Thursday 27 September 2012

Catatan Syawal 1433H/ 2012

29 Ramadhan/18 Ogos

Aku sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk menyambut hari raya esok. Langsir telahku cuci dan kupasang ketempat asalnya. Bajet untuk langsir tahun ni tak der ok so aku cuci jer langsir tahun lepas. Kuih muih kuisikan dalam balang kuih raya agar senang bila orang datang beraya esok tunggu angkat jer. Mama dan adikku Amani yang juga bakal bersalin pada syawal ni dah tiba dan masing2 sibuk membuat persiapan diri yang terakhir seperti menggosok baju. Proses mengemas dan membersih rumah telah selesai dan persiapan bilik berpantang untuk 2 orang juga telah selesai. Pukul 10.00 pm aku selamat menidurkan diri.

1 Syawal/19 Ogos 

Pukul 1.30 pagi tetiba aku terjaga dari tidurku dek kerana perutku rasa memulas-memulas seperti kebiasaan senggugut yang biasa ku alami semasa period. Pada mulanya tidak ku fikirkan perkara2 yang lain, kusangkakan hanya sementara, tetapi kesakitan itu ternyata berulang selang setengah jam. Rasa pelik mulai timbul dan terfikir olehku bahawa waktu untukku bersalin sudah tiba memandangkan due date ku hanya lagi seminggu. Pukul 5.00am kesakitan itu semakin kerap kurasakandan kali ni 1/2 jam dalam 3 kali kurasakan lantas ku kejutkan suamiku untuk info kat dia yang aku ni mungkin akan bersalin anytime. Pukul 7.00am aku bersiap2 ke PPUM. Pukul 7.30am aku di tahan di bilik bersalin. 8.30 am seorang doktor datang membuat pemeriksaan keatas diriku dan mendapati bukaan rahimku hanya 1cm. Sepatutnya aku di tolak ke wad kerana tanda2 untuk bersalin masih lambat tetapi oleh kerana kontraksi yang ku alami ketika itu agak kerap lebih kurang 3 kali dalam 10 minit so aku tetap di bilik bersalin tersebut. Debaran mula terasa kerana kerap kali aku mendengar jeritan dari pesakit lain yang bersalin di bilik2 lain. Pada pukul 12.00pm lagi sekali doktor datang untuk membuat pemeriksaan ke atas ku dan kali ini bukaan baru 3cm sedangkan aku pada masa itu sudah tidak tertahan lagi menanggung kesakitan. Keadaan diriku semakin lemah kerana selepas itu kesakitanku berulang setiap minit. Bila mataku mula tertutup dek kerana mengatuk dan lemah tetiba kontraksi datang dan menyebabkan aku tidak dapat melelapkan mata walau seminit pun. Kesakitan kali ini lebih teruk dari awal2 tadi dan berlanjutan sehingga pukul 4.00pm. Sekali lagi doktor menjenguk ku dan memeriksa rahim ku tetapi rahim ku hanya mengalami bukaan 7cm sahaja dan masih bukan masa untuk bersalin. Masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa aku sakit dan sudah tidak terdaya menahannya lagi. Sudah lebih 12 jam aku begini. Doktor bertanya pada ku samaada nak ambil epidural ke tak. Aku ingin merasai kesakitan tersebut yang sebelum ini belum pernah ku alami dan dengan selamba aku kata tak nak tetapi doktor telah memberiku satu dos suntikan tahan sakit kerana melihat keadaanku yang sebegitu. Suntikan tersebut membuatkan aku rasa mengantuk yang amat dan menyebabkan beberapa kali aku terlelap dan tetiba aku rasa seperti nak 'membuang'. Keadaan itu berterusan sehiggalah aku terjaga dari tidur dan menyebabkan  aku meneran berkali2 dan pada pukul 5.30pm lahirlah putera kedua ku dengan berat 3.985kg dengan selamatnya. Baruku tahu rasa nak 'membuang' dan meneran itu rupanya rasa nak bersalin. Maka hilanglah segala kesakitan yang kualami selama 16jam tersebut, Alhamdulillah itu jer yang terkeluar dari mulutku. Kegembiraan itu rupanya belum penghabisan, sekali lagi aku di uji apabila uri ku tidak dapat keluar. Berbagai usaha dilakukan namun uri tetap tak keluar yang memaksa aku di tolak ke dewan bedah. Doktor kata jika uri tidak berjaya dikeluarkan melalui jalan bawah maka pembedahan terpaksa dijalankan dan kemungkinan rahim ku akan dibuang. Agak sedih bila memikirkan baby ku ini adalah anak terakhirku namun tak putus2 aku berdoa agar pembedahan kecil ini berjaya. Pada pukul 8.00pm kerja2 pembuangan uri akhirnya berjaya. Aku ditolak ke wad dan selepas itu barulah aku berjaya melelapkan mataku yang dah lama layu. Saat ini aku hanya ingin bertemu suamiku kerana aku tahu dia juga penat dan cemas menanti dari pagi ke malam. Kesian suami ku. 

