Wednesday, 25 April 2012

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-3 Di Penang

This is my last entry for this month...rasanya dah tak ada apa2 yang nak di share dah untuk bulan ni. Walaupun our anniversary is 14th March yang lalu tapi oleh kerana keadaan dan masa tidak mengizinkan kami untuk mengambil cuti so, last week telah menjadi tarikh untuk kami ber honeymoon di Penang jewrrr... mana la kitaorang mampu nak ber honeymoon kat Paris tu....:(.... Bajet lepas kawen terus nak g honeymoon kat Australia tp bajet kawen pun dah lebih, sampai skang ler Australia tu kami tak jejak...ntah bila la nak jejak... apa2 pun kami seronok di Penang bila boleh bawa our first hero jalan2. Ni antara picies yang I nak share ngan u all..

Kami menginap di Bayview hotel Batu Feringgi untuk 2 malam dan 3 hari....so aktiviti kami pada malam pertama adalah menikmati makanan laut yang segar dan amat sedap....ni I letak pic 2 menu jer...sebenarnya ada lagi 6 menu....memang ratah lauk jer la malam tu...


Lepas kenyang melantak, we all pusing2 pasar malam di sepanjang jalan Batu Feringghi tu....nak kasi makanan tu turun ke perut sket...



Hari ke 2 We all pergi ke taman rama-rama...berapa ntah fee masuk nyer I tak tau lak...almaklumlah mr. hubby yang bayarkan....


menikmati aiskrim kat taman rama2



Gekko pon ada...siap pose tu
 Lepas ker taman rama2 kitaorang pergi ke Bukit Bendera plak...kali ni adalah kali yang ke 3 I ke sana tapi merupakan kali pertama pergi setelah bergelar isteri orang



ABC Special kat atas ni memang best...jangan lepaskan peluang merasa bila ke sana



Oleh kerana Hard Rock hotel ni hanya bersebelahan dengan hotel penginapan kami, so kitaorang tak kan lepaskan peluang untuk singgah dan bersantai di sini jap.


menikmati live band....Rayyan joget sampai terlompat2



Kedai Hard Rock mesti dikunjungi

berkenan yang ni 

tapi I grab yang ni
 Hari last selepas check out, kitaorang singgah kat Toy Museum sebagai destinasi terakhir kami. MUzium ni terletak On The Way turun dari Batu Feringghi tu jer...fee bg dewasa RM10 dan RM6 bagi kanak2







Rayyan tak puas hati bila dia nak amik toy tu tapi tak dapat....last2 dia tendang sekali cermin display cabinet tu...ganas tul
 So, pendek kata...bercuti dalam negara pun dah puas hati.....tapi kalau dapat gi overseas lagi lah best kan...hihihii.....

Tuesday, 24 April 2012

How To Remove Timeline On Your Facebook

Hi frenz!! kali ni i nak kongsi cara2 meremove timeline dari akaun facebook kita. I tahu ramai yang tak suka guna timeline kat face book ni kan? I pun sama. So, sekarang ni facebook i dah kembali kepada yang asal. Bagi anda yang ingin kembali kepada face book lama sila ikut step berikut..Selamat mencuba dan semoga berjaya...

http://www.timelineremove.com/

Thursday, 19 April 2012

Nina K's At 5 Months Pregnancy

Al kisahnya semalam ada la sorang agent pencarian model ni telah menyapa Nina di facebook.."are u a model?"...at the first memang rasa agak kelakar la sebab I tak pernah jadi model dari bujang sampai sekarang...tapi ntah macam mana dia boleh tanya macam tu. Memang tak dapat di nafikan masa bujang dulu I ada menerima beberapa tawaran untuk menjadi model sambilan, tapi tak pernah satu pun yang I terima. Bukan bermakna I jual mahal, tapi paham2 aja lah "Model" jika pada masa dulu kena berani bukak2...phewww tak sanggup I walaupun pada hakikatnya masa bujang dulu memang agak terbukak.. hihihihi..... tapi keterbukaan itu bukan untuk tatapan masyarakat lebih2 lagi orang kampung. Tak sanggup I. Tapi sekarang ni istilah model dah berubah....ramai sudah yang menjadi model bertudung dan berjubah. So, I dah tak takut lagi dengan "modelling" ni. Berbalik pada cerita tadi....bila dia tanya macam tu of course la I jawab tak. Pas tu dia tanya berminat tak nak jadi model?...of course la I cakap I berminat tapi I sekarang kan tengah pregnant boleh ker jadi model...kebetulan betul dia kata sekarang memang nak cari model pregnant untuk produk NR & Sari Ayu and dia mintak full photo masa pregnant sekarang ni....so, inilah gambar2 yang I paksa my hubby 'snap'kan OK tak??




HAHAHAHA NINA K'S DAH TEMBAM TAHAP GABAN.... JENUH LA NAK KURUS BALIK NIH!!

Tuesday, 17 April 2012

Mengapa Yahudi Bijak

Agak-agaknya aku pun kena practic cara Yahudi gak ni.....nak tahu kenapa sila lah baca article ni....


