Tuesday, 24 July 2012

Kali Ni Kita Intai2 Budak Baru Nak Tengok Dunia Lak

Actually da lama nak post pic baby nih tapi dek kerana kebizian yang amat membuatkan proses ini asyik tertangguh jer...for info ni adalah kali kedua I buat scan nak tengok baby ni 1st pada usia dia 5 bulan n yg ni pada usia 7 bulan lebih, nampaknya baby ni betul2 pemalu, 1st scan dulu pun dia nyorok2 gini gak kali ni pun nyorok2 gak tapi mummy tak sabar nak tengok rupa dia so, kita kacau2 dia sket...


 Ha... u all nampak tak apa kebenda nih?...tak tau kan?? actuallu yg sebelah kiri tu adalah pipi dan dahi dia,yang bergumpal tu tangan dia dua2 belah tengah tutup muka...pemalu la katakan

 OOOoo...malu yer...kita kacau dia sket...haaa terlepas dah genggaman tangan dia, tapi nampak sket jer

 dah nampak kan muka dia...mata tengah tutup...hidung besar cam mummy dier gak...mulut jer tak nampak lagi

Mmmm yang ni nampak lebih jelas sket...tapi mulut dia tetap tak nampak...dia kata nak tengok seme tunggu kita kuar la mummy...so kita tunguuuu....

Friday, 20 July 2012

Jom Kita Skodeng Si Rayyan

Jom kita jenguk apa si Rayyan tu buat senyap2 kat dalam bilik second....
.
.
.
Aw cakkkk!!! wah habis make up mummy menjadi mangsa keganasan anak jantan...mmmm macam ni lah jadinya bila tiap2 pagi terpaksa menemani mummy pakai make up sebelum hantar Rayyan pergi rumah baby sitter. So sekali sekala bila mummy tak pandang Rayyan boleh la amik peluang mencungkil beg make up mummy and try buat experiment kat muka sendiri plak...amacam orait tak???

 saya akan menunjukkan anda cara2 menggunakan peralatan make up dengan betul

 berus maskara digunakan untuk mencungkil cream muka

 sapukan cream pada pipi menggunakan berus ini ye

nak tengok make up cun ker tak kena tengok cermin pada compact powder mummy...yeaaa...siap sudah

Sunday, 8 July 2012

Tak Ada Diabetes Tapi Dipaksa Berdiet Macam Ada Diabetes

Pregnant kali ni memang agak pelik dan bermasalah sikit nak compare dengan yang first dulu. Kalau nak diikutkan kedua2 tempoh pregnant I mengalami kenaikan berat badan yang mendadak dan terpaksa minum air gula. Tapi pregnant kali ni berbeza sikit sebab pada awal kehamilan I mengalami kekurangan darah dan dipaksa untuk menambah makanan berzat besi tinggi, so I tambahkan pemakanan dan menyebabkan kenaikan 4kg sebulan. Bila naik dah cecah 4kg sebulan I kena minum air gula pulak tapi alhamdulillah I bebas dari Diabetes namun doktor tetap menyarankan I berdiet seperti orang yang mengalami penyakit ini sebab baby I dah besar dari sepatutnya. Umur baru 33 minggu tetapi saiz dah macam 36 minggu. Silap2 I kena deliver awal dari tepoh yang di tetapkan. So I search la info2 pemakan untuk pesakit2 diabetes. Fuhh...memang sengsara la nak ikut kalau macam ni sebab semua yang terlarang adalah semua yang I suka especially buah-buahan tu...huk huk....Ni info yang I copy paste untuk rujukan I dan sesiapa yang menghidap penyakit diabetes. Harap2 I tabah menjalani diet baru ni....sib baik la dah tak lama dah tempoh pregnant ni.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN (Kecuali ada arahan Doktor atau Pegawai Diatetik)
1. Aiskrim
2. Susu pekat manis
3. Buah-buahan dalam tin (manis)
4. Semua kuih-muih manis
5. Glukosa, gula pasir, gula perang, madu, kek
6. Coklat
7. Biskut manis
8. Jem
9. Kaya
10. Minuman ringan (botol, tin dan kotak)
11. Milo, horlicks, ovaltine, pulut, pisang, durian

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TETAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA
Jumlah keperluan bergantung kepada umur, kegiatan, jantina dan berat badan.

