Tuesday, 29 May 2012
Entry Bosan Penutup May
Cer tengok betul2 gambar budak ni. Ini adalah salah satu tabiat nak tido Rayyan. Perkara yang wajib ada disi dia walau di mana jua dia berada adalah barang2 kesayangan dan kegemaran dia. Kalau di tempat tido yang sah benda yang wajib ada ialah bantal busuk warna hijau. Bantal busuk ni telah di guna pakai sedari usia dia 3 hari iaitu hari pertama dia berada dirumah selepas keluar wad bersalin sehingga lah hari ni. U all jangan ingat bantal tu busuk sangat ok. For your info bantal busuk ni ada 3 bijik and seme sama color. Bukan apa senang mummy dia nak songlap pelan2 untuk di campak kan ke dalam washing machine...hehehhe...kalo tak der bantal busuk ni tak boleh tido la dia ni. Selain bantal busuk ni, kat rumah jugak dia suka bawa otoman dan juga koleksi kereta dan motor yang dia ada untuk tido. Kalo boleh semuanya dia nak peluk. Nak naik bilik tidor jer seme benda tu nak angkut, kalau dia nagkut sendiri tak pe lah jugak tapi mummy yang kena buat seme tu...hampehhh tull. Tapi dalam gambar ni u all dapat teka tak kat mana I snap??....tadaaa....sila tengok gambar di bawah
Rayyan terselit di celah2 ketiak mummy. Walaupun usia dah 2 tahun 5 bulan tapi kalau naik kete mesti nak duduk kat situ. Dah la berat...penat mummy di buatnya. Hmmmm...tak taulah cmner bila baby dah kuar nanti.
Sunday, 27 May 2012
Aquaria KLCC
Hujung minggu lalu dah bosan tahap gaban tak tau nak buat apa. Nak kemas rumah ala2 malas gitu kan tup2 encik hubby ajak pegi Aquaria KLCC. Hmmm...orait gak tu daripada dok terperap jer kat umah kan. Walaupun masa bujang dulu pernah pergi sana tapi itu dulu. Sekarang boleh bawa si Rayyan sekali. Sebelum ni nampak cam dia suka sangat tengok ikan bila singgah mana2 tempat yang ada akuarium, mesti ralit jer dia menatap ikan2 tu, so kita bawak dia pergi tengok ikan yang kat dalam akuarium lagi besar. Kasi dia puas hati.
on the way to aquaria...jalannya agak jauh...seo sempat la Rayyan berlari2 macam lipas kudung...nak snap pic pun susah..
sebelum masuk aquaria sempat lagi Rayyan ni main kereta kat luar
Entrance...byaran RM35.00 bagi dewasa...kanak2 bawah 3th cam Rayyan F.O.C
ni ikan voltan tinggi...tak boleh sentuh,boleh maut di buatnya
Arapaima Gigas...besar tul ikan ni
Jom terokai dunia bawah laut
dah masuk mulut jerung dah ni...Rayyan takut2 jer mula2
giant ikan pari...sekali dia lalu gelap dunia
siapa berani boleh menyelam bersama jerung kat sini
encik hubby meninjau dari jauh
jerung ni cool jer...siap bleh kawan ngan ikan kecik2
Rayyan kagum ngan ikan2 tu
Rayyan usha ikan tak hengat
asal pose jer nak peace...tp salah sign le sayang
rahang jerung yang di awet...hehehe tak lah...replica jer nih
comel kan jelly fish ni...rasa nak pegang2 tapi takut gatal lak
Rayyan memang exited tengok ikan. Sampai umah terus dia cakap kat mummy yang dia nak tengok fish lagi. huhhuu...next time kita g lagi kay...
PETUA MENGHILANGKAN STRETCH MARK
Biasanya anda boleh nampak ia pada sekitar bahagian perut, dada, lengan, belakang badan, paha dan kawasan sekitarnya.
Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa fakta tentang stretchmark atau kesan regangan kulit yang perlu anda tahu :
1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan.
2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.
3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.
4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya. Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.
5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan
6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang
7. Cara terbaik untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan.
Dan yang paling penting… elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk.
Ada sesetengah orang tak peduli pasal benda ni. Biasanya lelaki la. Hehe... Tapi bagi kebanyakan wanita, ia sesuatu yang agak merisaukan.
Kalau begitu, saya kongsikan cara untuk hilangkan strech mark anda. Tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya boleh amalkan petua ini.
