Wednesday, 10 August 2011

Bersenam Di Bulan Puasa Boleh Menyebabkan Berat Badan Naik???

Ramai yang beranggapan bahawa bersenam semasa berpuasa adalah lebih sihat disamping dapat membantu mengurangkan berat badan dengan cepat. Walaubagaimanapun mengikut kajian yang dijalankan oleh doktor di Jeddah menyatakan sebaliknya.Bersenam semasa berpuasa boleh menyebabkan kesan sebaliknya hingga menjejaskan kesihatan orang itu dengan serius. Bersenam semasa berpuasa membawa risiko kekurangan air dalam badan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan sedia ada seperti batu karang lebih menyakitkan. Kajiannya juga menunjukkan lebih ramai pesakit dengan masalah batu karang dalam buah pinggang ketika Ramadhan berbanding tempoh lain setiap tahun kerana ramai orang tidak menggantikan air yang hilang sepanjang hari. Berpeluh berlebihan hanya boleh menambah masalah ini.


Malah bersenam ketika berpuasa juga boleh menambah berat badan kerana apabila berpuasa metabolisme menjadi perlahan untuk sesuaikan dengan kekurangan makanan.Seterusnya apabila makan ketika berbuka, badan akan menyimpan lebih banyak lemak berbanding biasa untuk menyesuaikan diri. Selepas bersenam  orang akan merasa lebih lapar menyebabkan makan lebih berbanding biasa, jadi lemak yang terkumpul akan menjadi lebih banyak dari biasa.

Benarkah kenyataan ini?? Cuba praktikkan sendiri atau lihat rakan2 anda yang mengamalkan cara hidup sebegini.Sihat ker tak tu??

No comments:

Post a Comment

Click For CASH!!