Sunday, 2 September 2012

Selamat Hari Raya- dapat baby raya

Hai frenz...dah lama I tak update blog ni kan. Ada yang rindu tak? hek leh perasan la plak...anyway I nak cerita sket pengalaman I semasa seluruh umat Islam di dunia ni tengah bersiap2 untuk menyambut 1 Syawal dan bergembira untuk bertemu rakan taulan dan sanak saudara yang lama tak jumpa sedangkan I pada masa tu tengah bertarung untuk melahirkan baby baru I ni...U all jangan tak tau lak tahun ni I tak sempat nak celebrate raya pon...so gambar2 raya yang biasa orang lain upload I gantikan dengan gambar2 sambutan baby syawal I ok... kelahiran baby baru I ni agak special sket sebab lahir pada 1 syawal so pihak NST ada datang untuk buat liputan mengenai kami ibu2 yang bersalin pada hari berkenaan, so tak pasal2 me n my baby jadi glemer tetiba...cehhh perasan giler....tp I tak yak cakap kosong ok I ada simpan keratan paper tu...tengok kat bawah
.
.
.


 Ramai yang cadangkan nama Syawal @ Fitri di beri pada baby I ni, Tapi I tak berapa minat dengan nama2 yang femes gitu so baby I maintain ada Rayyan jugak. Rayyan Daris...ok tak?

Nasib baik abang sayang adik dia...tak ler susah ngat mummy nak handle

Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari Raya

Sempena hari raya ni I nak mintak maaf banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki kalau2 ada tersilap,terkasar bahasa...minta maaf jugak tak dapat nak update blog sekang ni sebab terlalu busy ngan keje2 yang terpaksa disiapkan sebelum maternity leave ni...mintak maaf jugak sebab tak sempat nak blogwalking kat blog u all...InsyaAllah lepas semuanya settle aktiviti seperti biasa akan berulang. For all viewer i dedicated this video specially for u....enjoy!!



p/s: video org punyer yer...tumpang sekaki jerk...nak wat sendiri tak sempat

Friday, 3 August 2012

Budak OTOMAN

Hai Rayyan! Buat apa tu? Tengok Otoman?? Hai hari2 nak tengok Otoman. Lepas tengok Otoman kat Astro ceria, mesti nak tengok kat U-Tube plak. Try tengok 2 gambar ni...khusyuk betul si Rayyan menatap aksi Otoman kat U-Tube dah la kat sisi tu tersedia dah 2 ekor Otoman sebagai inspirasi. Patung Otoman tu rasanya dia dah ada berpuluh2 and kebanyakan darinya dah jadi OKU la. Kalau tak patah tangan, patah kaki, tak pun patah tengkuk. Kalau papa beli kejap jer Otoman tu ok...2-3 hari lepas tu mesti dah jadi OKU dah. Kalau zaman sekolah2 dulu mesti boleh wat essei "Aku sebuah patung Otoman". Mesti sedih cerita tu and confirm cikgu akan bagi markah lebih.




Entry Sakit Hati Nina K's



Sakit hati memang sakit hati, mau tak sakit hati kalau kereta kita jadi camni. Kalau kita buat sendiri tak apa lah jugak, ni tak pasal2 kita dah park elok2 tup tup bila time nak ambik jer kereta kita dah tak elok macam mula2 kita park pagi tadi. Semua ni berlaku semalam iaitu hari ke 14 puasa. Sebenarnya pepagi lagi dah rasa tak sedap hati nak park kereta jauh sikit dari ofis tapi nak buat macam mana dah parking lot yang depan2 ofis tu semua dah kena sapu so terpaksa la park jauh sket. Bila petang nak ambik kereta jer terus nampak scratch ni. Ini mau nak kena cat balik ni bab cat dah tanggal terus tu bukan boleh dipolish lagi dah pun. Bengang betul asal nak raya jer kereta mesti jadi camni. Tak boleh ker orang nak beraya ngan kereta lawa? Dah la puasa ke 3 ritu I terlanggar kereta orang and tak pasal2 terbang RM100. Kalau nak buat yang ni mau terbang RM500-600  ni. Haish kalau la nampak sapa yang buat kan senang boleh mintak ngan dia. Haih nasib,nasib, kenapalah kau malang sangat!

