Wednesday 20 February 2013

Rokok Elektronik- Selamat atau Tidak


Pernah dengar atau tengok rokok elektronik macam ni? Kalau sape2 perokok atau suami mereka yang merokok dan cuba untuk berhenti merokok mesti pernah tengok benda ni...




Adakah Rokok Elektronik Selamat? (Menarik!) | Rokok Elektronik kini menjadi bagai satu fenomena di Malaysia. Jika kita berkunjung ke mana-mana, ada sahaja yang sedang menggunakanrokok elektronik ini. Tidak cukup itu lagi, aksesori seperti perasa juga turut dibawa. Timbul satu persoalan adakah rokok elektronikini turut berbahaya seperti rokok sebenar yang lain? Ada juga yang melarang agar ia dijauhkan seperti rokok sebenar. Jom ikuti beberapa pendapat di bawah ini.

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

6 comments:

  1. Pernah jugak nampak orang guna. saya pun pelik apa benda. tapi saya rasa benda pun still bahaya juga

    ReplyDelete
  2. ntah la...diorg kata x bahaya...kita mana la nak tau kan

    ReplyDelete
  3. Baru2 ni ada baca, rokok elektrik ni still bahaya. nanti kita search info. btw, tq sudi singgah. i follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa kan??? ada dgr gak tu....tak per kita kumpul maklumat banyak2 berusaha utk memberhentikan suami hisap rokok :(...

      Delete
  4. Ahah ramai gak amik neh utk berenti merokok dan ada gak dengar isu bahaya ke tak neh..nway thanks dear for the info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yang...tp frust my hubby tak berenti gak pon :(

      Delete

Click For CASH!!