Thursday, 10 November 2011

Lelaki Juga Boleh Trauma Lalui Penceraian

Kadar perceraian suami isteri di negara ini dilihat sangat serius kebelakangan ini. Dilaporkan setiap 15 minit akan berlaku satu perceraian dan tentunya ia kenyataan yang harus ditakuti.

Perceraian meski pun dilihat mudah dilafazkan tetapi hakikatnya, ramai yang sukar menerima perpisahan tambahan pula jika sudah berumah tangga agak lama.

Ia boleh menjadi trauma malah boleh mendatangkan stres keterlaluan. Keadaan ini sebenarnya bukan saja kepada wanita malah juga lelaki. Golongan ini turut akan berasa sedih malah kecewa yang keterlaluan. Oleh itu mereka tidak ketinggalan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak khususnya keluarga dan rakan-rakan untuk memulakan kehidupan baru.

Selain sokongan dinyatakan di atas, kekuatan diri adalah aspek utama dalam menghadapi hal ini. Biar pun dilihat sebagai insan yang gagah namun tatkala melalui proses penceraian, lelaki ada kalanya tidak dapat mengawal emosinya.

Kehidupan Selepas Bercerai
Hidup perlu diteruskan biar sesakit mana pun hati. Kesakitan lebih terasa jika anda tidak bersedia menghadapinya. Suami isteri ibarat tangan kanan dan kiri. Jika hilang sebelahnya, pasti terasa. Apa yang selalu bermain di fikiran pasangan yang bercerai? Belas kasihan. Satu kajian yang dibuat oleh sebuah universiti di luar negara mendapati kebanyakan pasangan tidak dapat menerima hakikat bahawa perkahwinan dibina sudah hancur.

Perasaan belas kasihan banyak wujud di dalam hati mereka dan ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kembali memikirkan kebaikan, sifat baik hati serta kemurahan pasangan. Keduanya, pengakuan- pengakuan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa mereka sangat mencintai pasangan dan ketiganya, kebolehan dan kemampuan pasangan semasa berumah tangga yang mana sudah tidak boleh didapati lagi selepas ini.

Kajian kes ke atas 105 pasangan mendapati lebih 40 pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga lebih dari 13 tahun berkata, mereka berasa sangat bersedih di atas perpisahan. Semua pengalaman bersama pasangan menjadi kenangan yang paling manis dan itulah kebahagiaan yang mereka dapat rasai.

Memaafkan
Kata kunci utama kepada perceraian ialah masalah. Jika anda mampu menangani masalah yang datang, dapat saling maaf memaafi sudah tentu anda akan dapat lari dari menghadapi trauma perceraian ini.

Anda tentu tidak dapat lari dari kata-kata negatif yang dilemparkan tetapi yang paling utama ialah bagaimana anda dapat memaafkan pasangan yang mungkin telah melukakan hati anda. Jangan terlalu mengikut perasaan, lazimnya selepas bercerai kebanyakan pasangan sanggup bermusuh, tidak bertegur sapa kala bertemu dan menjadi musuh bila soal anak-anak dibangkitkan. Kunci utama kepada semua perkara ialah kebahagiaan. Tidak kira apa saja permusuhan anda dan pasangan tetapi carilah bahagia kerana ia adalah ubat.

JADI KEPADA PASANGAN-PASANGAN YANG ADA MENYIMPAN PERASAAN UNTUK BERCERAI, FIKIR-FIKIRKANLAH TERLEBIH DAHULU AKIBAT-AKIBAT YANG BAKAL DILALUI SELEPASNYA. JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.

No comments:

Post a Comment

Click For CASH!!