Tuesday, 8 November 2011

Lagi2 Di China....Buang Bayi Masih Hidup


SEBUAH hospital di Selatan China menggantung empat pegawai perubatannyakerana membuang seorang bayi yang baru dilahirkan secara pra matang yangdisalah anggapkan sebagai sudah meninggal dunia.


Bayi malang itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dan kemudiannyaditinggalkan di dalam bilik air hospital.


Selepas beberapa ketika melahirkan, Liu Dongmei berkata dia diberitahu oleh jururawat hospital bahawa bayi lelakinya telah mati semasa dilahirkan.


Bagaimana pun kesilapan itu hanya disedari selepas 30 minit kemudian apabila salah seorang saudara mendapati bahawa bayi lelaki itu masih bergerak-gerak.


Huang Lichuan, pengarah Gynecology dan Obstetrics hospital tersebut mengakui bahawa doktor dan jururawat yang terlibat telah menunjukkan sikap sambil lewa.


"Mereka (4 orang Staff) mesti bertanggung jawab" katanya seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily Jumaat lalu. Nama dan jawatan pekerja yang digantung itu bagaimana pun tidak dinyatakan.


Liu, 23 mengandung 7 bulan sewaktu dia sampai di Nanhai Red Cross Hospital pada 23 Oktober bersama suaminya, Wang Haizhang, 24. Dia dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit perut. Tiga hari kemudian, dia diarahkan ke wad bersalin.


"Walaupun suami saya telah memberitahu doktor berulang kali di antara pukul 3 hingga 5 am, bahawa saya sudah hendak bersalin, doktor hanya tiba sewaktu beberapa minit sebelum saya bersalin" kata Liu seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily.


Apa yang berlaku pada waktu itu tidak begitu jelas. Difahamkan bahawa doktor memeriksa keadaan wanita tersebut dan terus berlalu pergi, membiarkan dua orang jururawat menguruskan kelahirannya.


Sebaik sahaja selesai melahirkan, Liu dimaklumkan bahawa bayinya telah meninggal dunia kerana ia tidak menangis. Ia kemudiannya dibungkus di dalam sebuah beg plastik kuning dan dicampakkan di bilik air berhampiran.


Bagaimanapun, adik ipar Liu, Wang Heping tiba kira-kira 30 minit kemudian dan meminta untuk melihat jasad bayi tersebut sebelum menyaksikan beg plastik tersebut bergerak-gerak.


Menyedari kesilapan mereka, kaki tangan hospital dengan segera memindahkan bayi tersebut ke unit rawatan rapi.


"Selepas bersalin, jururawat memberi tahu bahawa bayi saya adalah bayi perempuan, sebaliknya saya sebenarnya telah melahirkan bayi lelaki" kata Liu.


Tambahnya lagi "Beratnya hanya 1.9 kg dengan ketinggian 45 cm sewaktu dilahirkan, namun selepas seminggu dirawat di unit rawatan rapi keadaannya kini bertambah baik."

4 comments:

  1. Ada pulak camtu ek? Dulu lum dapat keje, heboh nak keje...bila dah dapat keje, buat keje pun sambil lewa jer...sian baby tu..

    ReplyDelete
  2. tu ler pasal...kalo malas nak keje baik berenti jer....ramai lagi yg nak kan jawatan tu

    ReplyDelete
  3. ish..ish cenggini pun ada...anak kambing pun periksa betul2 dulu sebelum nak tanam..ni kan baby comel gini...adoiiii

    ReplyDelete
  4. mmm kan?? memang tak senonoh buat kerja...sambil lewa jer....

    ReplyDelete

Click For CASH!!