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Tuesday, 10 April 2012

Intai2 Deko

Besok kita semua akan bercuti sempena menyambut hari pertabalan yang di pertuan agong yang ke 14 kan? ada yang tak dapat cuti tak?? Kepada sesiapa yang bercuti tu rancanglah percutian anda dengan baik dan kepada sesiapa yang tak bercuti tu selamat menajlankan tanggung jawab anda sebagai pekerja yang berdedikasi. Sebelum bercuti tu I nak share ngan U all serba sedikit idea2 deko yang I praktikkan kat rumah I. Jom layan...

 Ni lampu pagar. Lampu pagar memang memainkan peranan yang amat penting terutama pada watu malam. Selain boleh menerangkan kawasan depan rumah, ia juga boleh membantu menyelamatkan persekitaran rumah. (kalo org nak masuk ker boleh nampak)

 Ni botol hiasan semata2. I gunakan botol2 ni untuk menutup plastik2 & botol2 makanan kat atas kabinet dapur. Coffee, sugar & tea tu seme tak berisi...hehehe....Penting untuk mengindahkan pemandangan...tak der la kita nampak bersepah jer kat belakang tu.

 Pokok2 ni pun sama. Fungsinya untuk menutup kelemahan kat belakang

 Haaa....kalo tengok2 betul2 dari depan tu nampak la segala benda alah yang tak cun kat belakang tu. Bagi sesetengah org ianya menyusahkan sebab kalo nak amik barang kat belakang tu kena alih-alihkan mende ni dulu, tapi for me it doesn't matter.

 Ni display kabinet yang I beli kat Ikea tu. Ala yang harganya lebih kurang RM170 jer tu. Kat tingkat pertama ni I letakkan koleksi barang2 yang beli semasa berkunjung ke luar negara. Menara Eifil tu bukan I yg pegi tapi adik I yang kasi sebab dulu dia tinggal kat German. Piring tu I beli kat Jepun. Jam Hello kitty dan bunga swaroski I beli kat China. Benda2 ni seme penuh makna untuk I.

 Level 2 ni I letak kan set balang dari Dubai. Ni pun bukan beli kat Dubai gak tapi beli kat KK home deko jer...hehehehe...

 Level 3 I letakkan set dulang tembaga ni. Mama I yang belikan...Hmmm...nampak comel kan

 Level ke4 ni I letakkan set catur diperbuat dari kaca, tabung kereta untuk Rayyan dan gelas2 koleksi Mc Donald..

 Oleh kerana sofa I ni bebbentuk L dan kelihatan agak kosong, so I letak kan bantal2 ni. 2 bijik sebelah kanan dan 2 bijik sebelah kiri.

 Bunga putih ni memang sengaja I letakkan kan entertainment set ni sebab semua benda yang berada kat situ berwarna hitam. Untuk meng'kontra'kan nya Ipilih bunga putih supaya lebih menyerlah.

 Saja jer I pilih Stool 2 tempat duduk ni dengan corak dan warna yang meriah sebab kebanyakan perabot dan dinding rumah i warna hitam dan putih jer. Stool ni untuk mengelakkan mood boring.

 Tak caya tengok ni...wallpaper color hitam & putih, langsir pun hitam dan putih...letak stool tu kan nampak lain dan ceria sket.


cermin2 kecil ni saja I susun berbentuk tangga gak untuk mengelakkan tangga tu kelihatan kosong dan bosan. At least dengan adanya cermin2 ni boleh menaikkan aura tangga tu.

Ok lah...ni saja buat masa ni sesuai untuk tatapan U all di hari lapang besok. Boleh lah sapa2 lagi nak share idea deko ngan I lak nanti bab I ni memang hantu deko tp konsep I moden jer.

Friday, 6 April 2012

My first bucket list-Done

Masih ingat lagi kah my birthday bucket list hari tu? Sure U all tak ingat kan sebab I sendiri pun tak ingat susun aturnya. Tapi yang pasti apa yang I nak I ingat la. Dalam bucket list I ada mention tentang sebentuk cincin berlian white gold namun list ni telah bertukar menjadi seutas gelang tangan platinum...hehehe....




Hajat di hati memang la nakkan diamond ring tu....tapi survey punya survey tengok harganya cecah puluhan ribu ringgit so terpaksa la I cancel kan list tu. I ni bukan mak datin yang mampu pakai cincin puluhan ribu ringgit camtu. Lepas tu, bila balik kampung hari tu, tengok adik2 seme dok pakai gelang emas 5-6 ribu ringgit, ish macam teringin la plak nak pakai gelang. Tapi taste I ni bukan la emas kuning, rasa macam mak cik2 jer kalau pakai gelang color kuning (itu pendapat I la), So i cari2 la yang color putih jer tup2 tengok kat Diamoney ada sale gila2 lak, apa lagi I tangkap la yang ni satu. Huhuhuhuu....yang penting I ada gelang gak & yang pasti ianya cantik sangat dimata I pada harga yang tak mahal. Orait tak??