PETUA MENGHILANGKAN KESAN "STRETCH MARK":
Bahan- bahan yang anda perlukan;
~ 1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)
~ 1 sudu teh air limau nipis
~ 20 titik minyak kayu putih
Caranya;
1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas hingga sebati.
2. Sapukan pada tempat-tempat yang ada "stretch mark".
3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.
Tuesday, 22 May 2012
Muka Artis-Artis Kesayangan Anda Masa Sekolah Dolu2
Ni antara koleksi muka artis2 kesayangan U all masa diorang sekolah dolu2...sapa2 yang minat kat diorang ni boleh la simpan buat tatapan U all ok :)
Zizan Raja Lawak...hidung maintain besar ok :)
Nasha Aziz....kurus maintain ok :)
Akim AF....ramai awek maintain ok :)
Intan Ladiyana... cute maintain ok :)
Lisa Surihani....kejelitaan adalah hak milik setiap pinsan maintan ok :)
Tiz Zaqyah...comel maintain ok :)
Siti Nurhaliza...tak makeup pun jelita maintain ok :)
Last sekali siapa kenal artis ni??? sapa dapat teka memang hebat maintain ok :)
Sunday, 20 May 2012
Karaoke Time
Sapa kata bila kita pregnant aktiviti terus terbatas? Asal pregnant jer aktiviti luar terus tak der. Kenapa boleh jadi macam tu? Sedangkan pregnant adalah satu anugerah yang teramat istimewa. Tak semua wanita akan mengalaminya. Jadi bertuahlah jika mampu pregnant. So, Bila pregnant segala aktiviti yang kita lakukan sebelumnya pun boleh kita lakukan cuma kena lebih berhati-hati sikit la kan. Macam I , walaupun sekarang usia kandungan I telah mencecah enam bulan tapi aktiviti biasa bersama kawan2 tetap I buat. I suka berkaraoke, main boling, shoping dan jalan2. So aktiviti tersebut tetap I buat sehingga sekarang. Contohnya sabtu lalu, I dan kawan2 jalan2 sekitar Pavillion sambil berkaraoke. Selagi kita sihat jangan bataskan pergerakan kita. Bak kata orang2 tua banyak berjalan boleh memudahkan proses bersalin nanti. Jom tengok aktiviti I sabtu lalu...
We all menikmati lunch kat RedBox jer...best makanan kat sini, jamuan buffet lunch dari pukul 11 pagi hingga pukul 2pm. Selagi tak habis selagi tu angkut...hehehehe...
We all menikmati lunch kat RedBox jer...best makanan kat sini, jamuan buffet lunch dari pukul 11 pagi hingga pukul 2pm. Selagi tak habis selagi tu angkut...hehehehe...
Ini pose nak sorok perut yang boyot tue...hihihihi
Sempat lagi posing kat depat Pavillion tu
Lagi2 posing...tapi kali ni pose tunjuk perut yang dah boyot ok...:)
Entrance RedBox Pavillion...wajib pose hehehe
Friday, 18 May 2012
Begedik Dengan PiZap
Ni picture saja-saja buat time boring kat opis semalam. Nak kata tak ada keje tu tak jugak tapi bila kita dah terlalu banyak pikir pasal keje lama-lama jadi bosan gak kan. So, bila time bosan tu I create ler picture ni. Sambil-sambil tu boleh la I explore PiZap sket. Bukan senang I nak mengedit gambar nih...sesuatu pekerjaan yang malas I nak buat, tapi kali ni I try2 buat ler. Tak kan nak bagi u all jer reti pakai photo editor kan? I pun nak jadi pandai gak. So, tengok pic ni...pandai tak I buat?? hehehehe....
Monday, 14 May 2012
TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
SUMBER: Misteri & keajaiban alam
Sunday, 13 May 2012
Musim Berbuah Tiba Lagi
Teringat dua tahun lepas, musim berbuah memang lebat time tu. Musim berbuah yang I maksudkan bukan lah musim buah-buahan biasa yang kita makan tu. Tapi musim berbuah dalam family I iaitu musim pertambahan ahli baru...kekekeke... Kalau dua tahun lepas empat orang ahli baru muncul dalam family I tapi tahun ni lebih banyak ahli baru bakal bertambah. Awal tahun ritu I dapat cucu pompuan sorang, minggu lepas I dapat anak buah pompuan sorang, dua hari lepas I dapat anak buah lelaki plak dan InsyaAllah bulan 8 nanti I bakal dapat dua orang anak buah plus seorang anak sendiri. Hmmm...nampaknya family I semakin membiak dengan jayanya...cucu Tok Ma tak payah cakap la...dalam masa dua tahun jer dah bertambah seramai 11 orang. Kalau nak di campur campur sekang Tok Ma bakal ada 27 orang cucu sudah...WOW!!! seronoknya kalau dapat berkumpul semua. Mau runtuh rumah Tok Ma. Itu lah untungnya bila beranak ramai. Cucu pun bertambah dengan pesat. Ni I letak pic cucu terbaru tok ma....Wan Muhammad Sarrizq namanya , berat masa dilahirkan 3.25kg secara normal....putih kulitnya and tak banyak ragam...rasa nak cium2 jer dier...