A. Makanan Karbohidrat/berkanji
i) Hasil bijirin - Nasi putih, beras india, roti putih, Whole meal (jagung), mee, mihum, conflakes, nestum, oats, biskut ceram crackers, apam, putu mayam, idalee, tosai, capati, roti canai.
ii) Sayur-sayuran berkanji - lobak merah, kentang, ubi keledek, keladi, labu manis, sukun, kacang panggang (baked bean)
iii) kekacang - kacang dal, kacang hitam, kacang hijau dan kacang merah.
iv) Susu - susu segar, susu UHT, susu cair, susu tepung.
v) Buah-buahan - limau, epal hijau, epal merah, oren, betik, nenas, rambutan dan lain-lain buahan

B.Makanan berprotein
Ayam, ikan, daging, telur, keju dan makanan laut - udang.

C. Makanan berlemak
Minyak memasak (lebih baik jika gunakan jenis polyunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari dan lain-lain) majerin polyunsaturated.

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN DENGAN BEBAS
Boleh dimakan sebanyak mana yang dikehendaki dan tidak ditambah gula.
i) Cecair - Air minuman, Air mineral, teh, kopi, air sop, air limau nipis/lemon, air barli
ii) Perasa dan rempah - serbuk kari, cili, herba, rempah ratus, lada sulah, cuka, esen.


PETUA UNTUK DIINGAT
1. Kawal pemakanan
2. senaman (Setiap hari 1/2 jam)
3. Ubat kencing mani/injection insulin
4. Kawal paras gula dalam darah dan rekod dalam buku.
5. Paras gula yang baik - Puasa 4-6 mmol/l, 2 jam lepas makan 7.8 mmol/l

Sumber : Jabatan Makanan, Hospital Sultanah Aminah

Thursday, 5 July 2012

Photoshoot Alamak Aku Dah Gemuk!!

Haih! Dah berkurun rasa tak hapdate blog ni. Hujung2 tahun perakaunan macam ni memang I agak bz, nak jengah blog orang lain pun tak sempat apatah lagi nak hupdate blog sendiri. Walaubagaimanapun I nak gak hupdate blog I skang bab skang ni lunch hour jumaat panjang sikit. So leh la i curi2 masa nak tulis blog ni kan. Dua minggu lepas kawan-kawan I ajak wat photoshoot for me untuk tempoh 7 bln pregnancy kat Bukit Tinggi. Bila ada yang dah offer apa lagi I pun nak la, almaklumlah masa 1st pregnant dulu sekeping pun tak der pic, so kali ni I menggila kumpul pic la. Kitaorang pergi berempat kat sana dari pukul 11.00 pagi sampai la pukul 5.00pm. U all nak tau dalam tempoh 6 jam kitaorang kat sana activity yang kitaorang buat hanyalah pose. Makan tengah hari pun tak hengat seb baik I dah makan pagi. Baby??? hmmm nasib la...mummy tak hengat dia dah kalau dapat jenjalan ni. Respek gak lah diorang ni sanggup berlapar dan berpenat mendaki Bukit Tinggi semata2 untuk mendapatkan gambar2 menarik untuk I nyer pregnancy. Thanks U all...U all the best ler!! Ni antara picies yang they all snap kat sana for me.

 Bukit Tinggi dah tak nyaman seperti dulu lagi. Walaupun panas berbahang tapi pose maintain nak nampak cun gituw...hihihi....

 Haaa...tengok ni I dah gemuk giler2 lah katakan :)

 Diorang ni sama species ngan i gak ghupenyer....kalau dapat jalan tak makan pun tak per


 U all the best ler my fren!!


 Masa ni memang tengah penat giler bab kena daki bukit 45 darjah untuk sampai kat sini...baju siap tukar ok

 Pose penat panjat tangga 

 Bergaya ala2 omputih la kunun...

 Kat Japanese Village


OK lah memang aku gemuk...tak leh nak wat apa dah.

Click For CASH!!