Monday, 25 February 2013

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

Stylo Hutz - Maxi Dress Dari Indonesia

Dear all....just nak info u all yang I baru jer menceburkan diri dalam dunia perniagaan pakaian especially maxi dress direct order from Indonesia....jom tengok mana yang berkenan dihati nanti boleh la grab terus yerk....

SEMUA ITEM BERHARGA RM120.00 TERMASUK POS
ORDER: SILA ISI BORANG DIBAWAH BLOG INI ATAU EMAIL KE nina.wns@gmail.com


SIZE:FIT SS TO XL

SIZE:FIT SS TO M

SIZE:FIT SS TO L


SIZE:FIT SS TO L

SIZE:FIT SS TO L

SIZE:FIT SS TO L


SIZE:FIT SS TO XL

SIZE:FIT SS TO M

SIZE: FIT SS TO M

SIZE:FIT SS TO L

Wednesday, 20 February 2013

Rokok Elektronik- Selamat atau Tidak


Pernah dengar atau tengok rokok elektronik macam ni? Kalau sape2 perokok atau suami mereka yang merokok dan cuba untuk berhenti merokok mesti pernah tengok benda ni...




Adakah Rokok Elektronik Selamat? (Menarik!) | Rokok Elektronik kini menjadi bagai satu fenomena di Malaysia. Jika kita berkunjung ke mana-mana, ada sahaja yang sedang menggunakanrokok elektronik ini. Tidak cukup itu lagi, aksesori seperti perasa juga turut dibawa. Timbul satu persoalan adakah rokok elektronikini turut berbahaya seperti rokok sebenar yang lain? Ada juga yang melarang agar ia dijauhkan seperti rokok sebenar. Jom ikuti beberapa pendapat di bawah ini.

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

Monday, 18 February 2013

Modelling Class Kat Empayar Siti Murni (ESM)

Menjadi seorang peragawati atau pun model adalah cita2 pertama I dari kecil lagi. Teringat zaman sekolah dulu pantang ada rancangan fesyen jer mesti ponteng sekolah. So sekolah tu hanya di hadiri 3-4 hari sahaja seminggu. Ponteng sekolah semata2 nak mengadap TV tengok model2 catwalking, tengok kecantikan mereka, tengok make up mereka, tengok baju2 yang mereka gayakan waaahhhh...bestnyer...terus terbang berangan konon2 model tu adalah diri sendiri. Anggun sungguh mereka....tapi mesti ramai yang tanya kenapa baru sekarang nak mula??

1. memang tak tahu macam mana dan di mana nak mula
2. dulu2 modelling ni banyak dedah2 mana ada model tutup2 cam sekarang, so of coz la mendapat tentangan dari family
3.diri sendiri pun tak sanggup nak over expose camtu
4.sibuk dengan belajar accounting dan menjadi accountant sampai tak sempat nak mencari jalan untuk menjadi model

Baru sekarang I dah nampak macam mana nak mula dan sudah berani bermula sebab sekarang modelling bukan sahaja tertakluk kepada yang free hair n seksi malah sekarang hijabers pun dah ramai yang jadi model . Kat ESM ni especially memang menawarkan latihan untuk menjadi model kepada para hijabers sahaja...no free hair ok. lagi la I yakin. Alhamdulillah segalanya selesai dan I dah pun mendapat pengalaman menjadi seorang model dan Sijil ni jugak sebagai pengiktirafan. 



having lunch with the talents on that training day. Semua friendly and happy go lucky especially Zati dan Emma. Enjoy knowing u all walaupun baru jer kenal on that day tapi we all dah berjaya memecahkan kesunyian restoran dan ESM sendiri.

