnya....menyerlah kan? Y not u all try??



Monday, 19 November 2012

Hijabi In Style

Sekarang ni trend bertudung dah ada pelbagai gaya, pendek kata bertudung telah menjadi ikutan bagi setiap lapisan masyarakat . Orang bertudung kelihatan lebih anggun dan ayu, malah lebih sopan dan sedap mata memandang. Pemakain tudung yang pelbagai membolehkan ianya sesuai digayakan ke mana jua. Tapi I bertudung bukan kerana trend sekarang tetapi kerana seru dah sampai. Antara style tudung yang pernah I pakai adalah seperti gambar2 di bawah ni.

1. style ni kena pakai inner dulu pas tu lilitkan shawl kat luar tu dan pin kat tepi.

2. yang ni pun sama macam yang first tadi cuma bezanya shawl ni memang berbentuk curl kat tepi dia tu nak nampak lagi gorgeous la katakan.

3. Yang ni paling senang-tudung syiria sesuai untuk di pakai di waktu kecemasan. tak sempat nak lilit2
4. yang ni tudung ada awning tapi memang dia dah belah dua...so tarik ajalah mana2 satu ke sisi untuk nampak lebih menawan

5. ni style nak cepat gak.macam zaman dulu2 tudung 4 segi dilipat 2 menjadi 3 segi pas tu ikat belakang jer.

6. Yang ni tudung Ogy. Style malas2 gak ni yang penting nampak cun

7. Ni stye loose yang budak2 sekarang dok gila pakai. I pun baru jer cuba. Puas tengok u tube ingatkan susah sangat nak pakai camni rupa2nyer simple giler.main pin2 jer siap

8. Ni pun style baru I try...nak explain memang susah tapi kalau tengok cara pakai kat tutorial I tu senang jer. Mesti seme orang boleh pakai gak.

9. Yang ni turban style. Kalau nak pakai yang simple2 tapi kemas boleh la cuba cara ni

10. Haaa...yang ni I pakai hari ni.Gaya lama tapi style jer baru. ni tudung bawal 3 tone. tudung ni secara tak sengaja I beli kat Space U8 semalam. Ingatkan Shawl rupa2nya bawal. Hmmm lantaklah....janji leh ngam ngan baju yang I pakai.

Click For CASH!!