Wednesday 30 January 2013

Meja Baru ~vs~ Meja Lama

Alhamdulillah bahagian dapur dah siap di renovate sepenuhnya. Tinggal lagi untuk di dekorasikan sahaja. Ada banyak idea untuk mendekorasi cuma kewangan sahaja yang tak mengizinkan. 2 hari lepas sempat tangkap satu set dining table baru kat plaza perabot seksyen 7 shah alam. Dining set baru pun tetap warna hitam...hmmmm entah lah rasa minat ngan color hitam jer kot.Harga asal rm4800 tapi oleh kerana kedai tu nak clearkan stok yang ada demi untuk membawa masuk perabot baru untuk CNY ni harga set ni dah turun sehingga rm2800. Haaa...ok sangat la tu kan...masih mampu memilikinya. Lagi pun masih cantik dan tak ada cacat celanya lagi. Table top daripada marble memang berat giler nak angkat sampai kena pakai tenaga 4 orang lelaki dewasa. So paham2 la macam mana nak bersihkan carpet kat bawah tu...confirm tak teralih la meja tu. 

 Ni set meja baru beli

set meja makan lama ni dah transfer masuk dry kitchen supaya boleh digunakan untuk daily use,so meja baru tak la comot jer kan kat hall tu.

2 comments:

Click For CASH!!