Al-Kisah Bila Tak Bayar Bil Letrik


Sungguh I betul2 lupa nak bayar bill letrik bulan ni maklumlah previously my hubby yang uruskan seme. Tapi bulan ni tetiba jer I amik bill yang sampai kat umah kononnya I nak tolong hubby bayarkan la. Tapi tengok2 I amik I simpan jer kat drawer. Hmmm...apa lagi sekarang ni dah nak hujung bulan confirm la dah habis tempoh bayar nyer. So nak dijadikan cerita bergelaplah semalaman malam tadi kami sekeluarga. Adoihhh....boring giler,nak tengok TV tak boleh,nak masak tak boleh,apa pun tak boleh...Dalam keadaan macam ni barulah kita sedar yang hidup berjiran tu penting. Memang malu pada mereka tapi terpaksa cerita sebab bila rumah I jer yang gelap of coz la mereka bertanya. Tapi menceritakan sesuatu yang benar tu ada baiknya sebab mendapat simpati dari jiran2. Segala makanan sejuk beku dalam peti ais I tumpang rumah jiran 1, jiran 2 pulak kasi extension untuk kipaskan rumah kita orang,jiran 3 nak kasi kitaorang tidor kat rumah dia agar kitaorg tak kepanasan, jiran 4 pulak macam2 lagi la nak bagi pertolongan. Alhamdulillah I dapat jiran2 yang baik. Syukur sangat. Untuk menerangi rumah kitaorang lilin ikea ni lah yang terpaksa membakar diri semalaman. Nasib baik beli minggu lepas. So pengajarannya jangan simpan bil kalo tak tau bila nak bayar k...

Sunday, 17 February 2013

Oiso Korean Restoran- Halal Punyer

Hai all!! pernah makan makanan korea tak? ada yang teringin atau gemar makan makanan korea macam i tak? kalau ada jom pekena sekali kat Oiso...restoran ni terletak betul2 kat Shoping mall The Sphere Bangsar South. Yang pasti restoran ni di iktiraf halal dan menawarkan harga yang memang berpatutan. Macam makan kat kedai mamak jer regenya. Rasanya pulak memang sedap lebih kurang ngan makan kat Ichiban Ramen tu. Tak caya jom tengok.

Posing merupakan aktiviti wajib

Cantik sangat dekorasi almari cina ni 

maksud Oiso diterangkan kat sini

set ikan makarel yang lazat beserta nasi ni hanya RM14.90....murah kan dah la besar ikan tu

belajar bahasa korea sket


kasi can diorang belasah dulu


ni pulak set ramen yang i makan hanya RM10.90...murah siottt!!!

time untuk belasah la apa lagi
Ada masa try ler...pasti tak nyesal...

Wednesday, 13 February 2013

Bunuh Diri Kat Berjaya Times Square

Perghhh!!! seram giler nak dengar....kejadian yang baru berlaku hari ni pada pukul 11.00 pagi. Pada hari Valentine yang mana rata2 orang dok celebrate ni telah mengejutkan seorang mamat ni apabila dia bergaduh dengan girlfren nya, tengok2 minah tu terjun dari tingkat 6 shoping mall femes ni...eiii apa la diorang ni tak tahu nak hargai nyawa langsung...takat gaduh ngan BF tak yah la sampai bunh diri,ramai lagi laki lain kat dunia ni....bunuh diri bukan leh jumpa bidadara kat syurga pun...




Tip -tip kurangkan loya masa mengandung

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas , tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.

Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan , tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Jadi , sekiranya anda mengalami masalah jumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip Untuk Kurangkan Simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini

1.Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.

2.Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.

3.Hindarkan diri dari wangian-Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.

4.Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya.

5.Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.

6.Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah

New Peplum Dress Seriously To Let Go

Hi all!! Sekarang ni musim semua orang dok demam peplum, tak ketinggalan juga dengan I. Hari ni I dah terbeli sehelai peplum yang amat lah gorgeous....sekali pandang kat page supplier ritu terus order n lupa lak nak tanya saiz apa. Hari ni sampai la baju ni kat tangan I Yeayyy!!! suka sangat n tak sabar nak cuba so time lunch tadi masuk surau terus cuba...tup tup alamak boleh masuk tapi dia punya melekat mak aiii...habis terjojol apa yang tak patut tu....so I decide untuk tak pakai baju ni kalau hubby I tengok pun confirm dia tak luluskan untuk I pakai. Seriously peplum ni memang cun...kain tak nipis tak bayang bra kalau pakai...secure ok.... 

ini maklumat peplum ni

color:white
size:fit S-M only
price:RM55 termasuk pos
accessories: belt and short black skirt attached 



For those who are interested bleh la sms kat I yer: 017-3901353 @ email : nina.wns@gmail.com @ isi sahaja borang kat bawah k... :)

Thursday, 7 February 2013

The Best Spot To Lepak


Guess!! mana tempat dia dok bertenggek ni? Ini lah aksi budak yang baru pandai menggerakkan badannya. Kalau sebelum ni dia hanya tahu meniarap tapi sekarang pada usia 5 bulan dia dah pandai mengguling-gulingkan badannya untuk ke satu2 tempat yang dia nak. Tempat yang selalu dia bertenggek adalah bawah cabinet TV ni la...dah puas guling2 lama2 stop kat bawah tu sebab dah tak boleh nak guling lagi dah kat situ sebab ada dinding. Bila dah lama bertenggek kat situ mula lah dia bosan, bila bosan habis telinga dan kepala dia garu tak pasal2 part tu jadi calar balar. Bila dah puas menggaru apa lagi melalak time la...hahaha....