 bayi yang ku namakan Rayyan Daris



2 Syawal/20 Ogos 

Aku masih diwad PPUM. Rayaku hanya disini. Seawal pagi aku masih belum boleh bergerak kerana kesan ubat bius semalam. Masih belum melihat bayiku. Bagaimanakah rupanya dan laparkah dia aku tak tahu. Pukul 10.00am baru datang seorang jururawat menggendong bayiku masuk sambil memberitahuku bahawa bayiku sihat dan sedang lapar. Alahai kesiannya anakku. Pada masa itu aku sudah boleh bergerak dan dengan segera aku menyusukan dia. Alhamdulillah bayiku sihat dan comel sekali. Bersemangat betul dia menyusu. pukul 12.00pm waktu melawat. Orang yang kutuggu2 tiba jua,suami, anak pertamaku, mama dan adik2 semua datang melawat ku. Tidak ketinggalan rakan taulan. Mereka semua gembira melihat aku dan anakkku selamat.

 Kunjungan kelurga

 Saat ditemuramah oleh wartawan NSTP. Berita kelahiran disiarkan pada 21 Ogos NST

Kunjungan teman

Petang hari ni aku dibenarkan pulang kerumah. 

3 Syawal/21 Ogos

Hari pertama aku dan bayiku dirumah. Tak banyak perubahan yang ku alami melainkan agak panas berbanding dalam wad yang ada aircond. Kat rumah aku dipantau oleh mama ku. Tak boleh dok dalam aircond katanya. Kena pantang betul2, so berpanas la aku dalam bilik kecil bahagian bawah rumahku. Tempoh berpantang baru bermula dengan penuh semangat. Nak cepat kurus la katakan. Raya ku memang tak ada la, Nak makan ketupat rendang kuih muih pun tak boleh. Baju raya tergantung kat bilik jerlah jawabnya. 

 Baby Daris pada hari pertama kat rumah

Tengok tu abang dah tak sabar nak ajak adik main otoman

5 Syawal/23 Ogos

Giliran adikku Amani pula melahirkan anaknya yang kedua Puteri Dina Myrza. 

Tengok ni macam kembar kan?

Hari ni juga bayiku disahkan menghidap penyakit kuning tetapi bacaannya tak lah tinggi sangat 189 sahaja. Oleh itu usaha kami ialah memandikan bayi kami dengan ubat cina. Ubat tu kena ditumbuk,direbus dan airnya digunakan untuk memandikan bayi. Kerja2 menumbuk ubat tu dilakukan oleh suamiku dengan jayanya.

7  Syawal/25 Ogos

Hari jadi anak buahku Sarputra yang ke 2. Sambutan di adakan secara sederhana dirumahku yang diraikan antara sepupu2 nya bertiga sahaja iaitu Rayyan,Dea dan Putra. "Happy birthday to u"

 Berebut nak tiup kek 



10 Syawal/28 Ogos


 Bayiku dah muat car seat, saiz dia memang cepat naik. rasanya car seat ni boleh pakai 3 bulan jer untuk dia kot.

Sessi mengukur bentuk badan sendiri. Dalam seminggu berpantang berat badanku dah turun 13kg. 11kg lagi dalam proses dan aku percaya yang balance ni akan ambil masa untuk turun berdasarkan pengalaman pertama dulu.


28 Syawal/15 September

Detik2 yang kalau boleh tak mahu aku lalui. Mama sudah mahu pulang ke kampung. Menyambung pengajian di pondok Pasir Tumboh Kota Bharu.Katanya aku dah sihat maka khidmatnya tak diperlukan lagi dan pengajian dah bermula. Adat pertemuan pasti ada perpisahan so aku redha. Terima kasih mama kerana sanggup bersusah payah mejaga ku dari hari pertama samapai ke hari ni. Dari aku sakit sehingga aku sihat. Maafkan daku andai ada terkasar bahasa, terkecil hati, tersinggung sepanjang mama di rumahku. Dapat ku lihat agak susah juga untuk mama meninggalkan kami terutama Daris yang sentiasa si pangkunya. Selamat jalan mama.Moga selamat sampai.


 Mama dan Daris, Adikku Amani dan baby Dina, Dea dan Rayyan pose bersama2


 pose mama dan baby Daris...Luv u both so much.





2 comments:

  1. seronoknye.dapat baby dan anak saudara baru :)
    tahniah kak ! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi seronok dan penat...harap cepat kurus...thanx dik :)

      Delete

Click For CASH!!