Monday 31 October 2011

Betapa Jahilnya Mereka


What happened to these people nowadays? Are they blind or lack in religious knowledge? Setahu I tak ada agama yang menghalalkan sumbang mahram....namun apabila manusia sudah tidak mengenal agama dan Tuhan mereka tidak kenal mana yang betul dan mana yang buruk... dalam kes ini remaja perempuan ini telah mengandungkan anak bapanya sendiri dan dia begitu gembira dengan keadaan dirnya sekarang malah perlakuan mereka seperti diiktiraf di Barat. Cuba anda bayangkan apakah yang sepatutnya bayi itu panggil bapanya....adakah "Papa" atau "Grandpa"? Begitu juga sebaliknya apakah yang sepatutnya si bapa panggil anaknya itu...adakah "Child" atau "Grandchild"? Hopefully it would't happened in Malaysia now and ever after. Na'uzubillahuminzalik.....

Sunday 30 October 2011

Lena Di Ulit Intan



Alahai comelnyer baby tengah tengah tidor ni...asal la boleh plak dia tido macam ni ek? dah la tu siap pegang bekas jelly and tak terlepas plak tu....tidor betul ker main tipu2 jer nih? rasa lucu pun ada tengok dia tido sampai terlingkup macam tu....macam da penat sangat sampai tak sempat sampai rumah nak tidor...banyak keje kot tadi?? Tak pon banyak main???

Hehehehe sebenarnya dia baru balik temankan mummy dia bershoping hari tu....nak kata lama tak la lama sangat dalam 2 jam jer....tapi mungkin masa shoping tu adalah masa untuk tidor dia. Tapi yang bestnyer masa shoping kemain lagi jerit sana jerit sini...lompat sana lompat sini sampai tak tershoping mummy nyer. Bila naik kereta jer terus pening2 lalat then terbongkang macam ni...Haih bestnyer jadi baby kat mana2 pun boleh....janji selesa, masalah pon tak der, malah disayangi dan dijaga rapi....Kalau la dapat balik ke zaman baby dulu2 kan best....

Friday 28 October 2011

Twelve Healthy Info

1. Green Tea

Heal the body of or prevent cancer, reduce the bad effects of LDL cholesterol and increase the metabolism and great for weight loss, and to ease depression.

2. Plain Water

is the ideal natural cleansing fluid for the body. Drinking enough water daily will help the brain to function well.

3. Cucumber

is best natural diuretic known. secreting and promoting the flow of urine. Helps in kidney and urinary bladder disease. liver & pancreatic disease.

4. Onions

help to lower blood pressure naturally. It also thins the blood, dissolve the blood of unhealthy fats.

5. Chicken Eggs

are the readily available source of choline. a nutrient vital to cells. the liver, and most importantly, the brain.

6. Fish

eating every week reduces the risk of heart disease and stroke by reducing blood clots and inflammation, improving blood vessel elasticity, lowering blood pressure. lowering blood fats.

7. Kiwi fruits

are rich in many vitamins, flavonoids  and minerals. In particular,they contain a high amount of vitamin C (more than oranges). as much potassium as bananas and a good amount of beta-carotine.

8. Carrots

are an exelent source of antioxidant compounds, and the richest vegetable source of the pro-vitamin A carotenes. Carrots antioxidant compounds help protect against cardiovascular disease and cancer.

9. Garlic

has been found to have antibacterial, antiviral, and antifungal activity, however, these actions are less clear in humans. Garlic is also claimed to help prevent heart disease and cancer.

10. Sweet Potato

help to protect against heart attack and stroke, reducing blood pressure and maintaining fluid and electrolyte balance in the body cells.

11. Corn

is a heart protector, when eaten everyday it can lower cholesterol in the body.

12. Raspberry

is a delicious fruit loaded with powerful phytonutrients and antioxidants that can strengthen the immune system and help the body ward off diseases.

Thursday 27 October 2011

Nina K's Chocolate Cake


Selamat hari deepavali kepada yang beragama Hindu...semoga deepavali ini disambut dengan penuh keriangan...di samping keriangan penganut hindu kaum2 lain juga tumpang gembira sebab tak pasal2 dapat cuti dan balik ke kampung jugak....malah perayaan ini juga membantu menyepikan jalan2 di ibu kota KL ni jugak....syok jer drive bab kereta kurang....