Wednesday, 1 August 2012

Gara-Gara Spiderman Datang Malaysia

Tak sangka betul kedatangan Spiderman ke Malakysia baru2 ini membawa seribu makna buat Rayyan. Walaupun itu adalah pertama kali dia mendengar nama Spiderman tapi nama itu telah melekat begitu rapi di hatinya. Akibatnya mummy yang kena tanggung, tak pasal2 kena keluar duit untuk mebeli barangan Spiderman yang dimintanya. Ini adalah 2 benda yang telah Rayyan pow dari mummy.


 Ni adalah sticker Spiderman yang dapat percuma dari pembelian satu toy Spiderman yang bernilai RM50.00...tapi toy tu dah hilang ntah kemana...cuma beberapa hari jer sempat tengok...Eiii geram betul kalau RM5 tu tak per lagi ni RM50.00 aku terbang gitu jer...Grrrr...Pas tu sticker ni mesti diletakkan di peti ais supaya hari2 Rayyan dapat menatapnya sepuas-puasnya


Haaa ni pulak lagi satu penge'paw'an Rayyan kat mummy,Wardrobe untuk kanak2 yang mesti di letakkan dalam bilik dia, sebelum tidur mesti nak pandang dan sentuh2 muka Spiderman tu. Ceritanya masa I tengah jalan2 kat plaza perabot nak beli katil single untuk Rayyan then tak pasal2 pass by this thing. Apa lagi si Rayyan tu terus cakap "mummy nak ni" sambil peluk erat wardrobe ni. Selagi tak cakap ok selagi tu lah dia melekat kat situ. Haih!!! terbang lagi RM450.00. So Total duit mummy terbang gara2 Spiderman ni untuk Rayyan RM500.00, ok stop jenjalan dah pas ni.kita tunggu tempoh Spiderman melawat habis baru leh jalan ok.Spiderman, Spiderman kenapalah kau begitu menakjubkan untuk Rayyan?

Tuesday, 24 July 2012

Kali Ni Kita Intai2 Budak Baru Nak Tengok Dunia Lak

Actually da lama nak post pic baby nih tapi dek kerana kebizian yang amat membuatkan proses ini asyik tertangguh jer...for info ni adalah kali kedua I buat scan nak tengok baby ni 1st pada usia dia 5 bulan n yg ni pada usia 7 bulan lebih, nampaknya baby ni betul2 pemalu, 1st scan dulu pun dia nyorok2 gini gak kali ni pun nyorok2 gak tapi mummy tak sabar nak tengok rupa dia so, kita kacau2 dia sket...


 Ha... u all nampak tak apa kebenda nih?...tak tau kan?? actuallu yg sebelah kiri tu adalah pipi dan dahi dia,yang bergumpal tu tangan dia dua2 belah tengah tutup muka...pemalu la katakan

 OOOoo...malu yer...kita kacau dia sket...haaa terlepas dah genggaman tangan dia, tapi nampak sket jer

 dah nampak kan muka dia...mata tengah tutup...hidung besar cam mummy dier gak...mulut jer tak nampak lagi

Mmmm yang ni nampak lebih jelas sket...tapi mulut dia tetap tak nampak...dia kata nak tengok seme tunggu kita kuar la mummy...so kita tunguuuu....

Friday, 20 July 2012

Jom Kita Skodeng Si Rayyan

Jom kita jenguk apa si Rayyan tu buat senyap2 kat dalam bilik second....
.
.
.
Aw cakkkk!!! wah habis make up mummy menjadi mangsa keganasan anak jantan...mmmm macam ni lah jadinya bila tiap2 pagi terpaksa menemani mummy pakai make up sebelum hantar Rayyan pergi rumah baby sitter. So sekali sekala bila mummy tak pandang Rayyan boleh la amik peluang mencungkil beg make up mummy and try buat experiment kat muka sendiri plak...amacam orait tak???