Tuesday, 5 February 2013

Pencarian Wajah Baru Kumpulan Media Karangkraf


Semalam...the story begin is yesterday. Macam biasa bila I masuk ofis pepagi perkara pertama yang I buat ialah cek email dan cek notification kat FB. Tetiba jer terjumpa iklan kat atas. Tengok syarat2 tu macam dah cukup jer. Memang tak der pengalaman langsung.Alamak dah lama I tertunggu2 benda2 yang macam ni tapi y today?? Nak g ker tak? g ker tak gi? sebab I kat opis n pakai pun simple2 jer...make up apa tah lagi. Try tanya hubby nyer pendapat, dia kata y not u try? tak salah mencuba nasib. So I gagahkan diri drive dari PJ ke Shah Alam n ambik 1/2 day leave on emergency la. Minat punya pasal rela apa jua...biar org kata dah terlewat ker apa tapi tak kesah lah bab age range I masih in the middle of the requirement, cukup tinggi n yang penting tak pernah terlibat ngan Karangkraf. Sampai sana dalam pukul 1.30pm mak aiii ramai giler yang datang dan bermacam2 style dan size ada. Tapi nak register tak boleh sebab staff tengah lunch. So mencanak la kat situ sampa kul 2 baru isi borang dan tunggu turn. Turn I pukul 4.00pm. First masuk interview macam nak mintak kerja suh cerita pasal diri sendiri dan kenapa datang sini. Kacang jer I jawab bab dah biasa mintak kerja kan. Pas tu dia suh posing 2-3 style depan diorang...bab ni I dah tak keruan dah...puas pk cmner nak pose then last sekali diorang suh I catwalk...alamakkk....ni yang paling tak reti ni so apa lagi bukan catwalk yang I buat tapi bullwalk jadinyer....then dengar diorang kata I punya posing ada style n boleh diiketengahkan tapi I nyer catwalk hancusss!!!! kah3!!! Last sekali kena posing depan cameraman lak. Diorang tak ajar tapi diorang nak kita pose sendiri 4-5 style untuk full body dan close up...lagi sekali ketar lutut dan mati idea tiba2.Gaya yang I buat alar kadar n lebih kurang jer.lantak la...no coomment from they all...
Ini pic I yang diorang amik untuk simpanan diorang, pic yang cameraman tu I tak der....diaorang kata I kena kuruskan sikit lagi badan I. Hmmm....rasa macam dah kurus tapi diorang nak yang kerempeng kot. Anyway I enjoy my first experience with them. Banyak membantu I mengetahui macamana untuk menjadi part of them dan yang penting minat dan keinginan I dari kecik telah I ketengahkan. Berserah pada Tuhan untuk menentukan nasib menyebelahi I ataupun tidak. Kalau dapat ia merupakan bonus untuk I,kalau tak dapat pun tak mengapa at least i mencuba.

Sunday, 3 February 2013

Kunjungan ke Karnival Karangkraf

Agak2 cuti 2 hari hujung minggu ni dah tak ada nak buat apa2 so we all plan nak gi karnival karangkraf yang di adakan dari 2-3 febuari 2013. Hari ni adalah hari terakhir karnival tu jadi we all tak lepaskan peluang yang ada untuk tengok apa yang ada kat sana. Kalau sebut karangkraf tu of cause la banyak berkaitan dengan majalah dan buku2 jer kan. Hari ni diorang jual buku dan majalah pada harga yang lebih murah dari pasaran dan yang lebih best lagi ada banyak free gift. Contoh semalam I beli majalah kegilaan I iaitu Hijabista dengan hanya RM9.50 pas tu I dapat goodies seperti shawl, rantai leher, cup cake, book mark dan note pad...haaa banyak kan?? dan yang paling best semalam i leh tengok muka soo winci master chef dari dekat...menag glowing la muka dia :)

Jalan2 sambil posing

Latest Hijabista magazine
 main entrance diorang

 Soo Winci tengah menunjukkan skill memasak dia

 My hubby memang maskulin kan?

 tarian basah ketiak...gila tak basah menari tengah2 panas cenggini?

Click For CASH!!