Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari Raya

Sempena hari raya ni I nak mintak maaf banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki kalau2 ada tersilap,terkasar bahasa...minta maaf jugak tak dapat nak update blog sekang ni sebab terlalu busy ngan keje2 yang terpaksa disiapkan sebelum maternity leave ni...mintak maaf jugak sebab tak sempat nak blogwalking kat blog u all...InsyaAllah lepas semuanya settle aktiviti seperti biasa akan berulang. For all viewer i dedicated this video specially for u....enjoy!!



p/s: video org punyer yer...tumpang sekaki jerk...nak wat sendiri tak sempat

Friday, 3 August 2012

Budak OTOMAN

Hai Rayyan! Buat apa tu? Tengok Otoman?? Hai hari2 nak tengok Otoman. Lepas tengok Otoman kat Astro ceria, mesti nak tengok kat U-Tube plak. Try tengok 2 gambar ni...khusyuk betul si Rayyan menatap aksi Otoman kat U-Tube dah la kat sisi tu tersedia dah 2 ekor Otoman sebagai inspirasi. Patung Otoman tu rasanya dia dah ada berpuluh2 and kebanyakan darinya dah jadi OKU la. Kalau tak patah tangan, patah kaki, tak pun patah tengkuk. Kalau papa beli kejap jer Otoman tu ok...2-3 hari lepas tu mesti dah jadi OKU dah. Kalau zaman sekolah2 dulu mesti boleh wat essei "Aku sebuah patung Otoman". Mesti sedih cerita tu and confirm cikgu akan bagi markah lebih.




Entry Sakit Hati Nina K's



Sakit hati memang sakit hati, mau tak sakit hati kalau kereta kita jadi camni. Kalau kita buat sendiri tak apa lah jugak, ni tak pasal2 kita dah park elok2 tup tup bila time nak ambik jer kereta kita dah tak elok macam mula2 kita park pagi tadi. Semua ni berlaku semalam iaitu hari ke 14 puasa. Sebenarnya pepagi lagi dah rasa tak sedap hati nak park kereta jauh sikit dari ofis tapi nak buat macam mana dah parking lot yang depan2 ofis tu semua dah kena sapu so terpaksa la park jauh sket. Bila petang nak ambik kereta jer terus nampak scratch ni. Ini mau nak kena cat balik ni bab cat dah tanggal terus tu bukan boleh dipolish lagi dah pun. Bengang betul asal nak raya jer kereta mesti jadi camni. Tak boleh ker orang nak beraya ngan kereta lawa? Dah la puasa ke 3 ritu I terlanggar kereta orang and tak pasal2 terbang RM100. Kalau nak buat yang ni mau terbang RM500-600  ni. Haish kalau la nampak sapa yang buat kan senang boleh mintak ngan dia. Haih nasib,nasib, kenapalah kau malang sangat!

Wednesday, 1 August 2012

Gara-Gara Spiderman Datang Malaysia

Tak sangka betul kedatangan Spiderman ke Malakysia baru2 ini membawa seribu makna buat Rayyan. Walaupun itu adalah pertama kali dia mendengar nama Spiderman tapi nama itu telah melekat begitu rapi di hatinya. Akibatnya mummy yang kena tanggung, tak pasal2 kena keluar duit untuk mebeli barangan Spiderman yang dimintanya. Ini adalah 2 benda yang telah Rayyan pow dari mummy.


 Ni adalah sticker Spiderman yang dapat percuma dari pembelian satu toy Spiderman yang bernilai RM50.00...tapi toy tu dah hilang ntah kemana...cuma beberapa hari jer sempat tengok...Eiii geram betul kalau RM5 tu tak per lagi ni RM50.00 aku terbang gitu jer...Grrrr...Pas tu sticker ni mesti diletakkan di peti ais supaya hari2 Rayyan dapat menatapnya sepuas-puasnya


Haaa ni pulak lagi satu penge'paw'an Rayyan kat mummy,Wardrobe untuk kanak2 yang mesti di letakkan dalam bilik dia, sebelum tidur mesti nak pandang dan sentuh2 muka Spiderman tu. Ceritanya masa I tengah jalan2 kat plaza perabot nak beli katil single untuk Rayyan then tak pasal2 pass by this thing. Apa lagi si Rayyan tu terus cakap "mummy nak ni" sambil peluk erat wardrobe ni. Selagi tak cakap ok selagi tu lah dia melekat kat situ. Haih!!! terbang lagi RM450.00. So Total duit mummy terbang gara2 Spiderman ni untuk Rayyan RM500.00, ok stop jenjalan dah pas ni.kita tunggu tempoh Spiderman melawat habis baru leh jalan ok.Spiderman, Spiderman kenapalah kau begitu menakjubkan untuk Rayyan?

Click For CASH!!