Sempena Deepavali ni jugak first time Nina cuba buat kek coklat and inilah hasilnya...cun tak?? Nina bangga sangat sebab kek ni berjaya di buat oleh 2 tangan Nina sendiri dan rasanya amatlah sedap....bukan nak puji diri sendiri tapi kenyataan....hehehe....sebelum ni Nina tak berani buat kuih takut tak menjadi tapi setelah dicuba dan menjadi baru lah Nina rasa confident and rasa nak buat lagi di lain kali, kalau boleh nak try buat mende lain plak...memanglah orang kata buat pakai tengok resepi jer tapi ada jugak yang tak menjadi...kena try berkali2 tapi Nina buat sekali jer terus menjadi...walaupun rupanya tak lah cun sangat tapi rasanya sedap... nak rasa??? jom singgah umah Nina k...

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA (PERKOSAAN VISUAL)


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Wednesday 26 October 2011

Fakta Akibat Terlalu Ghairah Untuk Cantik

Ghairah untuk tampil menarik menyebabkan kita sering melakukan beberapa kesalahan kecil ‘mencacatkan’ penampilan. Ketahui kesilapan tersebut dan cara mengatasinya :

1. Gigi Berlipstik
Jangan rosakkan senyuman yang manis dengan kesan lipstik pada gigi anda yang putih menawan. Pastikan, setiap kali anda menyapu lipstik kemudian sapukan selebihnya dengan menggunakan kertas minyak.

Ambil sehelai kapas muka dan sapukan ke sepanjang permukaan gigi untuk menghilangkan jejak lipstik yang mungkin melekat pada bahagian tersebut. Sapukan gel petroleum pada permukaan gigi depan. Kaedah ini membantu dalam mencegah warna lipstik melekat pada gigi putih sekali gus membuatkan senyuman lebih bersinar.

2. Mata Terlalu Gelap
Merias mata dengan gaya smokey eye memang menjadi pilihan ketika ini. Tapi, solekan mata terlalu gelap atau tebal boleh mencipta ilusi dan menyebabkan bahagian putih mata lebih kecil sekali gus menyebabkan mata kelihatan sedikit sepet.

Sebenarnya teknik smokey eye tidak hanya bergantung pada warna hitam semata-mata. Sebaliknya anda boleh mencuba warna kelabu terutama yang berkilau dan boleh mencipta kesan yang sama seksinya tanpa perlu menampakkan mata lebih sepet.

Caranya, buat garis nipis pada bahagian hujung atas dan bawah bulu mata dengan menggunakan penggaris mata hitam. Kemudian, sapukan pembayang mata warna kelabu pada kelopak mata. Dengan menggunakan berus penggaris mata, aplikasikan pula pembayang mata itu di atas penggaris mata untuk mencerahkannya.

Ratakan warna tersebut supaya nampak sekata dan akhir sekali sapukan pembayang mata warna putih pada sudut dalam dan atas untuk membuat mata lebih cemerlang.

3. Kulit Berminyak
Sinaran matahari dan berada di tempat yang panas menyebabkan kulit wajah menghasilkan lebih banyak minya. Jangan gunakan bedak untuk menghilangkan masalah kulit berminyak.

Sebaliknya, gunakan kertas minyak untuk menyerap lebihan minyak di wajah. Tekap dengan lembut kertas minyak tersebut pada permukaan kulit bagi mengelakkan solekan pada wajah anda rosak.

4. Lingkaran Putih Keliling Mata
Kurang tidur boleh menyebabkan timbulnya kesan lebam hitam pada bawah mata tetapi masalah ini boleh di atasi dengan menggunakan concealer. Tetapi, pastikan anda memilih warna concealer yang tepat dan tidak berlebihan ketika menyapunya. Jika tidak, ia akan menyebabkan timbulnya lingkaran putih yang muncul di sekeliling mata. Pastikan concealer tidak lebih dari satu warna dan ia setingkat lebih terang daripada bedak yang digunakan atau warna kulit anda.

Cantik Di Hati
Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

PERCAYA KE TAK IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

JUST SHARE 

Thursday 20 October 2011

Jalan2 Cari Makan Kat Laman Grill



Hye Frenz!!!