 saya akan menunjukkan anda cara2 menggunakan peralatan make up dengan betul

 berus maskara digunakan untuk mencungkil cream muka

 sapukan cream pada pipi menggunakan berus ini ye

nak tengok make up cun ker tak kena tengok cermin pada compact powder mummy...yeaaa...siap sudah

Sunday, 8 July 2012

Tak Ada Diabetes Tapi Dipaksa Berdiet Macam Ada Diabetes

Pregnant kali ni memang agak pelik dan bermasalah sikit nak compare dengan yang first dulu. Kalau nak diikutkan kedua2 tempoh pregnant I mengalami kenaikan berat badan yang mendadak dan terpaksa minum air gula. Tapi pregnant kali ni berbeza sikit sebab pada awal kehamilan I mengalami kekurangan darah dan dipaksa untuk menambah makanan berzat besi tinggi, so I tambahkan pemakanan dan menyebabkan kenaikan 4kg sebulan. Bila naik dah cecah 4kg sebulan I kena minum air gula pulak tapi alhamdulillah I bebas dari Diabetes namun doktor tetap menyarankan I berdiet seperti orang yang mengalami penyakit ini sebab baby I dah besar dari sepatutnya. Umur baru 33 minggu tetapi saiz dah macam 36 minggu. Silap2 I kena deliver awal dari tepoh yang di tetapkan. So I search la info2 pemakan untuk pesakit2 diabetes. Fuhh...memang sengsara la nak ikut kalau macam ni sebab semua yang terlarang adalah semua yang I suka especially buah-buahan tu...huk huk....Ni info yang I copy paste untuk rujukan I dan sesiapa yang menghidap penyakit diabetes. Harap2 I tabah menjalani diet baru ni....sib baik la dah tak lama dah tempoh pregnant ni.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN (Kecuali ada arahan Doktor atau Pegawai Diatetik)
1. Aiskrim
2. Susu pekat manis
3. Buah-buahan dalam tin (manis)
4. Semua kuih-muih manis
5. Glukosa, gula pasir, gula perang, madu, kek
6. Coklat
7. Biskut manis
8. Jem
9. Kaya
10. Minuman ringan (botol, tin dan kotak)
11. Milo, horlicks, ovaltine, pulut, pisang, durian

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TETAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA
Jumlah keperluan bergantung kepada umur, kegiatan, jantina dan berat badan.

A. Makanan Karbohidrat/berkanji
i) Hasil bijirin - Nasi putih, beras india, roti putih, Whole meal (jagung), mee, mihum, conflakes, nestum, oats, biskut ceram crackers, apam, putu mayam, idalee, tosai, capati, roti canai.
ii) Sayur-sayuran berkanji - lobak merah, kentang, ubi keledek, keladi, labu manis, sukun, kacang panggang (baked bean)
iii) kekacang - kacang dal, kacang hitam, kacang hijau dan kacang merah.
iv) Susu - susu segar, susu UHT, susu cair, susu tepung.
v) Buah-buahan - limau, epal hijau, epal merah, oren, betik, nenas, rambutan dan lain-lain buahan

B.Makanan berprotein
Ayam, ikan, daging, telur, keju dan makanan laut - udang.

C. Makanan berlemak
Minyak memasak (lebih baik jika gunakan jenis polyunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari dan lain-lain) majerin polyunsaturated.

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN DENGAN BEBAS
Boleh dimakan sebanyak mana yang dikehendaki dan tidak ditambah gula.
i) Cecair - Air minuman, Air mineral, teh, kopi, air sop, air limau nipis/lemon, air barli
ii) Perasa dan rempah - serbuk kari, cili, herba, rempah ratus, lada sulah, cuka, esen.


PETUA UNTUK DIINGAT
1. Kawal pemakanan
2. senaman (Setiap hari 1/2 jam)
3. Ubat kencing mani/injection insulin
4. Kawal paras gula dalam darah dan rekod dalam buku.
5. Paras gula yang baik - Puasa 4-6 mmol/l, 2 jam lepas makan 7.8 mmol/l

Sumber : Jabatan Makanan, Hospital Sultanah Aminah

Thursday, 5 July 2012

Photoshoot Alamak Aku Dah Gemuk!!

