Wednesday 26 October 2011

Fakta Akibat Terlalu Ghairah Untuk Cantik

Ghairah untuk tampil menarik menyebabkan kita sering melakukan beberapa kesalahan kecil ‘mencacatkan’ penampilan. Ketahui kesilapan tersebut dan cara mengatasinya :

1. Gigi Berlipstik
Jangan rosakkan senyuman yang manis dengan kesan lipstik pada gigi anda yang putih menawan. Pastikan, setiap kali anda menyapu lipstik kemudian sapukan selebihnya dengan menggunakan kertas minyak.

Ambil sehelai kapas muka dan sapukan ke sepanjang permukaan gigi untuk menghilangkan jejak lipstik yang mungkin melekat pada bahagian tersebut. Sapukan gel petroleum pada permukaan gigi depan. Kaedah ini membantu dalam mencegah warna lipstik melekat pada gigi putih sekali gus membuatkan senyuman lebih bersinar.

2. Mata Terlalu Gelap
Merias mata dengan gaya smokey eye memang menjadi pilihan ketika ini. Tapi, solekan mata terlalu gelap atau tebal boleh mencipta ilusi dan menyebabkan bahagian putih mata lebih kecil sekali gus menyebabkan mata kelihatan sedikit sepet.

Sebenarnya teknik smokey eye tidak hanya bergantung pada warna hitam semata-mata. Sebaliknya anda boleh mencuba warna kelabu terutama yang berkilau dan boleh mencipta kesan yang sama seksinya tanpa perlu menampakkan mata lebih sepet.

Caranya, buat garis nipis pada bahagian hujung atas dan bawah bulu mata dengan menggunakan penggaris mata hitam. Kemudian, sapukan pembayang mata warna kelabu pada kelopak mata. Dengan menggunakan berus penggaris mata, aplikasikan pula pembayang mata itu di atas penggaris mata untuk mencerahkannya.

Ratakan warna tersebut supaya nampak sekata dan akhir sekali sapukan pembayang mata warna putih pada sudut dalam dan atas untuk membuat mata lebih cemerlang.

3. Kulit Berminyak
Sinaran matahari dan berada di tempat yang panas menyebabkan kulit wajah menghasilkan lebih banyak minya. Jangan gunakan bedak untuk menghilangkan masalah kulit berminyak.

Sebaliknya, gunakan kertas minyak untuk menyerap lebihan minyak di wajah. Tekap dengan lembut kertas minyak tersebut pada permukaan kulit bagi mengelakkan solekan pada wajah anda rosak.

4. Lingkaran Putih Keliling Mata
Kurang tidur boleh menyebabkan timbulnya kesan lebam hitam pada bawah mata tetapi masalah ini boleh di atasi dengan menggunakan concealer. Tetapi, pastikan anda memilih warna concealer yang tepat dan tidak berlebihan ketika menyapunya. Jika tidak, ia akan menyebabkan timbulnya lingkaran putih yang muncul di sekeliling mata. Pastikan concealer tidak lebih dari satu warna dan ia setingkat lebih terang daripada bedak yang digunakan atau warna kulit anda.

Cantik Di Hati
Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

2 comments:

  1. yg penting hati mesti cantik...baru seimbang luaran dan dalaman..kan.kan..kan..

    ReplyDelete
  2. betul tu yunk...mcm u ni mesti cantik dalaman gak kan??? tengok dr luar da cantek dalaman pun mesti cantik gak

    ReplyDelete

Click For CASH!!