Tuesday, 8 May 2012
Kad Jemputan Misteri
Balik dari ofice petang semalam macam biasa aku akan cek mail box kat depan dulu kot2 ada apa-apa surat penting ker apa. Biasanya pamplet dan business card jer yang bersepah. Tapi semalam ada sekeping kad jemputan perkahwinan yang cun melecun plak. Sebelum buka tu pun I dah berkira-kira sapa pulak member aku yang nak kawen ni?? Biasa kalau diorang nak hantar kad ker apa2 mesti diaorang akan call cakap dulu dan mintak alamat. Tapi yang ni memang agak pelik...tanpa khabar berita tup-tup jer kad dah sampai rumah. Lagi satu yang pelik nya nama pengantin samada lelaki ke perempuan tu memang tak pernah I dengar sebelum ni. Pendek kata memang tak ada lah member I nama macam ni. Then lagi satu mana pulak dia dapat alamat rumah I ni sedangkan kawan2 yang pernah datang pun tak ingat alamat rumah I. Satu lagi dia hanya mention nama I Nina dan bukan nama penuh I yang sebenarnya....Haishh!!! Memang misteri la...
Walimatul urus Moliana & Firdaus...kedua-dua pengantin ni I tak kenal OK...so sorry kalau I sudah tentunya tak akan pergi...Panggilan Nina jer tapi alamat rumah betul. Pelik2
Peta Lokasi Pengantin Lelaki terletak di Tampin...memang tak pernah ada hubungan ngan sapa2 pun kat sana....
So, camner?? Patut kah I pergi ke majlis yang pengantinnya langsung I tak kenal & ingat??
Walimatul urus Moliana & Firdaus...kedua-dua pengantin ni I tak kenal OK...so sorry kalau I sudah tentunya tak akan pergi...Panggilan Nina jer tapi alamat rumah betul. Pelik2
Peta lokasi pengantin perempuan terletak kat Cheras...seingat I tak der kawan yang menetap kat sana
So, camner?? Patut kah I pergi ke majlis yang pengantinnya langsung I tak kenal & ingat??
Friday, 4 May 2012
Mak Buyong Dalam Barisan Model-Model
U all jangan tersalah sangka pulak dengan tajuk di atas. Tajuk ni sesaja jer nak bagi gempak sket...kekekeke... Mak buyong tetap mak buyong tak der maknanya mak buyong bleh jadi model. Gambar-gambar ni di'snap' pada hari ahad lalu masa majlis sambutan hari jadi anak kawan I yang ke 9 tahun. Party ni di adakan di Kinrara Golf Club, Puchong. Hmmm....anak orang kaya...nak celebrate kat mana pun tak per, janji happy.
Hah....tengok mak buyong dalam barisan model-model....ish segan pun ada, perut aku sowang jer buncit nih....dah org ajak posing kita layan jer lah kan...hihihihi....
Pic my hero Rayyan dengan door gift yang dia dapat....alamak pic brick game tak termasuk plak, setiap anak2 yang hadir diberikan makanan & brick game....hmmmm agak2 hadiah apa la nak bagi kat birthday boy tu yerk kalau guess pun dah dapat gift camtu sekali? Last2 I blk tanpa memberikan hadiah sebab segan nak bagi duit RM50.00 jer,OK tak? jahat tak I??? Ngeeee....
Haaa....tengok ni my frens seme bergaya ala-ala model jer kan...
Ni la kawan I dan anaknya masa potong kek...Besar betul anak dia kan? mak nyer kecik jer (slim)
Pic my hero Rayyan dengan door gift yang dia dapat....alamak pic brick game tak termasuk plak, setiap anak2 yang hadir diberikan makanan & brick game....hmmmm agak2 hadiah apa la nak bagi kat birthday boy tu yerk kalau guess pun dah dapat gift camtu sekali? Last2 I blk tanpa memberikan hadiah sebab segan nak bagi duit RM50.00 jer,OK tak? jahat tak I??? Ngeeee....
Subscribe to:
Posts (Atom)