Haih! Dah berkurun rasa tak hapdate blog ni. Hujung2 tahun perakaunan macam ni memang I agak bz, nak jengah blog orang lain pun tak sempat apatah lagi nak hupdate blog sendiri. Walaubagaimanapun I nak gak hupdate blog I skang bab skang ni lunch hour jumaat panjang sikit. So leh la i curi2 masa nak tulis blog ni kan. Dua minggu lepas kawan-kawan I ajak wat photoshoot for me untuk tempoh 7 bln pregnancy kat Bukit Tinggi. Bila ada yang dah offer apa lagi I pun nak la, almaklumlah masa 1st pregnant dulu sekeping pun tak der pic, so kali ni I menggila kumpul pic la. Kitaorang pergi berempat kat sana dari pukul 11.00 pagi sampai la pukul 5.00pm. U all nak tau dalam tempoh 6 jam kitaorang kat sana activity yang kitaorang buat hanyalah pose. Makan tengah hari pun tak hengat seb baik I dah makan pagi. Baby??? hmmm nasib la...mummy tak hengat dia dah kalau dapat jenjalan ni. Respek gak lah diorang ni sanggup berlapar dan berpenat mendaki Bukit Tinggi semata2 untuk mendapatkan gambar2 menarik untuk I nyer pregnancy. Thanks U all...U all the best ler!! Ni antara picies yang they all snap kat sana for me.

 Bukit Tinggi dah tak nyaman seperti dulu lagi. Walaupun panas berbahang tapi pose maintain nak nampak cun gituw...hihihi....

 Haaa...tengok ni I dah gemuk giler2 lah katakan :)

 Diorang ni sama species ngan i gak ghupenyer....kalau dapat jalan tak makan pun tak per


 U all the best ler my fren!!


 Masa ni memang tengah penat giler bab kena daki bukit 45 darjah untuk sampai kat sini...baju siap tukar ok

 Pose penat panjat tangga 

 Bergaya ala2 omputih la kunun...

 Kat Japanese Village


OK lah memang aku gemuk...tak leh nak wat apa dah.

Friday, 29 June 2012

Senario Raya Shoot Sebelah Rumah


 Alkisahnya semalam pada pukul 3.30 pm I balik rumah lepas ke klinik buat check up. Alhamdulillah semuanya ok. Berat I naik sekilo jer kira ok la tu. Lepas tu result minum air gula pun clear. Takder kencing manis pun. So I balik la dengan senang hati sebab tak payah repeat minum air gula yang amat tak best tu. Sampai jer kat area rumah I tengok2 ada banyak giler kereta dok park kiri kanan jalan sampai depan rumah I pun kena block gak. Tetiba jer hangin kus kus datang. Camner nak park ni? so I pusing lagi sekali untuk cari parking yang terdekat, memang tak der. Nak tak nak I pusing lagi sekali then berenti depan rumah nak tengok sapa punya kete park depan umah orang ni. Bila keluar jer kereta tetiba datang suara lelaki tanya "akak nak masuk parking ker?". Terus la I jawab ha'ah paham2 jer ler. pas tu datang lagi suara lelaki lain tegur I "dah balik keje ker?" I toleh tengok suara tu sapa yang empunya...la...Wahid senario rupanya. Seterusnya berlaku la soal jawab serba sedikit sedikit berkenaan diri I dan juga dia. Rupa2 nya kereta2 yang banyak dan orang2 yang ramai tu merupakan pelakon2 dan juga krew2 drama tu.Antara yang sempat I nampak ada Wahid, Azli, Ijoi dan Sharifah Syahirah.Diorang ada shoot Senario Raya yang akan ditayangkan pada raya ke dua nanti. Sempat jugak la I tengok diorang berlakon dan yang paling best ada shoot untuk Ijoi kat beranda rumah sebelah tu kena cut sebab masa dia act tetiba jer Rayyan jerit dan suara Rayyan tu boleh dengar dalam recording diorang....huhuhu...tak pasal2 Ijoi kena lakonkan balik scene tu. Hmmm.... dari siang diorang shoot sampai le ke pagi baru diorang habis. Fuh...penat nampak diorang tu. Nasib ler sapa soh jadi pelakon...

Click For CASH!!