Wednesday, 4 April 2012

Nina K's Belajar Make Up

Kalau dulu2 masa muda2 dulu I memang tak pernah ambil port pasal make up nih, maklum la masa tu kulit muka licin & mulus lagi, tapi semenjak 2 menjak ni tak tahu kenapalah I telah bertukar menjadi seorang yang obses dengan make up. Pendek kata setiap kali keluar rumah jer mesti nak calit make up. Tak banyak pun, cuma sapu bedak, lipstik & eye liner dah menjadi kewajipan sekarang ni. Kalau tak letak mesti rasa tak confident bila keluar nanti. Terasa wajah ini begitu pucat dan tak berseri. Dengan itu I banyak search Utube dan blog2 yang menunjukkan cara untuk make up especially bahagian mata. Ya lah kan bahagian tu lah yang paling sukar untuk di touch up dan bahagian tu jugak lah yang paling nampak kusam bila tanpa make up.

Tetiba jer I jumpa seseorang yang pandai make up kat FB. Tiap2 hari I nak tengok activity dia. Cara dia make up, kelas2 dia, model2 dia, semua I nak tengok. So boleh la  I cilok sikit2 ilmu dia tu....hehehehe... Ntah macam mana tetiba jer minggu lepas dia ada offer untuk jadi model dia bagi tujuan mengajar. Apa lagi i terus la nak. bukan apa boleh la I kenal dengan lebih rapat dengan dia kan. So hasil solekan dari dia ni lah...


Haaa....cer tengok tu....berubah sakan wajah I kan? Asal pucat lesi dan tak bermaya jer tup2 dah kena tangan dia tu terus berseri. Malu lak tengok muka asal, dah la bulat...maklum la sekarang ni dalam proses penambahan berat badan yang membangun dengan pesat..hehehehe...Hmmmm terpikir sejenak, patut la artis2 kelihatan amat cantik, make up boleh mengubah segalanya. Haaa... apa lagi,U all kalau nak jugak make up cun macam ni boleh la follow blog makeupdowonders http://makeup-do-wonders.blogspot.com/  tu yer. Dia menawarkan pakej2 make up untuk nikah,tunang, fotografi dan sebagainya. Malah sapa2 nak blajar make up pun boleh ngan dia ni.

Tuesday, 3 April 2012

Terima Kasih Sumesakan

Entry kali ni I nak perbesar-besarkan ucapan ribuan terima kasih kepada puan Aini yang sanggup bersusah payah meluangkan masa untuk menyiapkan header blog I skang ni....tadaaaa...


 U all tak perasan ker header I tu dah jadi cun melecun skang ni? semua nya hasil titik peluh Pn Aini yang baik hati lagi comel ni la...

Siapa itu Pn Aini?? Pn Aini ni adalah penulis blog http://sumesakan.blogspot.com/ . Orangnya kecik comel jer, rajin menulis blog dan rajin juga berkunjung menjengah blog yang dia follow termasuk la I..hehehehe... Perkenalan melalui blog ni telah menjadi persahabatan erat antara kami. Insya Allah suatu masa nanti kami akan jumpa di alam nyata plak. sekarang ni baru la I tau bagus juga ber belog ni....boleh tambah kenalan, tambah pengetahuan dan juga pengalam. Sekali lagi I nak ucapkan ribuan terima kasih kpd Pn Aini, jasamu di kenang dan semoga perkenalan ini berkekalan ke akhir hayat.

Monday, 2 April 2012

Makan2 Kat Restoran Kayu Manis

Alkisahnya tengah hari semalam I tak sempat keluar untuk tapau nasi, so nak senang punya pasal I order McD jer lah. Makan double cheese burger sebijik....tapi nak dikatakan perut I ni perut orang melayu, kekenyangan makan burger tu tak lama...pukul 4 ptg dah ber'techno'. Biasa kalau dah sampai tahap tu I makan la apa2 sampingan yang patut tapi semalam tak. Bila sampai umah dekat pukul 7 tu apa lagi muntah angin la I. My hubby tengok keadaan I tu timbul la plak rasa kesian dia kat I lalu dia ajak gi makan seafood kat Kayu Manis ni. Restoran ni terletak betul2 kat pusat komersial Bukit Jelutong tak jauh dari rumah I tapi ni la first time makan kat  situ....pergghhhh memang best giler la makanan dia. Ni I nak share sket menu yg I makan semalam

 Ni menu utama malam tadi, ikan siakap stim asam pedas RM 60.00++. Memang sedap sebab ikan tu di tangkap fresh dari akuarium dia. Pilih jer mana nak. Harga ditentukan berdasarkan berat ikan tersebut. Lagi besar lagi mahal ler.

 Menu kedua ni kerabu jelly fish....fuhhh terangkat!!! pedas, masam dan manis semua cukup rasa. Habis sepinggan ni I jer yang melantak. Harga sepinggan size ni RM 17.00

 Yang ni pulak sayur sawi cina dengan cendawan. Harga sepinggan kecil ni RM13.00. U all jangan risau dengan harga yang ditetapkan sebab bila makan puas U all tak kan terasa kemahalan itu dan pasti U all akan berkunjung kembali kesini.

 Ni pandangan dari luar restoran Kayu Manis ni pada waktu malam

Click For CASH!!