Thursday, 11 August 2011

Mistik Hidupku

Alkisahnya semalam adalah hari yang ke 11 umat Islam menjalankan ibadah puasa,so sebelas hari jugaklah aku berpuasa. tak pernah miss lagi and harapnya tak akan miss kecuali dengan sebab musabab yang munasabah seperti biasa dialami oleh setiap wanita lain :)....dan semalam juga lah berlaku nya kejadian aneh di dalam hidupku....bukan aku tak pernah mengalami kejadian2 seperti ini tetapi semalam adalah kejadian yang terbaru kulalui....kalau sebulan lalu rantai emas peninggalan arwah ayah ku hilang dari simpanan boleh ku jadikan alasan dek kecuaian ku, mungkin aku sudah lupa di mana aku menyimpannya atau mungkin sudah diambil oleh seseorang atau ianya memang sudah hilang...wallahuaklam.

Tapi semalam.....semalam aku pasti ianya bukan kerana kecuaian ku atau apa2 sebab tadi....  ceritanya begini, pada pukul 5.30pm aku bersama famili ku ke pasar ramadhan untuk membeli juadah berbuka seperti biasa, bermacam2 lauk dan kuih-muih yang ku beli, setelah selesai kami masuk ke kereta untuk pulang kerumah.... dalam perjalanan pulang baby ku nak makan kuih yang di beli tadi lalu ku ambil sebijik dan ku potong 2,sebab kuih tu besar untuk disumbat semua ke mulutnya, so aku suapkan dia separuh ke mulutnya dan separuh lagi aku pegang....bebrapa detik kemudian dia meminta lagi,so aku mahu menyuapkan balance tadi....tapi aku terkejut sebab balance tiu hilang dari tangan ku....ok lah maybe aku tak perasan balance tu terjatuh ker apa tapi ku cuba cari jugak kat bawah kot2 ada....memang tak der, so aku ambil kuih lagi sebijik.... macam tadi jugak aku potong 2,satu ku suap kepadanya and satu lagi ku pegang..... kemudian baby ku mintak lagi.....lagi sekali jantung ku berdegup kencang bila ku lihat kuih itu hilang lagi dari tangan ku..... Masya Allah apa yang terjadi??? apakah aku memang tak sedar kuih itu terjatuh??atau aku tidak ingat aku sudah menyuapkan kepada baby ku???? tidak aku masih tidak lupa....aku memang memegang kuih itu tapi kuih itu hilang bila aku mahu menyuapkan ke mulut baby ku.....setelah samapi dirumah....aku keluar bersama baby ku....ku suruh hubby ku cari dimana kuih2 tu tapi kuih2 tu memang tiada.....lesap ntah kemana.....kesian baby ku hanya 2 suap sempat dikunyah.....

Aku percaya sesuatu yang tidak dapat ku lihat telah memakannya.... sebab bagi ku ini bukan kejadian pertama... masih ku ingat semasa usia ku remaja dulu.... masa tu waktu maghrib tapi aku sedang bermain2 bola dengan anak buahku yang baru berusia 3 tahun ketika itu.....dia begitu seronok membaling bola itu kesana kesini.... tapi balingan terakhirnya tidak lah jauh sangat dari pandanganku hanya 1 meter tetapi aku sudah tidak nampak bola tersebut jatuh kelantai.... even bunyi jatuh pun tak der.... ku cari2 bola itu malah ku tuduh adik ku menyoroknya padahal aku nampak bola itu melantun dan tak jatuh2 sekadar untuk menyedapkan hati ku..... bermati-matian adikku menafikan dan aku percaya kerana aku nampak dia tak mengambilnya..... menangis2 anak buah ku nakkan bola tersebut....tapi apakan daya ianya sudah hilang..... berbelas2 tahun kemudian setelah usia anak buah ku berusia 15 tahun, tiba2 bola itu muncul di tempat yang sama dan masih baru.... terjaga seperti waktu ianya hilang dulu.... ajaib kan?? sedangkan rumahku telah beberapa kali mengalami proses pengubahsuaian.... kalau betul ianya hilang kenapa kami tak jumpa semasa proses pengubahsuaian tu?? kenapa setelah 15 tahun ia muncul kembali?? siapa yang mengambilnya???

Terpulang kepada kalian untuk mempercayainya atau tidak kerana selagi kalian tidak mengalaminya kalian tidak akan percaya.... begitu juga aku.... aku tidak pernah percaya kepada cerita2 yang disampaikan oleh orang lain kecuali setelah aku mengalaminya sendiri....


No comments:

Post a Comment

Click For CASH!!