Kali ni I nak share dengan U all tempat-tempat menarik dan best untuk makan. Now kita singgah kat Laman Grill kejap. Restoran ni terletak kat Seksyen 13 Shah Alam. Sapa-sapa yang dok dekat tu boleh la singgah yer. Restoran ni memang sesuai sangat untuk famili, frenz & couples.... untuk ke sana senang saja sila refer address ni:

G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Syeksyen 13, Shah Alam

working hour dia adalah setiap hari dari pukul 11.00am hingga 11.00pm

Laman Grill ni menyediakan hidangan2 yang berasakan American Style, Barbeque, Middle Eastern, French , Italian, Steakhouses dan juga Tex-Mex

Ni antara gambar2 yang sempat I snap kat sana.


Steak Counter

MMmmm...minuman yang fresh




Haaa... tengok tu udang segar dalam spagethi yang lazat

Tengok baby makan fries da jadi macam taring da

makan jom makan

kat depan restoran ada taman yang luas sesuai untuk kanak2 bermain





taman yang dihiasi pokok2 dan lampu yang cantik


tempat letak muruku....muruku ni memang dihidangkan terlebih dahulu sebelum order kita sampai....so tak lah bosan tunggu makanan yang di pesan

Tuesday 18 October 2011

Putting make Up While Driving??? Yes or No


U all pernah tengok tak pompuan ber'make-up' semasa drive?? Pernah tak U all drive kat belakang they all??  How do they drive at that time?? for me this situation dah jadi biasa...telalu kerap dengan species macam ni....even pagi tadi pun I terpaksa terhendap-hendap kat belakang kereta sorang pompuan yang tengah put on make-up on her face...Eiiiiii geram jer rasa....U try imagine kalo dia tengah make up of cause la dia tak boleh nak concentrate kat driving kan, so automatically dia akan drive sangat le lembab and satu lagi dia akan ke kiri dan ke kanan tanpa kita duga.....kita yang dok kat belakang ni punya la cemas takut2 terlanggar bontot kete dia plak, kang tak pasal2 kita yang kena kuar duit nak repair bontot dia tu....kalo kete cikai tak per la ini kete BMW ker Merc....mana kita nak cekau duit nak bayar tu seme?

Kat sini jelas menampakkan attitude diorang tak bagus dan selekeh, tak ada displin diri. Apa salahnyer bangun awal sikit pagi2 untuk menyiapkan diri sebelum ke ofis tu? tak der la terhegeh2 nak letak make-up sambil drive....kalau tak sayang nyawa sendiri pun cuba la pikir nyawa orang lain yang drive kat depan dia ker, kat belakang dia ker, kat kiri dia ker, kat kanan dia ker....kan?? kan??? U all tergolong dalam golongan ni tak?? Sorry ler I terpaksa suarakan apa yang I rasa sebab I selalu sangat jumpa ngan orang yang macam ni and I takut sangat2 berada berhampiran dengan mereka tu. Kalau I sorang tak per lagi tapi bersama I ada sorang insan lain yang baru berusia 2 tahun and baru nak hidup kat atas muka bumi ni.

Monday 17 October 2011

WTF?!?! 2YR Chinese girl ruthlessly run over twice and pedestrians do nothing :'(

U ALL TENGOK LA PERANGAI ORANG CINA KAT CHINA MACAM MANA....BETUL TAK APA YANG I CAKAP SEBELUM NI?? MEMANG TAK BERHATI PERUT....SEDIH BETUL TENGOK BUDAK COMEL TU.....KESIAN MAK BAPAK DIA

Sunday 16 October 2011

Jom Kawan2 Kita Visit Guangzhou

Hi frenzz....da lama i tunggu saat2 untuk menghupload picies kat Guangzhou tapi tak berkesempatan....almaklumlah dah bercuti lama sangat kat sana bila balik jer kerja menimbun kat desk....so kena la settlekan keje2 tu dulu kan....da settle baru lah bleh wat keje lain...

