Monday 20 February 2012

Two Years Old....Da Besar Anak Mummy Rupenyer...

Semalam dapat cucu yang pertama. Hari ni Birthday Rayyan punyer cerita lah pulak. Actually birthday Rayyan jatuh pada 4 Januari lepas, tapi dek kerana kesihatan mummynyer yang tak berapa mengizinkan, tak dapat la Rayyan berparti sakan. Kalau ikutkan mummynyer memang tak nak buat langsung la. Tapi bila balik kampung tengok ramai pulak sedara mara dia yang request party untuk Rayyan. Nak tak nak kena jugak la mummy turun ke dapur masak serba sedikit untuk family besar sebelah papa nyer. Bila party pun tak plan, macam ni aja lah jadinya serba sedikit janji dapat menghiburkan hati family yang request kan.

ha ni la birthday boy tu...nampak jer macam terrer bawak beskal tu,padahal ni la 1st time dia naik beskal

yang kat belakang tu cazie dia...umur sebaya jer, tapi saiz nyer mak aiii jauh Rayyan lagi besar

Tengok tu Rayyan nak tiru kakak buat peace tapi tak pandai

Hello...Im Rayyan Gigs...today is my birthday

Ni kek buatan sendiri oleh mummy....tak cun langsung kan

potong kek bersama papa tersayang sambil diperhatikan oleh mak teh

suapan kasih sayang dari papa

menu yang tak seberapa sebab tak plan...buat mana yang sempat jer...mummy masak kek & goreng mihun jer, tok buat pulut kuning, mak su masak rendang daging, cik ros buat muffin, mak ngah buat karipap & yang lain2 tu jajan jer

birthday boy tengah melahap kek kegemarannya...kiri kanan sekali suap

birthday boy dah comot

balik KL mummy nak tengok gambar dia sibuk dak pegang camera...bila mummy tak bagi terus jadi cmni...huhuhuhu

p/s: abaikan la penampilan semua orang dalam pic ni yang tak berapa nak ready tu termasuk la birthday boy. Mummy dia tak sempat nak siapkan dia cantik2 sebab dia ni sibuk sangat dok main kat bawah ngan sepupu2 sampai tak pedulikan panggilan mummy yang nak mandikan dan siapkan dia cantik2 supaya kelihatan cantik dalam gambar. Janji majlis yang terlalu simple ni selesai dengan bacaan doa sekali. Semoga Rayyan membesar denagn baik dan menjadi seorang insan yang berguna kepada parents, masyarakat dan agama. Amin.

4 comments:

  1. wahhh kira ok lah tuh...siap cake wat sendiri tuh...Nway happy besday Rayyan...sedap x kek mummy buat...?pos ckit...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Mrs SumeSakan, Nina tak sempat nak rasa pun kek tu, ntah sedap ke tidak...yang pasti lepas potong jer kek tu dah ntah ke mana...huhuhu....

    ReplyDelete
  3. eh? birthday rayyan sama dgn aunty yana ke? hehe....happy birthday rayyan....

    ReplyDelete
  4. la sama ker? hihihi...next yr bleh celebrate together-gether yerkk...:D

    ReplyDelete

Click For CASH!!