I kat Guangzhou dari 6 Oct hingga 11 Oct....haaa agak lama kan?? mula-mula memang exited sesangat kat sana mau taknyer....tempat shoping and I ni memang kaki shoping nyer....tambahan pula barang2 kat sana memang murah and boleh tawar plak tu....so kalo nak shops kat sana u all kena la tawar sehingga sekurang2 nyer separuh dari harga yang diorang letak and surprise seme barang kat sana kita boleh dapat dengan harga 1/3 dari harga kat malaysia....u all tak payah risau kat sana semua bende kita boleh dapat.....dari baju, kasut, handbag, handphone, TV led, emas semua ada and yang penting teramatlah murah.....no wonder la kalau u all pegi mana pun kat dunia ni pendek kata semua barang "made in china" ...yess I boleh cakap kat sini syurga shopping.... Bila dah syok sangat shoping tu hari ke 3 jer duit dah habis....mula la monyok jer and rasa nak cepat2 balik mesia....kikiki.....sini i post picies yang tak seberapa untuk tatapan u all....:)


Ni photoshooting saja2...masa I jalan2 kat Yuexiu Park I ternampak satu booth yg menawarkan sessi photografi pakai baju cina...so memang exited sgt nak pakai baju tu....yang best nyer tak payah bayar sewa baju cuma perlu beli gambar dengan harga 15 Rimenbe @ RM7.50 jer....tak kisah la berapa keping gambar u nak satu pun tak per....tapi i beli 9 keping la....actially gambarnya menarik kalo yang printed i beli tu tapi ni gambar yang I dah scan so jadilah macam ni jer...



Ni adalah mee sup diorang....besar kan mee dia...actually mee diaorang ada berbagai size...and yang penting tak susah nak cari kedai muslim kat sana....melambak

 Apa lagi hari pertama shoping la....ni antara tempat2 shoping yang i kunjungi


Sapa2 yang g Guangzhou mesti posing kat sini....antara mercu tanda Guangzhou gak ni


hehehehe shoping baju....beli banyak lagi murah kita dapat. kalo kat mesia baju macam model ni pakai dalam RM 35-40 tapi kat sana kita boleh dapat dengan harga RM15 jer dengan syarat beli banyak....kalo takat selai tak dpt la harga tu...u all akan dapat dalam harga RM20-RM25 gak la



tengoklah betapa ramainya orang yang berurusan di kawasan membeli belah ni


Ni sungai yang famouse kat sana....sorry kawan2 I lupa namanya apa

Ni kat depan gedung textile...nak beli kain2 ela datang la sini....murah2 jer



View sungai pada waktu malam







Ni kat tempat nak shoping barang2 leather, bag .....operation hour kul 6.00pm ke atas






Posing kat memorial Terowong bawah tanah

Depan Masjid tertua di Guangzhou / China









Roti ni liat sikit tapi best sangat...rasa manis sket2

berangan nak jado model pokok rambutan....kekekeke

naik bot kat sungai tadi dengan harga 38 Rimenbe / RM19....kalo g sana u all mesti cuba ni...best sangat tengok view malam....bangunan yang penuh dengan lampu warna warni






jangan lupa cuba satay kambing ni...fuhhh pedas dan terangkat....balik mesia asyik teringat jer

gedung langsir & wallpaper


stesen LRT 


Pintu masuk Yuexiu park....taman paling famous kat Guangzhou....wajib dikunjungi

Comelkan maskot tu


Bunga2 yang segar dan cantik






Ketuk kepala dia...kikiki

agak2 terbalik ker tendang nih?

Joy Ride

Abaikan mana yang tak sepatutnya

tanda arah







Lepak setelah kepenatan

Ladang kambing tipu2

mercu tanda wajib dikunjungi Five Goat Statue

makan lagi....best nyerrrr....


Bab shoping memang heaven la tapi ada beberapa perkara yang i tak berapa suka kat sana.... antaranya ialah sikap diorang yang kasar dan agak pengotor....kalo jalan mana2 pun I terpaksa pekakkan telinga and butakan mata sebab tak tahan tengok diorang meludah merata2.....kat tengah jalan pun diorang boleh stop untuk gaduh....kalo kat mesia takat hornk n maki jauh2 jer tapi kat sana diorang sanggup stop kan kenderaan untuk keluar gaduh....yang kat belakang jam sampai berkilo2 meter la.... 1st time jugak I jumpa receptionist hotel yang tak respect dia punya guests.... ada ke patut dia boleh tengking i punya leader pas tu campak duit balance & receipt kat muka dia....perrrgggghhhh memang kurang ajar la diorang ni....sebabnya I punya leader tu tak boleh nak tangkap apa yang dia cakap....kalo dia cakap Melayu ke English tak per la ni cakap bahasa cina.....cakap english haram tak reti....rasa nak ketuk jer kepala dia....tapi nak wat camner kita dok kat tempat dia masa tu....so buat bodo jer lah....

Click For CASH!!